Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Mak saya pantang dengar ayat ini. Mak cakap, ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu. Kerana ibu, jangan sampai buang isteri. Kerana isteri, jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tetapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.
.
Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu seimbangkan antara dua.
.
Mak kata kalau ada masalah dengan isteri, kena baiki bukan buang atau cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga.
.
Walaupun hakikatnya memang bini boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan sebagai kain buruk.
.
Masa baru pakai, masa buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ramai anak lelaki, jadi mak memang tak campur urusan rumahtangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu.
.
Sebagai ibu, kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mok pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang.
.
Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik.
.
Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
.
Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ini. Sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.
.
Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu pada diri mak dulu.
.
Kena berhati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.
.
Kredit : Nurulbadiah Lai
Suami tak ‘wish birthday’, isteri merajuk. Suami tersalah beli barang dapur, isteri dah tarik muka masam berhari-hari. Tak nak bercakap dengan suami, tengok muka lagilah menyampah.
Rasa apa saja perlakuan suami serba menya kitkan hati. Kalau ikut puncanya bukan besar mana pun. Tapi kan sifat isteri memang macam itu. Ada ketikanya dia mudah merajuk.
Tapi orang perempuan ni sebenarnya mudah juga reda hatinya. Asalkan suami tahu macam mana nak pujuk, belai, manjakan malah sayangi mereka. Biarlah dah berpuluh tahun kahwin pun, memang itulah sifatnya. Suami yang faham.. fahamlah. Yang tak mengerti atau buat-buat tak nak mengerti akan berkesudahan membawa konflik dalam rumahtangga.
Isteri ini kalau dia merajuk bukanlah nak minta suami belikan intan berlian baru dia reda hati panasnya itu. Dia cuma mahukan perhatian suaminya saja.
Sebab itu, merajuk isteri jenis manja-manja selagi boleh pujuk. Pujuklah segera. Peluk ke, ci um pipi dia ke, buatkan air untuk dia ke, masakkan makanan kegemarannya ke atau apa sajalah. Sebab suami lagi tahukan macam mana nak pujuk isterinya yang merajuk.
Tapi kalau moodnya nampak lain. Jangan pula buat semua itu. Sia-sia je nanti. Biarkan dia merajuk. Tengok saja reaksi dia dalam dua tiga hari itu. Kalau dah masuk hari ketiga, masih tak bertegur sapa. Haaa.. itu dah masuk kategori ‘DAN GER’. Kena cepat-cepat pujuk. Bila suami mula ada perasaan MALAS MEMUJUK ISTERI. Dan ger itu makin berganda-ganda. Bimbang jadi konflik dan boleh menuju jalan perpi sahan. Nauzubillah..
Kenapa Merajuk Lebih 3 Hari Itu Bahaya?
Rasulullah Pun Pesan… Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ertinya
“Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubu ngan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan mening gal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635)
Sebab itu isteri yang sedang merajuk kena cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa). Suami kita juga begitu. Tak sempurna mana pun. Samalah dengan kita wahai isteri. Ada masanya pun isteri tanpa sengaja melu kakan hati suami. SEDARLAH SEGERA yang pasa ngan kita itu adalah hadiah terbaik yang Allah beri. Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu.
Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck’ dengan dia ni?” ‘Ya Allah.. mana kau nak lari’ Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir. Bukankah hidup kita ini memang satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh itu sangat kuat anda akan percaya. Dialah cinta terbaik yang tuhan berikan untuk anda.
Tiga Hari Tempoh Bertenang
Kalau dalam mana-mana perundangan pun ada istilah tempoh bertenang. Dalam konsep merajuk dengan suami pun ada istilah yang sama. Suami pula jangan terlalu memaksa isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab apa, orang perempuan bila tengah panas. Siramlah dengan air terjun sekalipun. Dia takkan jadi sejuk.
Bagi masa untuk isteri fikir kembali apa yang patut, apa yang tidak. Isteri ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Nanti bila dia dah mula sibuk dengan anak-anak, kerja rumah bagai lupalah dia yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Kadang tu bukanlah lupa sepenuhnya. Tapi isteri yang baik takkan memanjangkan cerita.
IKut Kata Ustaz, Bila Isteri Merajuk Apa Cara Terbaik Memujuk; Kalaulah dah habis cara memujuk, isteri tak juga mahu hilang merajuk. Jangan putus asa. Sebabnya ada 1001 cara nak memujuk isteri yang merajuk ini. Ikut panduan yang dikongsikan oleh ustaz untuk mendamaikan hati pasa ngan yang sedang makan hati.
Ustaz Kazim Elias; Gunakan Kuasa Pujukan Anak-anak
Ustaz Azhar Idrus; Kalau Dah Habis Cara Sangat. Beri Saja ‘Pitih’ Dah fahamkan, merajuk tu boleh tapi kenapa tak boleh lebih 3 hari? Haa.. buat suami, kalau isteri dah muncung sedepa tu cepat-cepatlah pujuk. Bagi tenang sikit emo si sensitifnya itu.
Hidup single bukannya loser. Persepsi orang lain sahaja yang menampakkan kehidupan single ni macam menyedihkan. Tetapi, kalau kita kenali insan-insan single ni, mereka bukanlah orang yang kesepian, mengharapkan kasih seorang lelaki atau matlamat hidupnya mencari pasangan. Ramai di antara mereka yang tidak meletakkan soal jodoh satu keutamaan.
Bersyukurlah kerana Allah telah menemukan anda dengan pasangan sehidup semati. Jika ada di sekeliling anda yang masih single, jangan provoke atau perli mereka. Kehidupan kita tak sama macam orang bak kata pepatah, lain padang, lain belalang. Melalui satu petikan artikel dari luar negara, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita hidup bersendirian.
Mencari pasangan baharu
Ada sesetengah wanita single baharu sahaja melalui fasa perpisahan. Jadi mereka sedang bangkit semula dan memilih untuk move on. Mereka ingin mengumpulkan semula kekuatan untuk back on track.
2. Mencari teman hidup
Wanita jenis ini akan terus mencari teman hidup. Kerana mereka terlalu taksub mencari, mereka tidak sedar pasangan hidupnya berada di depan mata.
3. Menunggu
Jika tidak mencari, masakan jodoh akan datang dengan sendirinya. Ada sesetengah wanita yang tidak mahu mengejar cinta yang tidak pasti kerana mereka yakin, jodoh yang telah ditetapkan untuk mereka akan datang dengan sendirinya.
4. Bertanggungjawab
Wanita ini adalah yang ingin membawa diri mereka ke tahap seterusnya. Mereka sudah bersedia untuk settle down. Apabila kerjaya sudah stabil, kewangan kukuh dan diri mereka juga bersedia dari segi fizikal dan mental, maka mereka memilih untuk hidup berumahtangga dan memikul tanggungjawab sebagai isteri pula.
5. Menikmati hidup
Wanita yang suka menikmati kehidupan tidak akan menghiraukan tentang jodoh. Dalam masa sama, tanpa mereka sedari jodoh itu akan datang secara kebetulan.
6. Bebas
Kebebasan adalah antara sebab paling utama kenapa seseorang wanita masih single. Mereka banyak melihat teman-teman atau ahli keluarga yang sudah berumahtangga perlu memikul tanggungjawab menjaga suami dan anak-anak sehingga banyak masa untuk diri sendiri terabai.
Namun, itulah realiti kehidupan. Setiap perjalanan hidup ini umpama roda. Kita yang memilih untuk menikmati kehidupan dengan cara kita. Walaupun sudah berumahtangga, masih ada cara untuk bergembira. ‘Me time’? Kita yang ciptakan.
Kalau dah jodoh, jumpa kat mana pun tetap ‘menjadi’. Dari hobi, akhirnya pasangan Mohammad Jazlan Nangar, 34 bertemu dengan surihati Lidia Haron, 38. Paling comel. Perkenalan di media sosial menjadi titik pertemuan mereka dan topi keledar tembikai yang membuatkan pasangan ini akhirnya disatukan.
12 Oktober 2021 menjadi tarikh paling membahagiakan buat Jazlan dan Lidia. Pernikahan di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu diadakan secara sederhana memandangkan negara masih berada dalam fasa PKP.
“Kami kenal di Facebook. Itu pun kerana kami mempunyai minat sama iaitu basikal lipat. Ketika itu, Lidia mengeluarkan baju untuk pengayuh basikal lipat atas jenamanya sendiri iaitu FOLDIE (Geng Foldie) dan saya adalah salah seorang pembelinya. Kebetulan, Lidia pula penonton setia Youtube channel saya, Geng Basikal Lipat, dari sebelum kenal lagi sampailah sekarang.”
“Kebetulan juga, nama Geng Foldie dan Geng Basikal Lipat lebih kurang sama pula. Kali pertama berjumpa adalah ketika saya dalam perjalanan balik ke Shah Alam sesudah selesai kayuhan di Klang. Ketika itu, Lidia sedang berbasikal bersama kumpulannya.
Trademark topi keledar corak tembikai hijau yang Lidia pakai tu yang buat saya kenal itu adalah dia. Saya terus berhenti dibahu jalan untuk menegurnya. Bermula dari situlah kami mulai rapat.”kata Jazlan.
Siapa agaknya yang mengorak langkah dulu?
“Dalam masa enam bulan perkenalan dan percintaan, kami banyak meluangkan masa dengan berbasikal santai dan ‘coffee hunt’ kerana Lidia peminat kopi. Kerana sering bersama membuatkan saya terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap seterusnya. Alhamdulillah keputusan saya direstui kedua belah pihak. Segala urusan dipermudahkan walaupun ketika itu kita masih dalam fasa PKP dan banyak SOP perlu dipatuhi.”
Apa yang membuatkan anda tertarik pada pasangan?
“Lidia cantik dan comel. Sikapnya yang happy go lucky dan sporting membuatkan saya terus jatuh hati. Dia juga adalah orang yang selalu menceriakan hari-hari saya dengan telatah dan kasih sayangnya. Dia juga pandai menyesuaikan diri bersama keluarga dan sahabat-sahabat saya sejak dari awal perkenalan sehinggalah sekarang. Satu lagi, Lidia juga meminati irama lagu rock 90an dan dia adalah ‘cikgu’ saya kalau saya salah lirik!” kata Jazlan.
Bagi Lidia pula, kesungguhan suaminya untuk menjadikan dia isteri sudah cukup menjadikan itu satu tarikan utama.
“Bagi saya, Jaz adalah lelaki yang sangat gentleman dan stylo. Semua perbuatannya adalah ikhlas. Sangat penyayang dan menghormati semua orang yang lebih berusia darinya. Dia juga melayani keluarga dan sahabat-sahabat saya dengan sangat baik. Manja pun ya juga!”
Pasangan yang sudah dikurniakan seorang cahaya mata, Aliya, 3 bulan, ini masih tetap aktif berbasikal. Selepas kahwin rutin berbasikal sedikit berbeza namun masih menyeronokkan.
“Sebelum kahwin, kami berkayuh dengan geng-geng. Tapi bila dah kahwin, kami lebih teruja dan seronok kerana dapat kayuh bersama tidak mengira masa dan dimana sahaja. Ada masanya kami hanya kayuh berdua sahaja. Sahabat – sahabat dia adalah sahabat – sahabat saya juga.
Yang syoknya, sebelum ini bergambar dengan basikal, tapi sekarang dah ada partner di sebelah. Persedian sebelum berkayuh pun dah berbeza. Sebagai suami, kenalah pastikan segala kelengkapan termasuk memastikan basikal isteri dalam keadaan baik dan susun atur basikal di dalam kereta.
Dan Lidia pula, sebagai isteri biasanya dia akan sediakan bekalan makanan dan minuman, pakaian yang siap digosok untuk dipakai ketika kayuhan. Inilah kami…”
“Buat masa ni, kami masih belum dapat membuat kayuhan berdua untuk jarak yang jauh. Kebanyakkan kayuhan kami berkonsepkan kayuhan santai antara 30km ke 40km sahaja. Kami sempat menyertai kayuhan sambil berkelah bersama sahabat-sahabat lain dari Kapar ke Pantai Remis Jeram, Selangor dalam 40km sebelum Lidia hamil.”
Masih banyak lagi destinasi yang belum diterokai pasangan Jazlan dan Lidia. Namun, mereka menyimpan hasrat untuk menakluki Singapura, Pantai Merdeka dan Pantai Timur untuk destinasi kayuhan santai seterusnya atau lebih dikenali sebagai kayuhan pelancongan sambil bercuti.
“Kami pun berhasrat nak bawa anak kami, Aliya, untuk bersama-sama kami mengayuh. Bukan itu sahaja, saya juga bercadang untuk mempelbagaikan lagi content menarik dalam Youtube Geng Basikal Lipat. Yang penting, bila suami isteri ada hobi yang sama, inilah tip yang kami nak kongsikan…
Keizinan dari suami/isteri adalah sangat penting dari segi apa sekalipun.
2. Jadikan sahabat-sahabat basikal pasangan kita sebagai sahabat kita juga.
3. Membahagikan masa sebaiknya antara hobi, anak dan keluarga.
4. Sentiasa memberikan galakkan yang positif kepada suami/isteri.
5. Membatasi pergaulan antara satu sama lain ketika berbasikal di dalam kumpulan.
6. Mengekalkan hubungan mesra rumahtangga dengan memanfaatkan masa diluar ketika berbasikal sebagai hobi dan senaman dalam merpatkan hubungan kekeluargaan.
KELEBIHAN KONGSI HOBI BERSAMA ISTERI
Dapat memanfaatkan masa hujung minggu kami bersama-sama
Berkongsi idea dan pendapat atau cadangan dari basikal lipat
Saling mengenali sahabat-sahabat sehobi yang sama
Mencipta dan mengabadikan kenangan bersama.
Nak pergi jalan-jalan di bandar-bandar sesak, kami kayuh basikal je senang. Jimat segalanya.