Selalu kita diajar, isteri kena minta izin suami sebelum buat apa-apa. Keluar rumah pun kena minta izin suami. Inilah contoh isteri mithali. Tapi kalau suami minta izin (maklumkan) isteri, orang Melayu kata takut bini. Bila kawan kata takut bini, ego suami tercalar. Jadi suami paham buat apa-apa tak perlu minta izin isteri.

Keluar malam balik pagi. Hanya beritahu, abang nak keluar ni. Pergi mesyuarat waktu cuti, hanya wasap abang ada urusan ni. Pergi lepak dengan kawan, hanya cakap abang nak jumpa orang ni. Pergi kerja luar kawasan, hanya tunjuk tiket kapal terbang yang dah dibeli awal sebulan lagi.

Isteri kat rumah terpinga-pinga. Tertunggu-tunggu. Balik bila pun tak bagitahu. Makan malam yang disimpan pun dah basi tak dijamah.

Isteri bukan tunggul

Para suami, isteri bukan tunggul. Bukan patung. Bukan orang gaji kat rumah. Masa kita kahwin kita setuju nak hidup mati sama-sama. Nak tempuh sama-sama. Nak buat semua benda sama-sama.

Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Jangan membelakangkan isteri. Sebab tempat isteri bukan di belakang tapi di sisi.

Perkahwinan menuntut mutual understanding, mutual responsibility. Peranan suami isteri adalah sama penting. Bukan macam majikan dan kuli. Bukan sorang di depan sorang di belakang. Bukan sorang diperintah dan sorang lagi yang menurut perintah.

IKLAN

Rendahkan ego

Cuba maklumkan kepada isteri, rendahkan ego. Isteri akan lapang dada walaupun suami sibuk tahap Perdana Menteri.

Cuba bagitahu awal nak pergi mana. Nak pergi program apa. Nak jumpa siapa. Mungkin suami rasa tak penting untuk beritahu, tapi penting bagi isteri.

Tapi BAGITAHU je tak cukup. Sekadar bagitahu, lepas tu pergi. Bagi saya menyakitkan hati. Cubalah ‘minta izin’.

“Yang, boleh tak abang nak pergi..”

IKLAN

Isteri akan rasa dihargai, rasa dihormati.

Minta izin bukan sebab suami perlu keizinan isteri. Tak. Suami boleh pergi je tanpa minta izin. Isteri tak ada hak nak halang.

Tapi minta maklumkan sebagai isyarat suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup. Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati.

Pentingkan isteri, isteri akan pentingkan anda. Utamakan isteri, isteri akan utamakan anda. Hormat isteri, isteri akan hormat anda. Hargai isteri, isteri akan hargai anda

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Kredit : Masturah Abu Bakar