Dalam hidup berumahtangga, selain dari berkongsi tanggungjawab, pasangan juga turut berkongsi perbelanjaan keluarga. Ada isteri yang gajinya jauh lebih besar dan jika gaji kecil sekalipun, niat isteri untuk bantu suami.
Bila isteri dah mula ‘berbelanja’ untuk keluarga, ada suami yang ambil kesempatan pula. Hanya beberapa tanggungan sahaja yang diambilkira. Selebihnya, dibiarkan isteri yang menanggung. Seperti perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad, kalau suami nak dapatkan hormat dari keluarga, bertanggungjawablah sepenuhnya…
SUAMI JADI PERKASA!
Percayalah,
Mereka rasa mereka dah bagi segalanya dengan ‘sempurna’. Nak apa lagi?
Sang isteri akan menghormati suami yang jelas tanggujawab hidup dan berkeluarga.
Biar pun hidup tak mewah dan kaya. Dia tetap kagum dan bangga dengan usaha suaminya.
Semakin kita bertanggungjawab, semakin besar hormat keluarga terhadap kita.
Semua bermula dengan rasa ingin tanggungjawab jaga keluarga.
Bahkan, Dai Luqman juga pernah buat satu thread tentang suami yang melepaskan tanggungjawab ni.
Bukan susah pun nak jadi suami yang hebat. Bila suami berusaha segigihnya, isteri dan anak-anak pun boleh nampak sejauh mana kesungguhan suami untuk beri yang terbaik buat keluarga.
Sumber foto Sharifah Zahidah
Kredit foto: TANGKAP PICTURES