Pelbagai kes perpecahan keluarga terjadi akibat perebutan harta pusaka selepas kematian suami mahupun isteri. Sebagai insan yang masih mempunyai akal fikiran, janganlah kita rebutkan harta peninggalan sehingga tercetus pergaduhan di antara adik beradik mahupun antara ipar, biarlah faraid mahupun hibah yang menentukan, jika boleh biarlah diuruskan tanpa ada yang tersinggung hatinya.

Usah keruhkan keadaan, jadi sebagai suami anda berhak untuk mewasiatkan harta anda dengan baik bermula hari ini. Ikuti perkongsian dari Firdaus Shakirin juga dari Twitter milik Adli Zikri Azmi tentang pentingnya wasiat untuk isteri dan anak-anak.

“Rumah aku, aku bagi kat isteri dan anak2 aku…hangpa jgn dok berebut, hangpa jgn dok kalut…”

Tajuk : Bila aku sudah tiada, apa yg aku akan tinggalkan kpd anak isteri aku…?


.

Kebetulan ada seorang pak saudara buka topik ni masa raya pertama…dia dah bagi “warning” siap2 kat adik beradik dia, yg rumah dia tu, hakmilik sepenuhnya isteri dan anak2 dia.. Itu harta yg dia dapat semasa dia hidup dgn isteri dan anak2 dia, dan itulah jugak harta yg dia akan tinggalkan utk isteri dan anak2 dia…

Sekarang kita hidup, semua org baik dgn kita…semua org xde masalah atau cari pasal dgn kita especially adik beradik kita…tp bila kita dah meninggal dunia, bila kita dah terputus semua hubungan dgn dunia, adakah kita tahu akan apa yg berlaku diatas dunia…?Kita tidak akan tahu apa2…

Klu anak isteri kita dihalau kluar dari rumah yg kita tinggalkan pun kita xkan tahu…klu anak isteri kita merempat, dibiarkan kesusahan pun kita tidak akan tahu…klu mereka tidak ada apa2 utk dibelanjakan walaupun kita dah tinggal mcm2 pun, kita tak tahu…Kita xbleh bangun dari kubur utk bantu anak isteri kita…

Rambut sama hitam, hati lain2…bab harta, kopiah diatas kepala pun boleh bersengketa, apatah lagi mereka yg imannya senipis kulit bawang…Value rumah abg kita tu skrg 500 ribu…dan klu kita tuntut bahagian kita, boleh dpt dlm 50 ribu (bukan nilai faraid sebenar)…wow, 50 ribu duit percuma…duit yg bukannya dtg dr penat lelah kita, tp kita boleh menikmatinya…

 

IKLAN

Tak tergoda? Tak terasa nak tuntut? Boleh guna mcm2 50 ribu tu klu kita dpt…Inilah permainan duniawi…adakalanya nafsu mengatasi akal…adakalanya nafsu menguasai kewarasan…bab harta jgn dibuat mainan…air yg mulanya dicincang takkan putus pun akan putus…

 

Jadi, sebagai seorang ayah, sebagai seorang suami, maka fikirlah…bila kita sudah tiada, apa yg kita akan tinggalkan utk anak isteri kita guna…adakah ianya bermanfaat utk mereka atau adakah ianya akan membawa kemudaratan kpd mereka.


.

IKLAN


.


.


.

IKLAN

Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.

Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.

Hibah ada dua jenis iaitu:

1.Hibah mutlak

2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)


.

Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.

Hibah bersyarat pula penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.

“Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat in