Pergaduhan boleh terjadi dalam bentuk komplain atau teguran sekalipun. “Apabila seseorang tidak menghiraukan teguran atau permintaan pasangannya, hal berkenaan boleh dianggap sebagai biadap dan pasti pasangan yang emmberi teguran itu merasa seolah mereka tidak dihiraukan.” Lihat 5 jenis punca bergaduh yang sering terjadi antara pasangan serta belajar cara untuk mengembalikan perasaan kasih sayang.

Jenis Yang… Dramatik

Ada jenis orang kalau sekali dia mengamuk, memang nak terbalik dunia ni dibuatnya. Dah tak ingat pangkat suami, bising pasal itu ini sampai maki suami dengan nama-nama yang tak baik. Si suami pula jenis yang tak boleh kawal emosi siap berani angkat tangan mencederakan isteri. Apa dah jadi? Masing-masing dramatik bak kata mat salleh “You guys are so overreacted!”

Cara penyelesaian: Jika anda dan pasangan jenis dramatik begini, sebelum ada yang ditimpa musibah, sebaik terasa darah ‘menggelegak’ dalam diri, sila bergerak dan beredar keluar dari zon berbahaya itu. Anda sebagai orang yang masih waras, cuba tenangkan pasangan, suruhnya relaks dan dalam masa yang sama anda pergi beredar memberinya ruang untuk bersendirian.

Jika pasangan masih mahu berbincang dan menyuarakan isi hatinya di hadapan anda, ajaknya beredar dan duduk di tempat lain. Cara ini akan memalingkan otak sebentar… daripada marah menjadi tenang sedikit. Jika tak dapat kawal pergerakan tubuh, cuba alihkan perhatian otak. Sebab tu orang kata, “Kalau tengah marah, cuba senyum dan gelak.” Nanti mesti marah tu hilang.

Bila Berkahwin Kalau Tak Bergaduh, Macam Rasa Tak Lengkap
.

Jenis Yang… Sorang Membebel, Sorang Lagi Buat ‘Pekak’

Dulu masa dalam khursus kahwin pun Ustaz ada pesan, perempuan ni 1 akal 9 nafsu, lelaki pula 9 akan 1 nafsunya. Sudah tentulah perempuan ini adalah insan yang jenis keras kepala, kuat mengamuk dan sensitif melampau! Sebab tu jugalah talak itu hanya terletak di tangan lelaki, kalau di tangan perempuan agaknya setiap kali bergaduh akan jatuh talak.

IKLAN

Cara penyelesaian: Ya, memang wanita lebih peka dan suka ambil serius semua perkara jika hendak dibandingkan dengan lelaki. jadi bila perempuan ajak berbincang, cuba duduk dan dengar kata-katanya. Bukan lari meninggalkannya seorang sambil makan hati. Pokok pangkalnya bebalik kepada diri sendiri. Walau kasar macam mana perempuan itu, jika dipujuk dan dibelai mesti akan lembut juga hatinya. Jika perempuan marah, anda janganlah bercakap kasar dengannya. Susun ayat baik-baik, sopan-sopan, pasti kemarahannya akan bertukar jadi tenang semula.

Ha… sekarang dah tahu kan kenapa ‘pak lawak’ mudah memenangi hati perempuan? jadi lepas ni, bila teman wanita atau isteri marah, buat je lawak atau pickup line!

Jenis Yang… Suka Campur Aduk Masalah

Bila bercanggahan pendapat, anda berdua akan terdorong untuk mencampur adukan masalah. Kadang-kala, habis semua kesalahan lampau milik pasangan yang anda akan ungkit kembali kerana masing-masing tak puas hati dan hendak menang. Kan? Bila benda kecil pun hendak dibesar-besarkan, perkara ini yang menjadi punca kepada perdebatan yang tiada berpenghujung dan bergaduh setiap masa.

IKLAN

Jalan penyelesaian: Kerana terlalu taksub untuk mencari kesalahan orang lain… anda rasa anda betul, dia pula rasa dirinya betul. Sebelum tuduh melulu, cuba letakan diri dalam situasi pasangan. Jika dia menipu tentu ada sebabnya mengapa; jika dia meninggikan suara terhadap anda, tentu anda yang sebenarnya menjadi punca; jika dia lupa, cuba nasihatkannya. Jangan asyik hendak marah melulu, menunding jari dan fikir ikut hati dan kepentingan diri. Ambil masa untuk relaks. Salahkan diri sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain. Jika dua-dua besar kepala, siapa pula nak meredakan keadaan betul tak?

Bila Berkahwin Kalau Tak Bergaduh, Macam Rasa Tak Lengkap
.

Jenis Yang… Menurut Saja

Mana mungkin anda dan pasangan tak pernah berselisihan faham dan bergaduh. Paling tidak, pasti ada benda kecil yang anda tidak bersependapat dengannya. Ya, meskipun anda telah dijodohkan bersama. Tak semua pasangan akan bahagia sepertimana ketika bercinta dulu. Jika anda dan si dia bahagia sentiasa tanpa ada sebarang masalah, tak pernah marah-marah atau bergaduh, ini mesti ada yang tak kena.

IKLAN

Cara penyelesaian: Cuba periksa dan tanya diri sendiri, apakah anda benar-benar bahagia untuk hidup dalam perhubungan ini. Ini kerana, gaduh dalam satu-satu perhubungan itu adalah normal. Pergaduhan dan pertengakaran itulah sebenarnya yang akan membawa anda kepada keharmonian. Justeru, jangan terlalu takut untuk menyakiti dan disakiti. Jika tak suka, kata tak suka. Jujur saja. Jangan asyik menurut tapi jiwa dan raga rasa perit menyiksa diri.

Jenis Yang… Diam-Diam Tapi Membunuh!

Janggalnya bila duduk sebumbung tapi tak bertegur siapa sesama suami dan isteri bila bergaduh. Inilah azab paling ditakuti kebanyakan pasangan, inilah silent treatment! Bergaduh sampai nak tarik muka dan tak nak bertegur siapa macam ni memang rumit sebab anda tak boleh membaca fikiran si dia. lebih lambat masalah selesai dan lebih tertekan masing-masing.

Cara penyelesaian: Kata seorang pakai, silent treatment di mana pasangan akan berdiam sesama sendiri ini berlaku kerana ada di antara mereka yang telah berputus asa untuk memulihkan keadaan. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi dalam perhubungan adalah penting. Daripada anda asyik hendak ‘menang’ ketika bergaduh dengan pasangan, lebih baik anda mengalah dan mohon mahan dengan pasangan. Kajian membuktikan bahawa jika seseorang meninggikan suara terhadap lawannya, 90% lawan akan membalas dengan cara yang kasar juga.

Gambar hiasan : Tangkap Pictures

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI