Dalam Islam telah dinyatakan yang isteri taat dan mendengar kata adalah ciri seorang isteri solehah yang layak untuk membau syurga. Namun sayang masih ada dikalangan para isteri zaman ini yang tidak mempedulikan itu semua.

Bila Isteri Hilang Hormat, Ada Salah Suami Yang Kita Tak tahu

Suami Tak Capai Standard Seperti Yang Isteri Harapkan (High Demand)

Antara penyebab lain isteri degil tidak hormat suami adalah kerana sikap si isteri itu sendiri yang dengan sengaja menilai dan membandingkan suami dengan orang lain.Sebagai contoh, si isteri mula bandingkan suaminya dengan rakan sekerja, saudara, adik beradik dan mungkin juga idolanya. Secara tidak langsung isteri itu seakan terlupa yang suaminya juga manusia biasa dengan pelbagai kekurangan. Akibatnya ia boleh menjadi punca pergaduhan dek kerana merasa kecewa apabila si suami tidak seperti yang diharapkan.

Suami Tidak Pandai Menghargai Isteri

Sila hargai isteri sebelum terlambat kerana hargai isteri ini adalah satu perkara yang penting. Jangan terkejut kerana isteri dengan rasa tak dihargai boleh mengundang padah!Ada juga kes di mana si isteri rasa suami dah tak sayang akibat bentuk tubuhnya yang dah berubah. Ada juga isteri yang rasa tak dihargai walau dah banyak berkorban. Tak perlu canang satu kampung, memadailah dengan ucap “Terima kasih sayang sebab bantu abang”. Itu sudah cukup untuk membuatkan si isteri berasa gembira dan dihargai. Ini tidak, sudahlah si isteri penat berkerja dan jaga rumahtangga demi untuk memastikan beban di bahu suami menjadi ringan, ditambahnya pula dengan caci maki akibat lambat masak dan sebagainya.

Sepatutnya si suami tolong bantu dan bukannya dengan sengaja mengambik kesempatan dan memandang remeh hasil titik peluh isteri yang bekerja untuk membantunya.Apabila keadaan ini berterusan sudah tentu semakin lama rumahtangga akan menjadi semakin suram. Perasaan marah dan sakit hati akan menjadikan suasana yang sangat dingin dalam perkahwinan. Pada waktu ini sudah terlambat untuk si suami memujuk si isteri untuk kembali macam dulu lagi.

Ads

Bila Isteri Hilang Hormat, Ada Salah Suami Yang Kita Tak tahu

Isteri Melihat Suami Berlaku Curang Depan Matanya Sendiri

Dalam hubungan suami isteri banyak perkara perlu dilihat dan paling tak boleh diterima oleh isteri adalah pabila suami berlaku curang di belakangnya. Suami curang dalam diam bukan satu isu baru. Mengetahui suami berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati lebih lagi jika melihatnya sendiri depan mata. Ada juga di mana suami sudah beberapa kali berlaku curang. Telah diberi peluang namun sama sekali tidak dihargai oleh si suami. Dalam keadaan ini memang isteri tidak hormat suami lagi dan hanya cerai yang menjadi titik penyelesaian.

Ads

Tanda Isteri Mula Degil Dan Hilang Hormat Pada Suami

Berikut adalah pentanda isteri mula hilang rasa hormat pada suami
Isteri mula menceritakan keburukan suaminya pada kawan-kawan
Suka menyindir suami dengan jenaka yang kasar
Isteri mulsamenjadi kasar dan hilang sifat lemah lembut terhadap suaminya
Isteri sudah tidak lagi menjadi pendengar masalah suami malah tidak lagi mempedulikan makan minum suaminya.

Ads
Bila Isteri Hilang Hormat, Ada Salah Suami Yang Kita Tak tahu

Jangan Dilupa Wahai Isteri Yang Syurga Itu Adalah Pada Suami

Perkahwinan adalah hubungan hati antara dua insan. Maka berbaik-baiklah dan sama-samalah menjaga ikatan sah yang dah terbina. Jangan lupa yang hidup ini tidak kekal untuk selamanya. Untuk para suami tanya diri sendiri mengapa isteri sudah mula tunjuk rasa tidak hormat. Berubahlah untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan lebih hebat untuk si isteri berbanding sebelumnya. Untuk si isteri pula jangan sesekali alpa yang syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya. Jangan mudah sentap! Kenali hati budi suami dan cuba usaha bagaimana untuk lancarkan hubungan yang ada dengan baik. Jika mula ada rasa seperti seorang isteri degil yang tidak hormat suami, cepat-cepatlah kikis perasaan tu.

Sebagai isteri juga harus bersikap terbuka dan menilai diri sendiri adakah anda isteri yang baik untuk suami anda? Dan ingatlah seburuk mana pun suami anda, anda masih perlu menghormatinya kerana syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Jika ada rasa tidak puas hati luahkan jangan pendam kerana suami itu lurus mereka tak dapat membaca fikiran isterinya. Jangan terlau ikot emosi kerana syaitan suka meruntuhkan rumah tangga.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI