TIPS MENYIMPAN SECARA UMUM
Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, anda sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan kewangan anda. Namun, kebanyakan daripada kita mendapati bahawa menyimpan wang bukanlah kerja yang mudah kerana kita seringkali gagal mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian kita. Melalui artikel ini saya ingin memberikan anda beberapa tips tentang cara untuk menyimpan wang dan saya berharap tips ini dapat membantu anda.
.
Pertama, tetapkan tujuan anda menyimpan wang.
Letakkan matlamat anda menyimpan wang untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat jangka pendek, ia tidaklah sukar kerana wang yang diperlukan tidak banyak. Namun, untuk tujuan jangka panjang, ia akan menjadi sedikit sukar. Anda perlu melakukan banyak perancangan dan pelaburan sebelum anda boleh mencapai matlamat jangka panjang. Selain itu, sentiasalah menulis tujuan anda setiap hari supaya anda tidak akan kehilangan fokus pada tujuan anda.
Kedua, membuat senarai semua perbelanjaan anda.
Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.
Ketiga, buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.
Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok atau shopping berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.
Keempat, berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit.
Anda akan sangat mudah untuk terlebih berbelanja apabila anda menggunakan kad kredit. Jika anda ingin menjimatkan wang, anda perlu berhenti berbelanja lebih dan cuba untuk membayar sesuatu barang dengan wang tunai. Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui dengan jelas berapa banyak wang yang masih ada.
Kelima, bergaul dengan orang yang bijak mengurus wang.
Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka.
.
TIPS MENYIMPAN SECARA SPESIFIK
Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau korang rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok
Shopping masa sale jer
kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!’
Elakkan hutang kad kredit
korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….
Potong jer langganan yang tak penting
contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Netflix. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Kalo korang BZ bekerja dan jarang tengok TV pun, cam rugi kan langgan astro. Gerenti boleh jimatkan kos!
Jangan asyik beli barangan branded
kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi korang kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… 🙂 So, bersabarlah…
Jangan merokok!
Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!
.
Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang 🙂 . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. 🙂 Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…
Masak sendiri
elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!
Bawa bekal ke pejabat
cara nie bukan calang2 orang boleh buat kerana ia memerlukan anda bangkit di awal2 pagi lagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan anda… Nak jimatlah konon… 🙂 Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punyer… 🙂
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI