Kerana suami, atau kerana Allah s.w.t?
Something to ponder…
Bangun awal pagi, sediakan sarapan, bekalkan makanan, kerana suami atau kerana Allah? Hantar anak sekolah, pergi pasar beli bahan2, kerana suami, atau kerana Allah?
Masak tengah hari, petang dan malam, kerana suami, atau kerana Allah? Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, buang sampah, kerana suami atau kerana Allah?
Kita tak pernah pun terfikir, “Aku buat perkara ni, aku buat semua ni, ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana suami suruh, takut suami marah atau terpaksa buat…”
Kalau niat kerana Allah, ianya jadi ibadah dan dpt pahala…kalau niat kerana manusia, kita tak dapat apa-apa dan kita akan mengharapkan manusia itu untuk membalas perbuatan kita itu sebagaimana yang kita telah buat kepadanya…ini yang seringkali membuatkan kita kecewa, ini yang seringkali membuatkan kita marah…ini yang seringkali menghampakan kita…
Sbb tak dapat penghargaan setimpal dengan apa yang kita dah buat kepadanya…
Para isteri sekalian, niatlah akan setiap perbuatan kamu itu kerana Allah s.w.t dan percayalah bahawa akan ada pahala untuk setiap perkara yang anda lakukan, kalau tidak di dunia, maka di akhirat, klu tidak skrg, mgkin esok atau lusa…apa yang pasti, Allah akan membalas kebaikan itu, dengan kebaikan…
Perbaiki nawaitu, dan mulai hari ini, apa yang anda buat sebagai isteri adalah لله تعالى…Allah jualah yang dapat membalas setiap budi baik, jasa dan pengorbanan anda selama mana anda bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami…
Barulah ianya tidak menjadi sesuatu yang sia-sia…?
Sumber : Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI