Bila dah bertahun bina sesebuah hubungan lagi-lagi dengan orang yang kita sayang, tiba-tiba dapat tahu dia ada orang lain. Apa perasaan anda? tipulah kalau cakap tak sedih, kecewa, stress. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita terus menghukum diri atas apa yang berlaku.

Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmah kita bertemu dengan seseorang, sama ada ia adalah kebahagiaan atau pengajaran buat kita. Kita sebagai hambanya kena terus kan kehidupan. Jangan terlalu bersedih dan mengingati masa lalu.

Bila Hubungan Kau Musnah Kerana Orang Ketiga, Kau Ada 2 Pilihan Untuk Teruskan Kehidupan

Ada dua benda bila berlakunya perkara seperti ini :

1. Memaafkan dan tidak melupakan
2. Memaafkan dan melupakan

Yang pertama, anda boleh saja berdiri teguh disitu. Bertahan semampu yang boleh dengan meletakkan harapan orang yang mengecewakan anda ini berubah. Berubah menjadi orang yang lebih baik.

IKLAN

Sebab anda kena tahu, sesetengah orang memerlukan peluang kedua kerana kesilapan yang dia terlakukan tanpa sengaja kerana kenaifan diri dia sendiri. Malah ada orang , dia jadi lebih baik selepas mendapat peluang kedua.

Yang kedua, anda memaafkan dan terus saja berlalu pergi. Lupakan semua kisah-kisah lama yang terjadi antara anda dan dia. Sebab hati ini cuma satu, sekali ia dirosakkan, sukar untuk dia kembali seperti mana hati yang dulu. Baik mana pun, calar-calar tetap ada.

Dan anda kena faham, dalam kehidupan ini, kalau seseorang tak menghargai, boleh jadi ramai lagi yang benar-benar menunggu untuk peroleh peluang tersebut. Jangan takut.

IKLAN

Terpulanglah. Ia pilihan anda. Anda bercinta, anda lebih tahu dengan siapa anda bercinta. Pokok pangkalnya, memaafkan itu lebih utama. Soal mahu bertahan atau tidak, itu cerita lain. Dengan memaafkan itu, sekurangnya anda tidak terus menerus menyakiti diri sendiri.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI