Sebagai seorang suami sumpah dan hidup mati kita adalah pada anak dan isteri. Yang kita keluar awal pagi hingga pulang malam hari, semuanya kita mahu berikan pada mereka.

Kadang segala yang kita buat tak di fahami. Anak isteri tak mengerti. Lantas, kita tetaplah menjadi suami yang akan persalahkan setiap hari.

Hari ini, kita di uji dengan isteri yang minta di lepaskan. Isteri minta diceraikan. Isteri rasa ada lelaki lebih baik dari kita sendiri!

Terduduk dan tersenyap seketika kita dengan isteri yang menjadi kekuatan dan cinta sehari-hari. Apa yang kita nak buat sebagai suami?

Bila Hati Isteri Tercalar Sekelip Mata Rasa Hormat Boleh Hilang Pada Suami

1. Sekalipun kita dah solat dan baca al Quran hari-hari, kita tetaplah manusia yang berdosa. Tetap tu akan kita bawa sampai kiamat nanti. Satu kaki kita sudah di dalam neraka saat kita menerima isteri apalagi anak yang datang dalam hidup ini. Itu hakikat yang kita kena faham.

2. Maka setelah kita faham, maka Allah bagi 2 perkara yang paling power untuk kita sebagai suami. Doa dan sabar. Seyes, kita buat 2 ni, tak mustahil Allah kembalikan isteri itu pada kita.

3. Kalau balik rumah isteri tiada, carilah dia baik-baik. Tanya dia di mana. Andai kita jumpa dia tengah lepak dengan kawan-kawan, atau lebih parah dia jumpa ex dia, kita datang baik-baik dan tunjukkan kesabaran kita. Jangan mengamuk, sepak terajang itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

IKLAN

‘Saya datang sebab Allah. Saya suami awak dan awak isteri saya. Saya minta dengan sangat, baliklah’

4. Isteri minta di ceraikan biasanya sebab hasutan dan dorongan kawan-kawan, ahli keluarga, dan ex atau teman barunya. Itu membuatkan dia keliru, dia berlawan dengan fitrahnya. Maka, kadang dia naik angin dengan ex, kawan atau ahli keluarganya juga. Dia pun akan angin juga dengan kita. Jadi kita wajib tenang dan sabar untuk memenangi kembali hati isteri.

5. Mintalah kerjasama adik beradik isteri kita, ibu ayah isteri kita, cuma jangan besarkan hal ini. Jangan sampai memalukan pihak isteri. Cukuplah kita bersama orang yang percaya. Jika pihak keluarga isteri tak membantu atau dua kali lima, kuatlah! Hanya tinggal kita dan Allah sahaja dalam perjuangan kali ini.

6. Sebagai suami, guna 2 power yang Allah bagi ni. Kita pun banyak buat salah dan silap, sampai isteri makan hati. Sampai dia terluah pada orang lain tanpa kita sedari. Doa paling mustajab adalah doa kerana menangisi dosa. Bukan menangis kerana isteri lari. Jangan menangis sebab isteri, menangislah sebab dosa kita isteri jadi begini. Sabarlah dan peganglah hati dari menceraikan dia hari ni.

7. Jangan call, sms, whatapp paksa dia terima kita. Dia tengah tekanan. Dia memang nak sakitkan hati dan bagi kita hilang sabar. Ingatkan dia tentang cinta yang kita bina. Saat bersama. Kenangan yang pernah ada. Hari-hari tugas kita ceritakan yang baik. Berikan yang baik.

IKLAN

8. Sampai bila ustaz? Sampai kita redha Allah bagi isteri macam tu kat kita. Kita pun pernah whatapp, sms, call perempuan lain. Kita pun pernah buat dosa masa sorang-sorang. Kita pun pernah bertepuk tampar dengan ramai wanita. Allah sedang bagitahu itu pada kita. Dosa sedang di ampunkan, dengan isteri kita yang begini.

Kerana Allah kita di uji.

Kerana Allah, kita akan sakit sampai tak terputus lagi hubungan kita dengan Tuhan sampai kita mati. Menangis sampai apa yang keluar dari lidah ini hanya Allah, Allah, Allah.

Allah yang memegang hati isteri.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Sumber : Abu hurairah asifa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI