Kita mungkin tiada pengalaman bila masuk bab nak mohon nikah ni, melalui pengalaman saudara-mara dan kawan-kawan bercerita sahaja kebanyakannya. Oleh itu, ini soalan dan jawapan yang berkaitan dengan permohonan nikah.
1: Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
J: Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
Ads
2: Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
J : Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3: Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
Ads
J : Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia.Asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4: Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Ads
J : Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.
5: Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
J : Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya tampak sempurna kerana ada insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi.
Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya anda perlu mengenali si dia dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata.
Tip ini mungking berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Berbicara soal harta, tidak bermakna anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya yang disebut sebagai nafkah. Apa guna suami kaya tetapi kedekut dengan isteri dan tidak memberi nafkah.
Antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan adalah penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, merendah diri dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Lihat juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar.
Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.
Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.
Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan ‘menang tangan’ jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.
Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.
Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama,
Perempuan yang haram dikahwinkan selamanya. Perkara ini disebabkan oleh tiga hal:
i. Senasab – iaitu yang disebabkan garis keturunan, di antaranya nenek (ibu daripada bapa atau ibu daripada ibu). Ibu, anak perempuan, saudara daripada pihak bapa, saudara dari pihak ibu, anak perempuan saudara lelaki, anak perempuan saudara perempuan.
ii. Susuan – iaitu seorang wanita yang menyusui bukan anak kandungnya sendiri. Nabi SAW bersabda, “Susuan menyebabkan haramnya perkahwinan sebagaimana haramnya perkahwinan kerana kelahiran,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Ibu susuan menempati kedudukan ibu kandung dan semua orang yang haram dikahwin oleh anak lelaki daripada jalur ibu kandung, haram pula dikahwin dengan bapa susuan.
iii. Musharah – iaitu yang muncul kerana adanya ikatan perkahwinan (menantu), di antara ibu isteri (mertua), anak perempuan daripada isteri yang sudah digauli, isteri anak (menantu perempuan) dan isteri bapa (ibu tiri).
Kedua,
Perempuan yang haram dikahwin untuk sementara waktu. Di antara penyebabnya, iaitu dua perempuan yang bersaudara dalam satu ikatan perkahwinan, perempuan yang tidak beragama Islam, perempuan yang ditalak tiga, mengumpulkan dua muhrim (isteri dengan kakaknya) dan mengahwini wanita penzina. (Syaikh Ahmad Jad, Fiqhus Sunnah Linnisa, 2009: 468-482).
Diharamkan pula, mengahwini wanita-wanita yang masih memiliki suami, kecuali tawanan perang.
Dia halal bagi orang yang menawannya selepas berakhir masa idah-nya meskipun dia masih menjadi isteri orang lain. Dijelaskan Abu Sai`d Al-Khudri r.a, sesungguhnya kaum muslimin beroleh tawanan wanita yang mempunyai suami dalam perang Autas. Mereka tidak mahu dicampuri oleh yang berhak atasnya. Lalu kaum muslimin, bertanya kepada Rasulullah SAW hingga turunlah ayat ini sebagai penegasan hukum.
Diriwayatkan oleh At-Tabrani, daripada Ibnu Abbas, bahawa ayat ini turun pada waktu perang Hunain. Bila masa itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum muslimin. Mereka beroleh tawanan beberapa wanita Ahli Kitab. Ketika akan dicampuri, mereka menolak dengan alasan masih bersuami. Kaum muslimin pun bertanya Rasulullah SAW yang kemudian menjawabnya berdasarkan ayat ini. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Qur`anil Azim, Jilid 1,1996: 484).
Petikan dari: QS aL Nisa`, 4: 23-24
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berikut adalah perkongsian dari Maria Adam tentang bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam masa 2 bulan dengan menggunakan kaedah liquid diet sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
My home made carrot juice, saya turun 17kgs, dlm masa 2 bulan dengan liquid diet sahaja.
Bahan di perlukan juice extractor, kalau takde pakai blender pun boleh, kak maria advise semua perempuan kena ada juice extractor ni sbb dia bagus sangat….ada juice extractor kita akan lebih berdisiplin bila makan, minum juices kulit cantik, kurang gula dan buah buahan mmg banyak khasiatnya.
Saya turun 17kgs 2 bulan dengan liquid diet, saya tak sentuh nasi (carbohydrate), saya tak sentuh gula…air gas, kopi, teh tarik and nescafe semua mmg saya tak minum sbb tak suka.
Saya cuma minum susu, minum juice, makan buah dan yogurt selama 2 bulan itu sahaja dan saya minum smoothies sehari min 2 kali kenyang juga. Susu dan yogurt beli brand Marigold kat pasar raya.
Effect asthma yg bertahun2 saya hadapi hilang terus, saya pernah coma pasal paru paru lemah, 36 jam dalam icu, resdung atau nose polyp saya hilang, tenaga banyak gila, bangun subuh kul 2 pagi pun tak letih lagi:)
Doctor saya kata bila kita hilang berat badan kita, lebih 50 penyakit keluar dari badan, so you all yg selalu sakit macam saya cubalah ya,now saya dah sihat.
Badan ringan, mind clearer and rasa more peaceful. Nanti saya share resepi smoothies kat sini juga.
Carrot juice
Carrot juice 3 batang buang kulit belah kecik
Susu segar jika suka – Marigold brand
Gula jika suka (saya minum kosong)
Lemon
Masukkan carrot dlm juice extractor, juice carrot akn keluar, lepastu tambah air putih dan tambah susu segar dan gula jika you all suka manis.
Masukkan dlm fridge sejukkan dan minumlah masa berbuka rasa awesome gilerrrr…. lemon tu time nak minum hiris lemon satu ke dua hiris perah dalam carrot juice tu, letak ais sikit, adoiii heaven sedap gila haha
Lepas tu kalau nak carrot tu minum kosong sahaja pun boleh okay, tak nak letak susu, tambah air sikt and lepastu letak ice, bukak tv sensorang minum chiling rasa awesome giler.
ps: Untuk bakal pengantin yang rasa tiada lagi harapan nak kurus, mungkin ini alternatif lain supaya korang tak berlapar lagi. Selamat berdiet semua!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...