Antara emosi negatif yang perlu dijauhi dalam hati dan fikiran kita ialah perasaan marah. Sebaik-baik manusia ialah orang lambat marahnya dan cepat padam perasaan marahnya.

Sejahat-jahat manusia ialah orang yang cepat marahnya dan lambat padam kemarahannya. Jom audit diri, adakah kita seorang yang cepat melenting marah atau di sebaliknya.

Bila Dah Jadi Suami Isteri, Mohonlah Buang Sifat Baran Dan Rawatlah Kemarahan Itu

Oleh sebab itu, kalau kita rasa marah, tanyalah kepada hati kenapa kita marah? Ingatlah orang yang cepat marah banyak syaitan dalam diri mereka. Sesungguhnya Allah yang kurniakan sikap marah dalam hati kita, tetapi Islam mengajar kita macam mana hendak mengurus kemarahan.

Tujuh sifat yang membuatkan hidup kita susah. Pertama, cepat marah. Kedua, sentiasa berasa hendak betul dalam percakapan, yang membuatkan orang marah akan kita.

Ketiga, dalam semua urusan kita hendak lebih – kalau tidak dapat kita marah, kalau dapat orang pula yang akan marah kepada kita. Keempat, kita sentiasa hendak lebih daripada orang, hingga menyebabkan kita suka bersaing. Untuk dapat capai sasaran, kita sanggup buat apa-apa sahaja walaupun terpaksa menggunakan jalan yang salah atau menggunakan kekasaran/kemarahan.

IKLAN

Kelima, sangat fikir apa orang kata. Hingga kita marah kepada diri kita sendiri, kerana kita tidak boleh menjadi diri kita sendiri kerana asyik fikirkan tanggapan orang terhadap kita. Keenam, sangat fikir apa yang kita capai ialah hasil usaha kita, bukan bantuan orang lain dan pertolongan dan kuasa Allah SWT.

Bila Dah Jadi Suami Isteri, Mohonlah Buang Sifat Baran Dan Rawatlah Kemarahan Itu

Sikap ini membuatkan kita marah apabila orang tidak memuji dan marah orang tidak menghargai hasil usaha dan kehebatan kita. Ketujuh, kita sangat pentingkan kedudukan dan pangkat kita (kesedaran keegoan atau nafsu yang menyebabkan punca kerosakan minda dan kesihatan manusia). Keegoan, kesombongan dan takbur menjadi umpan api menyemarakkan bara kemarahan.

IKLAN

Orang yang sifat keegoannya tinggi akan berasa dirinya lebih tinggi dan hebat daripada orang lain dan, cepat marah apabila dapati orang lain tidak mampu melaksana sesuatu yang kita rasa sangat mudah dan, mampu laksanakan dengan baik dalam masa singkat. Bagi merawat sikap negatif ini, kita pinda tujuh sifat negatif tersebut kepada tujuh sifat positif (kesedaran ketuhanan).

Pertama, kawal hati dan fikiran kita dengan memilih “kanta kehidupan” yang betul. Iaitu melihat dengan pandangan yang betul dan membuat nilaian positif terhadap perkara yang positif, dengan berpegang kepada sikap sabar, reda dan sentiasa bersyukur.

Kedua, jadilah pendengar yang baik. Didik hati dan jiwa supaya kurangkan bercakap tetapi lebihkan mendengar. Bercakap pada perkara yang perlu sahaja dan, bercakap pada ketika kita diperlukan memberikan buah fikiran dan idea. Jaga silaturahim de­­ngan terima pandangan orang bu­kan bertegang urat untuk mem­per­tahankan pendangan, prinsip dan pen­dapat kita, kecuali pada perkara melibatkan hukum Allah.

IKLAN

Ketiga, sentiasa buat sesuatu de­ngan kasih sayang dan bahagia apabila orang lain juga dapat manfaat sama macam kita dapat.

Keempat, tidak suka bersaing tetapi kita bekerja sama dengan semua orang. Kita sangat fikir untuk memberikan manfaat ke­pada orang lain, bukan untuk diri kita semata-mata. Kelima, sentiasa mencari kebaikan dan kecantikan da­lam situasi dan seseorang.

Yang di­fikirkan pandangan Allah terhadap kita, bukan apa kata orang terhadap kita. Keenam, sentiasa murah hati. Yang kita harapkan hanya reda Allah, bukan sanjungan dan pujian orang.

SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI