Pelbagai kes perpecahan keluarga terjadi akibat perebutan harta pusaka selepas kematian suami mahupun isteri. Sebagai insan yang masih mempunyai akal fikiran, janganlah kita rebutkan harta peninggalan sehingga tercetus pergaduhan di antara adik beradik mahupun antara ipar, biarlah faraid mahupun hibah yang menentukan, jika boleh biarlah diuruskan tanpa ada yang tersinggung hatinya. Usah keruhkan keadaan, jadi sebagai suami anda berhak untuk mewasiatkan harta anda dengan baik bermula hari ini. Ikuti perkongsian dari Firdaus Shakirin juga dari Twitter milik Adli Zikri Azmi tentang pentingnya wasiat untuk isteri dan anak-anak.
"Rumah aku, aku bagi kat isteri dan anak2 aku…hangpa jgn dok berebut, hangpa jgn dok kalut…"
Tajuk : Bila aku sudah tiada, apa yg aku akan tinggalkan kpd anak isteri aku…?
Kebetulan ada seorang pak saudara buka topik ni masa raya pertama…dia dah bagi "warning" siap2 kat adik beradik dia, yg rumah dia tu, hakmilik sepenuhnya isteri dan anak2 dia.. Itu harta yg dia dapat semasa dia hidup dgn isteri dan anak2 dia, dan itulah jugak harta yg dia akan tinggalkan utk isteri dan anak2 dia…
Sekarang kita hidup, semua org baik dgn kita…semua org xde masalah atau cari pasal dgn kita especially adik beradik kita…tp bila kita dah meninggal dunia, bila kita dah terputus semua hubungan dgn dunia, adakah kita tahu akan apa yg berlaku diatas dunia…?Kita tidak akan tahu apa2…
Klu anak isteri kita dihalau kluar dari rumah yg kita tinggalkan pun kita xkan tahu…klu anak isteri kita merempat, dibiarkan kesusahan pun kita tidak akan tahu…klu mereka tidak ada apa2 utk dibelanjakan walaupun kita dah tinggal mcm2 pun, kita tak tahu…Kita xbleh bangun dari kubur utk bantu anak isteri kita…
Rambut sama hitam, hati lain2…bab harta, kopiah diatas kepala pun boleh bersengketa, apatah lagi mereka yg imannya senipis kulit bawang…Value rumah abg kita tu skrg 500 ribu…dan klu kita tuntut bahagian kita, boleh dpt dlm 50 ribu (bukan nilai faraid sebenar)…wow, 50 ribu duit percuma…duit yg bukannya dtg dr penat lelah kita, tp kita boleh menikmatinya…
IKLAN
Tak tergoda? Tak terasa nak tuntut? Boleh guna mcm2 50 ribu tu klu kita dpt…Inilah permainan duniawi…adakalanya nafsu mengatasi akal…adakalanya nafsu menguasai kewarasan…bab harta jgn dibuat mainan…air yg mulanya dicincang takkan putus pun akan putus…
Jadi, sebagai seorang ayah, sebagai seorang suami, maka fikirlah…bila kita sudah tiada, apa yg kita akan tinggalkan utk anak isteri kita guna…adakah ianya bermanfaat utk mereka atau adakah ianya akan membawa kemudaratan kpd mereka.
IKLAN
Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.
Hibah ada dua jenis iaitu:
1.Hibah mutlak
IKLAN
2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)
Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.
Hibah bersyarat pula penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.
“Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat in
Isu tentang siapa yang sepatutnya patut membuat kerja-kerja rumah terus menjadi topik hangat. Suami isteri masing-masing menunding jari antara satu sama lain. Si isteri menganggap kerja-kerja rumah bukan tugas hakiki seorang isteri manakala si suami pula menganggap isteri yang patut membuat kerja rumah apabila si suami menyuruh isteri berbuat demikian.
Berikut ulusan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin yang merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Saya memang cukup tak setuju dengan coretan seperti dalam poster yang tersebar ini. Ia menggambarkan betapa berkiranya kita dengan pasangan dalam rumah tangga. Ia bukan soal tugas siapa, tapi soal persefahaman dan keharmonian melalui interaksi yang baik di antara suami isteri.
Percayalah, kalau masing-masing mula untuk berkira dan bersikap materialistik, rumah tangga pasti akan hilang serinya.
Beginilah saya jelaskan:
1. Asas bagi sebuah rumah tangga sebagaimana yang digariskan oleh Allah ialah:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
“Bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik” [al-Nisa’].
“Dan isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)” [al-Baqarah].
2. Kedua ayat di atas ialah asas bagi segala jenis interaksi dalam menunaikan suatu amalan dalam rumah tangga, iaitu suami isteri perlu saling melakukan kebaikan YANG TERBAIK dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing terhadap pasangannya selagi tidak melanggar batasan syarak sama ada dari sudut perbelanjaan, interaksi, kegembiraan, kerja rumah dan sebagainya.
3. Rumah tangga ialah sebuah KOMITMEN
Pasangan yang bersedia untuk mendirikan rumah tangga seharusnya sudah memahami pelbagai komitmen yang bakal ditempuhinya baik untuk diri, pasangan, anak-anak, keluarga dan pelbagai lagi. Bukan sekadar ikatan yang menghalalkan antara dua insan atau hanya untuk berjimba sakan.
4. Asas kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga ialah PERSEFAHAMAN
Maka tugasan rumah tangga baik sudut luaran dan dalaman perlu kepada komunikasi, persefahaman dan toleransi yang tinggi antara pasangan.
5. Tiada nas yang mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, mencuci baju dan seumpamanya, malah Islam tidak mensyariatkan perkahwinan buat lelaki untuk menjadikan isterinya seperti khadam/pembantu rumah, bahkan sebagai tulang rusuk yang perlu didampingi.
Namun ada ketikanya ia menjadi tuntutan atau kewajipan dalam beberapa situasi berikut:
a) Jika wujud perjanjian antara pasangan untuk membahagikan tugasan masing-masing, contoh: Suami berjanji akan berkerja sebaiknya untuk menjana ekonomi rumah tangga, manakala isteri pula menjadi suri rumah dan berjanji akan menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.
b) Jika suami sudah memikul tugasan luaran seperti mencari nafkah, menyediakan keperluan rumah, makanan, menguruskan kenderaan dan seumpamanya, manakala isteri pula sebagai suri rumah. Maka dalam situasi ini wajar untuk isteri membantu menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.
Hal ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mafhumnya Fatimah RA mengadu kepada Rasulullah SAW akan bebanan menguruskan rumah tangga yang dialaminya, lalu Rasulullah menasihatinya supaya bersabar kerana Ali RA suaminya gigih dan sibuk dengan tanggungjawab urusan luaran rumah tangga.
c) Jika suami mengarahkan isterinya seperti memintanya secara khusus untuk membuat kopi untuknya atau masakkan sesuatu misalnya atau apa-apa sahaja yang makruf, itu merupakan hak suami yang perlu ditunai oleh isteri.
Sama halnya seperti seorang anak lelaki itu perlu taat pada kedua ibu bapanya dalam hal yang tidak melanggar syarak baik dalam keadaan yang senang buatnya atau tidak.
Dalam sebuah hadis: “Jika seorang wanita itu (mampu menjaga) solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluan (maruah)nya, dan taat pada suaminya, nescaya akan masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya” [riwayat Ahmad & Ibn Hibban].
d) Jika suaminya seorang yang sangat tidak mahir atau tidak gemar dan tegar tidak mahu melakukan kerja-kerja rumah atau membantu isteri melakukannya. Maka dalam hal ini, jika isteri bertoleransi untuk melakukannya dengan penuh kebijaksanaan, ia akan dianggap satu amalan dan khidmat besar sang isteri kepada keluarganya.
Seorang isteri yang berhadapan dengan suami yang “liat” membantu kerja-kerja rumah tetap perlu menjaga adab interaksi dengan suami tanpa perlu menyindir, memberontak dan sebagainya. Bukan mudah suatu pahala “birr (bakti)” itu dicapai lagi-lagi ketika ia menyelisihi keinginan diri.
6. Suami yang bijak dan baik ialah suami yang sangat perihatin terhadap isterinya. Terutama dalam suasana zaman kini di mana para wanita dan isteri ramai yang berkerja membantu ekonomi keluarga. Maka apa salahnya urusan dalaman rumah tangga juga dikongsi bersama?
Cukuplah Rasulullah SAW sebagai teladan kita. Pernah Aisyah RA ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah di rumah baginda? Jawab Aisyah RA: “Baginda sering berkhidmat untuk keluarganya, lalu jika tiba waktu solat, beginda akan keluar bersolat”.
Dalam riwayat Ahmad mafhumnya: “Baginda juga manusia, yang membasuh bajunya, memerah susu dari kambingnya”.
Dalam riwayat lain: “Baginda juga menjahit bajunya, menguruskan kasutnya, dan melakukan kerja-kerja lelaki di rumah mereka.”
7. Sebahagian ulama juga mengatakan, perlu untuk diperhalusi ‘urf (tradisi) masyarakat setempat, dan keluarga isteri itu sendiri. Jika isteri pilihannya itu sememangnya dari kecil jenis goyang kaki bak puteri yang dikhidmat orang gaji, maka jika mampu, suaminya perlu menyediakan orang gaji juga untuk membantu isteri dan rumah tangganya. Jika tidak, masakan para sahabat RA dahulu mempunyai “jariyah-jariyah” di rumah mereka? Sudah pasti untuk berkhidmat kepada isteri dan rumah tangga mereka.
Jangan lupa para isteri dan wanita itu wasiat Rasulullah SAW buat kaum lelaki dan suami untuk dipelihara sebaik-baiknya.
استوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع…
“Berpesan-pesanlah untuk berbuak baik kepada wanita, kerana mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk..”.
8. Meskipun demikian, biasanya seorang isteri yang pandai menguruskan rumah tangganya dan menyediakan makanan pada suaminya dengan air tangannya sendiri lebih disayangi suami dan membantu mengukuhkan “bonding” suami isteri.
Anak lelaki yang berbakti kepada ibu bapanya insyaAllah akan mendapat isteri yang berbakti kepadanya. Manakala isteri yang berbakti kepada suaminya pula insya-Allah akan mendapat anak-anak yang berbakti kepada mereka jua. Begitulah biasanya kitaran alam ini.
Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa dikategorikan seagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw,
Maksudnya, “Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Tabrani dari Ibnu Umar)
Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan penuh susah payah. Ditambah pula kesakitan sewaktu melahirkan kita. Setelah bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia, ibu tetap berusaha menyusukan dan menjaga kita supaya menjadi anak yang soleh solehah.
Bapa pula tanpa kenal erti lelah, membanting tulang mencari nafkah untuk membesarkan kita. Memberi kita keselesaan, memberi pendidikan yang baik, memberi makan dan minum yang halal lagi baik agar kita membesar menjadi anak yang berguna.
Maksudnya, “Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga dia berusia 30 bulan…”(Surah al-Ahqaf, Ayat 15)
Itulah sebabnya, betapa Islam meninggikan darjat ibu bapa. Jika dibandingkan dengan wang ringgit, sememangnya tidak akan terbalas segala jasa ibu dan ayah kita selagi hayat dikandung tanah. Allah memerintahkan anak-anak agar sentiasa berlaku baik kepada ibu bapa. Selaku anak, kepatuhan kepada ibu dan bapa itulah, salah satu cara untuk kita membalas segala pengorbanan yang telah ibu bapa berikan kepada kita. Sebagai mana hadis Nabi saw,
Maksudnya, Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad lalu bertanya, ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu.’
Orang itu bertanya lagi, ‘Selepas itu, siapa pula?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu.’ Orang itu terus bertanya, ‘Kemudian, siapa lagi?’ Buat kali ketiga, Nabi menjawab, ‘Ibumu.’ Orang itu bertanya lagi, ‘Kemudian siapa?’ Nabi menjawab, ‘Bapamu.’” (HR Bukhari dan Muslim)
10 Hak Ibu Bapa yang Wajib Dipenuhi
Di dalam Kitab Dorrotun Nasihin, disebutkan 10 jenis hak ibu bapa ke atas anak-anaknya. Hak-hak itu adalah seperti berikut:
Memenuhi keperluan makannya.
Melayani semua keperluannya.
Menjawab panggilannya.
Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat.
Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya.
Memberikan pakaian secukupnya.
Berjalan di belakangnya.
Berusaha supaya orang tua sentiasa reda kepadanya.
Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka.
Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri
Mendoakan Kebaikan Buat Ibu Bapa
Selain daripada berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa sewaktu mereka hidup, kita juga perlu sentiasa mendoakan kebaikan mereka bukan setakat di dunia, tetapi juga di akhirat. Sekalipun ibu bapa kita telah meninggal dunia, doa buat mereka tidak akan pernah terputus.
Oleh kerana itu sebagai anak yang berbakti, hendaklah kita sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita. Di antara doa-doa untuk ibu bapa yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai berikut:
1) Ayat 24, Surah al-Isra’
رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya, “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’” (Surah al-Isra’, Ayat 24)
Maksudnya, “Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim, Ayat 41)
Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” (Surah Nuh, Ayat 28)
Maksudnya, “…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)
Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan apabila jumlah meningkat kepada 900 kes setakat hari ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita menurut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar duduk di rumah selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak ini.
Walau bagaimanapun, jika anda terpaksa keluar untuk membeli barangan keperluan harian, ia dibolehkan tetapi perlulah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan dengan sebaiknya. Sebelum keluar, amalkanlah zikir yang telah diajar oleh Rasulullah sebagai pelindung diri anda.
Perkongsian dari Ustaz Khairul Anuar Basri di laman Facebooknya boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Semoga bermanfaat.
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada:
Bahaya dan malapetaka.
Keracunan makanan.
Sihir dan santau.
Gangguan makhluk halus.
Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– Semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan