Realiti kehidupan selepas berkahwin sangat mencabar emosi dan mental masing-masing. Apabila tinggal sebumbung barulah kita dapat mengenali sepenuhnya hati budi dan perangai pasangan. Kalau dapat suami yang suka melepak, memang boleh jadi punca pergaduhan besar.

Di Facebook, seorang lelaki tidak kisah dicop ‘takut bini’ apabila tidak lagi keluar melepak selepas berkahwin. Dia yang lebih mengutamakan keluarga mahu menghabiskan masa bersama isteri dan anak berbanding rakan. Salute!

“Biar Di Label Takut Bini Dari Menjadi Ketua Keluarga Yang Tak Bertanggungjawab”

Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita. Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya. Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa2 pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku.

Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja.
Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit.

Bila hujung minggu kadang2 tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia.

Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah. Bawa mereka jalan-jalan.

IKLAN

Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri.

“Biar Di Label Takut Bini Dari Menjadi Ketua Keluarga Yang Tak Bertanggungjawab”

Kadang2 orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI. Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang2 tu yang datang membantu.
Keluarga kita, kita tahu apa kita buat.

Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance.
Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin.
Jangan abaikan mereka.

IKLAN

Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin.

Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab.

Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur.

Hargailah mereka.

IKLAN

 

 

 

 

 

Sumber : Ashman Mat Saleh

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI