Kegelisahan menanti calon pasangan hidup adalah suatu perkara yang normal.
Ketika usia masih jauh kita sibuk menolak lamaran, sementara ketika usia sudah diambang keputus-asa-an, perasaan gelisah muncul tidak berkesudahan.
Kita bukan selebriti barat yang tidak kenal Islam, dengan mudah mengatakan tidak perlu berkahwin.
Kita adalah muslim dan muslimah yang faham akan Islam dan mencuba berjalan lurus di atasnya.
Kegelisahan Yang Berkecamuk Dihati Harus Ditaklukkan. Bagaimana Caranya?
Berdoa kepada Allah, kerana Allahlah yang berkuasa membolak-balikkan hati kita.
Boleh jadi di pagi hari kita merasa bahagia, namun di petang hari merasa sedih, dan kemudian di malam harinya kembali merasa bahagia.
Gelisah Itu Menyibukkan
Gelisah adalah perasaan hati yang seharusnya dapat kita atur dan kawal.
Namun ternyata dalam mengawalnya tidak semudah yang kita jangkakan.
Kerana kegelisahan datang tanpa diundang, dan tiba – tiba menyergap diri kita dalam keadaan lemah dan tanpa melawan.
Perasaan ini kemudiannya yang membuatkan kita sibuk, bukan sibuk untuk merasa gembira atau senang.
Melainkan sibuk tidak tahu harus membuat apa, mengerjakan apa. Ingin duduk, tetapi kemudian berdiri, ingin berjalan, tapi mendadak berhenti, gelisah.. gelisah dan gelisah…
Inilah rasa gundah yang harus kita kawalkan.
Bagaimana caranya?
1. Cuba Menenangkan Hati dengan Berzikir Kepada Allah
Memanfaatkan waktu-waktu munajat kita bersama Allah.
Dalam solat lima waktu, usahakan tidak segera menyudahi solat dengan tergesa-gesa.
Lantunkan ayat dan doa dengan segenap penghayatan yang mendalam.
Ketahui ertinya dan cubalah untuk menikmati masa – masa bersama Allah tersebut.
Sampaikan apa yang kita keluhkan, apa yang membuat kita gelisah, kerana Allah sahaja yang dapat menyembuhkan kegelisahan kita.
Basahi bibir kita dengan ucapan-ucapan zikir yang dapat menuntun hati kita menjadi lebih terarah.
2. Dekati Majlis Ilmu
Dengan mendekati dan menyertai bersama majlis ilmu, hati kita diharapkan dapat semakin mantap.
Hidup tidak hanya memikirkan masalah dunia yang menyita perhatian kita.
Ada waktu luang yang sengaja kita peruntukkan untuk mengkaji ayat – ayat Allah. Dalam majlis ilmu itu hati kita akan mendapat apa yang ia perlukan.
Kesejukan dan kedamaian hati yang selama ini kita cari.
Hidup menjadi sangat sederhana, tidak serumit yang kita bayangkan.
Mengelola hati dapat menjadi lebih mudah, kerana kemahuan hati bukan lagi pada nafsu peribadi, tetapi kepada apa titah Ilahi yang harus kita taatkan.
3. Berkongsilah dengan Orang Soleh
Beban hidup ini menjadi berat apabila ditanggung sendiri.
Ia akan menjadi sangat indah apabila kita dapat berkongsi dengan orang lain.
Mencari orang yang tepat untuk berkongsi bukan mudah. Mereka yang dapat menjadi pegangan kita ketika kita memerlukan.
Mahu mendengar cerita kita dan mahu menjaganya tetap terjaga dalam rahsia.
Apabila mereka dapat memberi penyelesaian, maka nescaya penyelesaian itu membahagiakan hati.
Kalaulah tidak benar penyelesaian yang diberikan, dia tidak akan menjerumuskan kita ke dalam kehinaan.
SUMBER : AKU ISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI