Melupakan orang yang kita sayang, hidup bersama sekian lama bukan mudah untuk dilupakan. Tipulah kalau boleh lupa dalam satu tika sahaja tapi kita sebagai manusia perlu pandang terus ke hadapan, fikirkan diri anda dan kerjaya anda juga biarlah dia hidup bahagia dengan orang yang dipilih. Anda ada peluang lain untuk mengubah kehidupan dan hidup lebih gembira.

Langkah 1: REFLEKSI POSITIF PADA DIRI

#1- Pejamkan mata
Pejam sekejap mata anda.

Sambil tu flashback dan tanya diri sendiri: “Siapa anda sebelum bertemu dengan si dia” “Bagaimana diri anda semasa dalam perhubungan dengan dia” “Selepas hubungan terputus, bagaimana kesannya terhadap anda”.

#2-Rapatkan diri dengan Allah
Kemudian, cari Allah. Kembali pada pencipta yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui yang tahu gundah gulana dalam hati.

Dekati Allah, pohon keampunannya atas dosa-dosa kita. RapatiNya melalui solat, zikir dan berbagai cara lagi kerana Dia sudah berjanji

“… Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat.”
(Surah al-Baqarah: 186)

#3-Cakap pada diri ini adalah bentuk ujian
Hubungan yang terputus di tengah jalan adalah salah satu ujian untuk kita. Ujian untuk mendidik hambaNya bahawa sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Perancangan manusia bersifat lemah dan kekurangan.

IKLAN

Terima kenyataan ini adalah satu ujian.

Langkah 2: PERUBAHAN MENUJU KEBAHAGIAN
OK, kita perlu maju ke hadapan…PERUBAHAN hanya boleh dimulakan oleh diri kita sendiri.

#4-Tetapkan tempoh masa untuk bersedih
Saat ditimpa ujian, emosi sudah tentunya terganggu dan tidak stabil.

IKLAN

Jadi kita akan tetapkan satu tempoh masa untuk bersedih. Mungkin seminggu atau sebulan. Jangan sedih lama-lama, nanti hilang seri di muka. Selepas tamat tempoh tersebut, kita harus jadi individu lain, yang lebih ceria dan lebih sihat.

Insha Allah jika anda dah letak ‘timing’ anda akan lebih bersedia untuk berubah.

#5-Bahagiakan Diri Anda
Seterusnya, betul-betul penting. Anda perlu tahu diri anda berharga.

Bahagiakan diri anda sendiri. Bagaimana mahu bahagia?

IKLAN

Pertama, anda perlu minta maaf dan maafkan dia walaupun bukan anda yang bersalah. Memaafkan tidak semestinya anda membuka peluang kepada si dia, tapi jauh lebih baik lagi adalah untuk membuatkan hati jadi tenang.

Keduanya, anda perlu ingat setiap orang dari kita ada garis masa yang tersendiri. Mungkin ketika ini anda kecewa, bila sampai waktunya akan datang jua bahagia.

Apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi, maka Dia akan kata “Jadilah, maka jadilah ia”.

#6-Elakkan bercakap tentang si dia
Ketika nak ‘move on’, anda perlu jauhi semua perkara tentang dia. Perlahan-lahan lepaskan sedikit demi sedikit. Anda perlu belajar menjarakkan diri anda dan tidak lagi bergantung harap pada si dia.

Langkah 3: KEAZAMAN YANG BARU
#7-Keluar Mengembara
Apabila hati sudah ada kekuatan, anda boleh keluar mengembara. Mengembara bagi membuka hati melihat nikmat-nikmat kurniaan Allah yang lain. Kisah silam yang ada sebagai pengajaran dan masa depan yang ada adalah penentuan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa sesungguhnya kapal-kapal berlayar di laut dengan nikmat kurniaan Allah untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaanNya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur”
(Surah al-Luqman: 31