Bila dah kahwin automatik perangai kita akan berubah. Kita tidak membiasakan kehidupan bujang kita hingga terbawa-bawa sehingga kahwin. Mungkin ia akan membuatkan pasangan kita tidak tenang melihatnya.

Bagi lelaki, bila dah kahwin anda perlu tunjuk displin kepada isteri. Kerana anda adalah ketua keluarga dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keluarga anda. Bila dah ada keluarga, setiap perkara yang berlaku anda perlu ambil tahu.

Bila Dah Jadi Suami, Janganlah Bawa Perangai Bujang Dalam Rumah Tangga

IKLAN

Dah tak boleh selalu lepak-lepak keluar masuk rumah macam hotel sewaktu anda bujang dulu. Sebab ada tanggungjawab dirumah yang anda perlu hiraukan. Tanggungjawab seorang suami ni sangat besar, jadi jangan ambil mudah.

Bila dah jadi suami, anda kena banyak bersabar dan tak boleh gunakan bahasa kasar bila berlaku pergaduhan. Anda perlulah selesaikan masalah dengan matang dan rasional. Kalau boleh jangan sampai naik tangan pada isteri. Kerana perempuan ni tak suka lelaki panas baran.

IKLAN

Segala kerja rumah juga anda perlu lakukan bersama. Dah tak boleh harapkan isteri sahaja. Dia pun ada kerja nak buat seperti memasak, uruskan anak. Jadi anda kena bekerjasama.

IKLAN

Jangan lupa tanggungjawab dan nafkah anda kepada isteri. Kerana dari situlah rezeki anda akan bertambah. Doa isteri ni mujarab buat seorang suami. Maka, jangan pernah lupa makan minum mereka.

Semoga ia memberi manfaat kepada semua suami diluar sana.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI