Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Hubungan Bila Berkahwin, Kena Atur Masa Depan Betul-Betul, Dah Tiada Masa Nak Main-Main

Bila Berkahwin, Kena Atur Masa Depan Betul-Betul, Dah Tiada Masa Nak Main-Main

Kita sering memberikan alasan kerana kesuntukan masa, maka  kita tidak berjaya melaksanakan azam kita yang begitu banyak itu. Sedangkan jika kita bijak memanfaatkan masa, kita akan melihat keberkesanan kita dalam  kehidupan, kerana kata orang bijak pandai, “orang yang menjaga saat, akan terjagalah minit.

Bila Berkahwin, Kena Atur Masa Depan Betul-Betul, Dah Tiada Masa Nak Main-Main

Orang yang menjaga minit, akan terjagalah jam. Orang yang menjaga hari,  akan terjagalah bulan. Orang yang menjaga bulan, akan terjagalah tahun.” Tepati masa dalam temu janji – biar kita menunggu bukan kita ditunggu, dan tepati masa dalam mencapai tarikh siap sasaran kerja – sanggup bekerja melebihi masa bukan berkira masa, Insya-Allah kejayaan menanti kita di hadapan.

Begitulah, syarat pertama untuk berjaya mencapai azam kita, jagalah masa kita, kerana “masa itu emas”. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr bermaksud, “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”  

Masa bergerak seperti arus sungai, walaupun ada halangan di hadapannya, sungai akan terus mengalir mengikut arus tanpa berpatah balik. Sebab itu rugilah orang yang membazirkan masanya, kerana masa tidak ada dijual di mana-mana, dan kerana itu kita tidak boleh mendapatkan kembali masa yang berlalu itu walaupun kita mempunyai keupayaan wang ringgit.

Banyak orang memberikan alasan faktor tidak cukup masa yang menyebabkan azamnya tidak tercapai. Sedangkan semua orang mendapat jumlah masa yang sama, 24 jam sehari. Tetapi, mengapakah keupayaan setiap orang dapat melaksanakan apa yang disasarkan berbeza? Faktor kedua, adalah kerana keberkatan masa. Keberkatan masa maksudnya, walaupun waktu dirasakan tidak mencukupi tetapi kita dapat melaksanakan apa yang kita hajati itu dengan sempurna dan siap pada waktunya.

IKLAN

Bila Berkahwin, Kena Atur Masa Depan Betul-Betul, Dah Tiada Masa Nak Main-Main

Bagi mendapatkan keberkatan masa jagalah minda/fikiran, kesihatan, hubungan silaturahim dan spiritual/kerohanian. Dengan minda yang positif, sentiasa bersangka baik dengan orang dan Allah serta kesihatan yang baik kita akan bertenaga dan bersemangat untuk melaksanakan apa-apa yang kita rencanakan. Dengan menjaga silaturahim kita akan mendapat kerjasama daripada banyak pihak. Dengan menjaga spiritual/kerohanian iaitu hubungan kita dengan Allah SWT, Allah akan sampaikan hajat kita dan dipermudahkan urusan kita.

Masa akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya jika kita bijak merancang dan fokus kepada apa yang kita laksanakan.

IKLAN

Kejayaan dalam kehidupan ini bergantung kepada faktor ketiga, iaitu kebijaksanaan kita merancang dan mengatur masa dalam pengisian hidup kita. Anolo­ginya, jika setiap orang diberi­kan sebiji balang kaca yang sama besar saiznya tetapi dibekalkan kepada kita beberapa batu yang berbeza zaiznya, dan kita diminta memasukkan seberapa banyak batu tersebut ke dalam balang kaca itu.

Bila Berkahwin, Kena Atur Masa Depan Betul-Betul, Dah Tiada Masa Nak Main-Main

Keupayaan setiap orang memasukkan jumlah batu itu bergantung kepada bagai­mana kita merancang dan bagaimana cara kita memasukkan batu-batu itu ke dalam balang. Jika kita memasukkan batu itu ke dalam balang sesuka hati, tanpa memikirkan strateginya pasti tidak banyak batu yang berjaya dimuatkan ke dalam balang tersebut.

IKLAN

Bukan kita banyak habiskan masa kita dengan perkara yang remeh-temeh hingga tidak ada ruang waktu lagi untuk kita fokus kepada perkara yang utama. Empat perkara yang perlu kita lakukan untuk kejayaan mencapai matlamat hidup.

Pertama, fikirkan semula fokus kita ke arah mana? Kedua, bayangkan semua kebaikan yang akan berlaku pada masa hadapan. Ketiga, hidup penuh dengan inspirasi. Keempat, sentiasa muhasabah diri.

Muhasabah diri dengan cara audit rutin hidup kita. Jika kita ingin mengubah kehidupan kita kena ubah rutin hidup kita. Rutin adalah sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa kita fikir.

SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI