Pernah atau tidak kita berhadapan dengan situasi kita yang sudah bertunang dan hampir ke jinjang pelamin, tetapi tetap putus akibat tidak serasi atau berbagai faktor yang lain. Jadi ini mungkin beberapa hikmah yang perlu kita renungkan apabila kita putus cinta.

1.Lebih dekat dengan Allah.

Mungkin ada perkara yang membuat kita jauh daripada Allah apabila bersama si dia. Jadi Allah sayang kepada kita dan tunjukkan bahawa si dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita. Kembalilah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon petunjuk supaya kita bertemu dengan calon yang benar-benar baik agama dan akhlaknya.

2.Mempunyai lebih masa berharga.

Sedar atau tidak ketika kita mabuk dengan dunia cinta, kita sebenarnya banyak menghabiskan masa untuk si dia. Dating, mesej, whatsapp dan segalanya adalah untuk si dia. Jadi selepas si dia sudah tiada dalam hidup kita, kita boleh gunakan masa-masa tersebut untuk kerja dan perbuatan yang lebih berfaedah.

3.Masa untuk bahagiakan ibu bapa.

Kadang kala apabila tengah mabuk bercinta, kita mengabaikan ibu bapa kita. Kita asyik berkepit dengan si dia termasuk dalam telefon atau bermesej. Masa untuk ibu dan bapa kita abaikan. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk kita bahagiakan mereka kerana ibu bapa mungkin sudah tua dan mereka ingin bersama dengan anak-anak sebelum mereka tiada di dunia ini.

4.Menyelamatkan diri daripada pasangan yang tidak baik.

Setiap yang berlaku sudah tertulis dan ditentukan oleh Allah. Benar, kita berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan perkara yang telah ditakdirkan untuk kita. Mungkin di sana ada seseorang yang lebih baik yang disediakan oleh Allah untuk kita. Siapa tahu kan ?

5.Bebas daripada membazir wang.

Apabila kita bercinta banyak duit yang dihabiskan untuk pasangan kita sama ada lelaki atau perempuan. Shopping bersama, lunch dan dinner bersama dan macam-macam lagi yang kita beli untuk pasangan kita. Jadi dengan putus cinta, kita tak perlu bazirkan lagi wang kepada si dia. Simpan wang anda untuk perbelanjaan masa hadapan. Siap boleh bagi ibu bapa lagi!

Putus cinta bukanlah bermaksud segala-galanya sudah berakhir seperti lagu kumpulan atmosfera, ‘berakhirlah sudah’. Kita sukakan sesuatu, padahal ia bukanlah baik untuk kita dan kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita. Banyak perkara yang diluar pengetahuan kita sebagai manusia. Jadi, yakin kepada Allah. Allah mungkin merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI