Ada orang mudah dapat jodoh. Buat yangmasih bujang, janganlah cepat sedih. Hidup zaman bujang ni ada keseronokkannya juga. Ada lima perkara yang boleh buat zaman bujang anda lebih bermakna dan memanfaatkan diri.

 

Rezeki orang yang sudah berkahwin ada banyak cabang. Sebab tu orang kata, rezeki orang berkahwin ni banyak. Macam mana pula dengan orang bujang? Ha, inilah yang kita nak kongsikan tentang rezeki orang bujang.

 

  1. REZEKI MASA
  • Bila tidak ada komitmen keluarga (isteri, suami atau anak), anda ada lebih masa untuk diri sendiri. Masa inilah anda boleh mengembara serata dunia untuk menimba lebih banyak pengalaman untuk digunakan dalam kehidupan dan pekerjaan.

 

IKLAN

2. REZEKI MENYANTUNI IBU BAPA

  • Bukan bermakna apabila sudah berkahwin anda tidak perlu menyantuni ibu bapa. Cuma ketika masih bujang, 100 peratus masa itu adalah untuk kita dan kita yang tentukan. Jadi, gunakanlah peluang ini untuk bersama ibu bapa, bawa mereka berjalan-jalan dan bahagiakan mereka sebelum anda mula sibuk dengan kehidupan keluarga sendiri. Tetapi ketika itu pun,jangan diabaikan mak dan ayah!

 

3. REZEKI TABUNGAN

IKLAN
  • Sebaik sahaja anda bekerja, cuba displinkan diri untuk membuat tabungan dengan jumlah yang besar. Mengikut nasihat Dr Azizul Azli Ahmad, cuba usahakan buat simpanan 30%-40% dari gaji. Dah kahwin nak simpan 10% gaji pun keluar air mata ikut telinga.

 

  • Manfaatkan zaman bujang himpun duit dan aset banyak banyak untuk “Bekerja” untuk kita. Simpan RM200k dalam ASB setahun boleh dapat RM10,000 dividen.
    (Susah sangat buat ASBF sahaja)

 

Baca artikel Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin. Asal Halal, Cepat Je Duit Tabung Kahwin Tu Penuh! – Pesona Pengantin

IKLAN

Seronok kan hidup zaman bujang, kalau kita pandai manfaatkan masa itu. Bila dah selesa dengan kedudukan kewangan yang bagus, jodoh pun dah ada senanglah nak mendirikan rumahtangga. Tak perlu buat pinjaman yang bukan-bukan dan berhutang keliling pinggang.

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI