Dalam rumah tangga, pasti akan ada sedikit pertengkaran dan salah faham yang berlaku. Bila jadi begitu, mulalah nak bermasam muka. Ya, semua ini adalah perkara biasa. Namun, jangan sampai ia mampu merosakkan kemanisan rumah tangga yang dibina.
Cuba tanya dahulu kepada pasangan mengapa kerap berkasar dan marah-marah. Boleh jadi dia ada masalah di tempat kerja dan tidak mahu berkongsi dengan anda tentang masalah ini. Akhirnya, anda yang menjadi mangsa.
Sebagai suami isteri, anda perlu lebih prihatin terhadap pasangan. Jika hubungan sudah tidak semesra dulu, bersabarlah dan cuba amalkan ayat ini untuk melembutkan hati pasangan kita.
Surah tersebut adalah surah Al-Kautsar di mana ia merupakan surah yang paling pendek yang mengandungi 3 ayat sahaja. Al-Kautsar yang membawa maksud sebuah sungai yang mengalir di syurga.
Ads
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi MUhammad SAW kerana diturunkan di saat baginda bersedih di atas kehilangan dua orang sahabat yang amat disayanginya.
Ads
Selain daripada melembutkan hati seseorang, surah ini juga boleh diamalkan sebagai penawar.
Dibaca 1000 kali untuk menambah rezeki.
Dibaca sewaktu hujan turun.
Dibaca jika kehausan air, baca surah ini dan gosokkan pada bahagian leher.
Jika sakit mata atau mata berair, gatal-gatal atau bengkak, baca surah ini sebanyak 10 kali dan sapukan pada mata.
Baca surah ini sebanyak 10 kali jika rumah anda terkena sihir. Mudah-mudahan Allah akan beri petunjuk dimana letaknya sihir itu.
Orang yang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, boleh baca surah ini sebanyak 71 kali.
Amalkan surah ini juga surah-surah lain agar kehidupan di dunia dan akhirat mendapat rahmat.
Bakal pengantin semua dah siap sedia ke segala persiapan untuk berkahwin? Kalau sudah, anda memang seorang yang teratur. Tapi jangan siapkan persiapan barang perkahwinan sahaja. Persiapan diri juga perlu.
Persiapan diri anda sebelum bernikah, anda kena tahu apa yang perlu anda lakukam sebelum, semasa dan selepas bernikah. Senang sahaja. Ikut sahaja langkah ini okay!
SEBELUM AKAD NIKAH
SEMASA AKAD NIKAH
SELEPAS AKAD NIKAH
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi persoalan sekarang, masyarakat memandang serong dan ambil mudah dengan perkahwinan di usia muda. Ada yang mengatakan kahwin muda kerana menutup aib atas dasar keterlanjuran. Kita sepatutnya mengubah perspektif atau pandangan masyarakat yang serong terhadap perkahwinan di usia muda.
Sebenarnya mengikut anjuran Islam perkahwinan ini sangat mudah. Cuba kita nilai situasi berikut, seorang pemuda datang berjumpa dengan ayah si perempuan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan si perempuan itu isterinya. Lalu ayah perempuan itu bertanya berapa yang kamu ada sekarang? Lalu dijawab oleh pemuda itu saya ada RM100. Pak cik itu menjawab, baik simpan untuk maharnya, walimahnya sederhana sahaja, cukuplah sekadar meraikan hari bahagia dan hebahkan pada orang ramai. Subhanallah! senangnya ingin mendirikan masjid. Itulah sebenarnya anjuran Islam.
Dalam bab munakahat ini, Islam tidak meletakkan syarat yang membebankan umatnya. Apa yang penting adalah sunnah nikah itu, dan diri terpelihara daripada perkara yang merosakkan. Sekarang bagaimana situasinya? Nilailah situasi sekarang jika ingin mendirikan rumah tangga. Nilailah hantaran yang diminta kini, dengan dulang-dulang sebagai hantaran sedangkan pada agama cukup pada kemampuan membayar mas kahwin.
Mas kahwin itu ialah hadiah untuk wanita bukanlah syarat beg tangan beratus ratus pada harga serta perhiasan dan alat solek yang berjenama sebagai hadiah dalam kesempurnaan perkahwinan. Memang pada hakikatnya bukan semua ibu bapa beranggapan seperti itu. Alhamdulillah bagi ibu bapa yang menitikberatkan nilai sebuah perkahwinan ini sebagai asas agama, dengan tidak membebankan pasangan yang ingin berkahwin.
Sesungguhnya barakah itu pada mahar yang murah. Saya membuat penilaian tentang pemikiran kebanyakan orang tentang perkahwinan di usia muda, ramai yang mengatakan perkahwinan ini atas dasar nafsu semata mata. Betapa negatifnya fikiran sebegini sedangkan perkahwinan itu satu tuntutan dalam agama. Kebanyakkan ibu bapa akan berkata begitu pada anak anak mereka, tetapi andai mereka berada di tempat anak-anak, dengan persekitaran yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah maksiat, nescaya mereka ini pasti akan ada keinginan untuk berkahwin di usia muda.
Melalui sistem perkahwinan, ia akan meningkatkan rasa tanggungjawab dan berusaha di kalangan kaum lelaki dan wanita. Sebagai contoh kaum lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka bagi tujuan memenuhi hak-hak orang yang berada dibawah tanggungan dan jagaannya.
Selain itu, seseorang yang berkahwin dapat bermujahadah dan melatih dirinya dengan menjalankan pentadbiran dan pengurusan, menjaga dan menjalankan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Islam menggalakkan perkahwinan dan menyeru supaya berkahwin dengan penuh keimanan kepada Allah. Ini kerana selalunya perkahwinan itu sendiri akan memperbaiki keadaan yang sulit. Melalui perkahwinan, si suami akan bekerja bersungguh-sungguh memperbaiki kedudukan ekonomi, menghadapi cabaran dan tanggungjawab secara lebih telus dan si isteri pula membantu memelihara perbelanjaan keluarga.
Pada hakikatnya tiada masalah yang akan wujud sekiranya semua pasangan melakukan tanggungjawab masing masing dengan baik. Realitinya ibu bapa takut untuk mengahwinkan anak di usia muda kerana bimbang akan keadaan anak dari segi keperluan asas serta perbelanjaan masa hadapan. Saya ulaskan dengan lebih mendalam tentang masalah ini, Adakah apabila sah bergelar suami isteri maka bantuan memenuhi keperluan daripada ibu bapa itu tidak boleh diterima oleh anak anak? Tidak salah bukan?
Malah anak anak juga dengan kudrat mereka mampu bekerja bagi menampung keperluan hidup mereka walaupun bersederhana. Dalam mengharungi rumah tangga mereka di usia yang masih muda dan dalam status sebagai pelajar lagi, maka ibu bapa juga merupakan tempat dan perangsang bagi pasangan ini untuk menempuh hari-hari sebagai suami dan isteri.
Rumahtangga Islam dibina adalah berpaksikan ikatan perhubungan jiwa dan emosi yang suci serta luhur dan tidak berpura-pura. Rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan ketaqwaan, pasangan suami isteri yang saling menghormati dan melindungi antara satu sama lain. Begitu juga pergaulan yang baik di antara suami isteri seterusnya akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kebersamaan di dalam mengendalikan sesebuah rumahtangga. Perkahwinan menambahkan lagi kekuatan rohani, khusyuk dalam beribadah serta pengabadian diri kepada Allah SWT. Menerusi perkahwinan dapat mententeramkan perasaan berahi yang membara dalam jiwa manusia. Begitu juga dapat mendamaikan kerunsingan-kerunsingan jiwa kerana segala permasalahan hidup dapat dikongsi bersama dengan pasangan masing-masing. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Dua rakaat sembahyang dari orang yang telah berumah tangga lebih baik daripada sembahyang orang yang masih belum berumahtangga.”
Pemilihan pasangan pada hakikatnya boleh menjadi salah satu pencetus masalah keruntuhan rumahtangga sekiranya ia tidak difahami dan tidak dilakukan dengan betul. Aspek tersebut dianggap penting dalam mewujudkan keserasian dan persefahaman setelah akad nikah dimeterai. Oleh sebab yang demikian, maka matlamat dalam pemilihan pasangan perlu difahami dengan tepat agar tidak mendatangkan mudarat kepada perkahwinan yang telah dimeterai, sama ada masyarakat menyokong atau menentang tentang isu kahwin muda ini. Apa yang perlu difahami adalah bahawa setiap individu mempunyai pandangan dan prinsip masing masing.
Kesimpulanya , berkahwin pada usia muda adalah terpuji. Namun pastikan kamu cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga ini pada usia muda. Dapatkan restu kedua belah pihak dan kecapilah keindahan rumah tangga sebaik baiknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hayati perkongsian murni dari Intan Dzulkefli mengenai kebahagian sejati dan syukur.
Bercakap soal bahagia, sebenarnya yang perlu kita faham adalah kayu pengukur kebahagiaan setiap dari kita adalah tidak sama.
Teringat Saudara Sukur Ibrahim pernah berkata, “jika saya nak ukur kebahagiaan ikut kaca mata orang biasa, contohnya bila ada sekian, sekian hal baru saya nak bahagia, rasanya sayalah orang paling tak bahagia sebab saya ini, kaki dan tangan pun tidak sempurna,”
Namun, begitu, dalam satu temubual, isteri beliau sendiri mendedahkan bahawa segala kerja rumahtangga dan menguruskan diri, Sukur buat sendiri hatta menseterikakan baju dan mengasuh anak yang masih bayi. Tiada alasan untuk bersenang-senang walau isteri beliau dan anak beliau seorang yang dilahirkan sempurna tubuh badan.\
MasyaAllah. Sukur mengajar kita, berjuanglah memberikan yang terbaik dalam kapasiti yang kita mampu, insyaAllah ia akan memberikan kita kebahagiaan. Live life to the fullest, in context of striving for mardhatillah.
Bahagia orang susah mungkin pada berlaganya lutut dan gelak tawa bercerita sesama keluarga sambil menyuap nasi berlauk garam, tetapi hati mereka rasa lapang kerana bersangka baik dengan rencana Tuhan.
Bahagia orang kaya mungkin pada lapangnya hati apabila mampu mewakafkan banyak harta pada si miskin fakir yang memerlukan. Senyum mereka membuatkan si pemberi turut tersenyum.
Jika si miskin mengukur hidupnya dengan si kaya, maka, dia akan merasa tidak bahagia. Namun, apabila dia mengukurnya dengan cara pandangan seorang hamba yang mensyukuri segala pemberian Tuhan, dia akan faham bahawa Allah tak pernah salah dalam memberikan rezeki. Maka, dia tak merisaukan hal yang bukan dalam kawalannya.
Sekalipun kita memiliki semua hal yang diidamkan manusia, mendapat segala dihajati dengan mudah, kita belum lagi bahagia dan berjaya sekiranya kita suka melakukan apa yang Allah Benci dan sukar mentaati apa yang Allah syariatkan.
Bahagia yang sebenar apabila kita kenal Allah.
Bahagia yang sebenar apabila kita tak putus usaha untuk beri yang terbaik agar meraih redha Allah. Agar Allah sayang kita.
Bahagia yang sebenar apabila kita berusaha bawa insan yang kita sayang untuk sama-sama masuk syurga Allah.
Buat yang terbaik, beri yang terbaik, mudah-mudahan Allah meredhai segala amalan kita. Amiin.
InsyaAllah. Erti kebahagiaan hidup ini pada banyak yang kita beri bukan pada berapa yang kita dapat.
Muhasabah saya terutamanya.
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...