
Nak Jaga Hati Suami, Pastikan Isteri Tahu 9 Perkara Penting Ini!

Tugas isteri ialah sentiasa berada di sisi suami dia saat susah ataupun senang. Selain itu, menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga hati suami daripada disakiti. Mungkin perkara ini kedengaran pelik, namun suami juga mempunyai perasaan dan jangan ambil mudah mengenainya.
Menurut hadis riwayat al-Baihaqi,
.“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.”
Lelaki mungkin sukar untuk meluahkan perasaan yang terkandung di dalam isi hatinya, namun percayalah, mereka juga seorang yang manja dan perlukan perhatian dari si isteri. Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan 9 perkara yang harus dan wajib para isteri tahu demi menjaga hati suami tercinta!

1. SUAMI IALAH KETUA KELUARGA
Suami adalah pemimpin rumahtangga. Jadi hormati dia selayaknya. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami dalam diam.

2. JANGAN MEMBANTAH
Sebagai isteri, elakkan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri serta nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

3. SENTIASA SOKONG SUAMI
Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinannya. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

4. LELAKI SUKA MEMENDAM PERASAAN
Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap. Lelaki sangat berbeza dengan wanita. Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya. Perempuan lebih selesa meluahkan rasa tidak puas hati. Tetapi lelaki, mereka lebih suka memendamnya.

5. BUKAN SEMUA LELAKI ROMANTIK
Terimalah hakikat bahawa, hanya ada segelintir sahaja suami yang pandai memujuk dan meminta maaf. Kebanyakan mereka sukar untuk meluahkan kata-kata romantik buat isterinya. Jadi, sebagai isteri, anda perlu menerima suami anda seadanya.
6. LAMBAT BERTINDAK
Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Harus diingat, lelaki adan Sembilan akal dan mereka akan tapis setiap satu perkara dengan berhati-hati sebelum bertindak. Ini tidak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab tetapi lebih rasional berbanding wanita.
7. JANGAN MEMUJI LELAKI LAIN DI HADAPANNYA
Awas kepada isteri, jangan puji lelaki lain di depan suami anda. Ini membuatkan dia rasa lebih tercabar dan meningkatkan rasa cemburunya. Haris diingat, suami anda juga ada perasaan.

8. IKUT PERINTAH TUHAN
Tolong patuh perintah Allah tanpa suami perlu pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
Memetik kata-kata ulama Syakh al-Islam Ibn Taymiyah,
.“Seorang isteri perlu melayani suami mengikut cara yang diterima oleh adat dan budaya masyarakat setempat selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.”
9. TIDAK PANDAI PAMER EMOSI
Sesetengah suami tidak pandai mempemerkan emosi dan perasaan mereka. Walaupun dia jarang mengungkap kata cinta,tetapi itu bukan bermakna dia tidak menyayangi anda.
Belajar Redha & Taat, Kita Akan Bahagia Walau Kadang Kita Tak Dapat Apa Yang Kita Nak

Seorang wanita yang selalu berdoa inginkan perkahwinan dengan orang yang dicintainya semenjak remaja lagi. Usianya semakin bertambah. Membuka dan menebalkan muka cari jodoh dengan minta bantuan kepada kenalan yang baik. Tapi jodoh belum didapati.
Ujian semakin besar. Kesusahan melanda keluarganya. Dia sambung belajar tapi tidak dapat biasasiwa dan pinjaman. Anak sulung dalam keluarga.
Dia seorang yang baik. Jaga solat awal waktu. Dan suka bangun malam tahajud. Tapi masalah duit semakin menjadi besar.
Tiba-tiba ayahnya meninggal dunia. Dia semakin derita dan sedih. Seolah-olah hilang segalanya. Dia Redha. Tapi boleh dikatakan setiap hari dia menangis mengenang nasib adik-adik dan ibu. Ibu semakin uzur dan tua. Ayahnya pergi tanpa meninggalkan harta.
Dia berhenti belajar dan hanya bekerja. Dia padamkan niat untuk meneruskan belajar demi menyara adik-adik dengan ketentuan Allah. Takdir Allah dalam kesedihan dan kesusahannya. Hari rahmat disebalik susah yang Allah janjikan telah tiba. Lelaki yang amat dia sukakan semenjak muda terjumpa di Masjid. Lelaki itu sangat hensem dengan jubah putih dan serban. Dia tegur lelaki itu. Dengan segera mereka buat keputusan kahwin. Lelaki itu cuma seorang lelaki biasa sederhana.
Lelaki itu sangat rajin berusaha dan jaga agama. Rezekinya bertambah. Semuanya berubah dengan izin Allah. Rezeki dan semua perniagaan suaminya menjadi dalam masa sekejap.
Paling bahagia suaminya orang baik jaga solat, buat dakwah, penyayang dan sangat rajin.
Dia kata benarlah janji Allah. Disebalik segala kesedihan dan kesusahan ada rahmat Allah yang besar menanti. Syaratnya belajar Redha dengan taat perintah Allah dan bawa sunnah Nabi saw. Bahagia bukan setelah mendapat apa yang kita inginkan. Dari mula lagi saat hati itu kenal Allah, Redha, Taat, ketika itu kita telah mendapat bahagia walaupun kadang-kadang kita tidak dapat apa yang kita inginkan-ebit lew
Lelaki, Kalau Dah Ada Niat Nak Kahwin Tu, Cuba Ubah Dulu Tabiat Ini

Suami adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Dalam perkahwinan, baik suami mahupun isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan rumah tangga
Meskipun begitu, umum sudah tahu bahawa suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34 bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”.
Sehubungan dengan itu, agama Islam sendiri mewajibkan kepada para suami dan ketua keluarga ini untuk melaksanakan tanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Oleh yang demikian, seorang lelaki perlulah mempersiapkan dirinya dan mengubah beberapa tabiat yang mungkin dia sudah terbiasa ketika masih bujang sebelum mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang suami.
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin berkenaan tabiat-tabiat yang perlu diubah, di bawah:
1. Solat.
Kalau sekrg ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jgn pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tp klu kita masih sama, masih bwk perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didlm rumahtangga yg akan didirikan, maka rumahtangga tu xkan dpt bertahan lama…sbb imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…
2. Kerja.
Bila nak kawin, pastikan anda dah ada keje yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, lepas tu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada anak isteri untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai keje yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu…
3. Perangai bujang.
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan… melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu…
4. Belajar mengemas.
Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah…
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.
Sekarang, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”…tp bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…
kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang…
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul.
Galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpd seorang perempuan yg diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t…
Maka, ubah tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga…