Isteri bila sudah ada anak, bukanlah tiada masa untuk suami, tapi sebenarnya dia sibuk uruskan hal rumahtangga dan anak. Suami janganlah kecil hati dan ambil peluang untuk jatuh cinta dengan wanita lain. Cuba ikuti perkongsian Ustaz Ebit ini.

Bila Isteri Sibuk Dengan Anak, Suami Janganlah Ambil Peluang Main Cinta Dengan Perempuan Lain

Sedih memang banyak kes orang sakitkan isteri masa mengandung. Kasihan isteri. Ya Allah sedih..

Saya berlari nak ke tandas. Tiba-tiba seorang abang peluk saya depan tandas menangis. Ustaz tolong saya. Saya sayang abang. Sekejap yer saya ke tandas tunggu sekejap yer.

Ustaz,isteri saya dah nak minta cerai. Dia marah saya. Terkantoi ada perempuan lain dalam hidup saya. Dia tengah mengandung. Dia lari rumah mak dia.

IKLAN

Ustaz saya sebenarnya dah lama bersabar. Perangai isteri saya. Dia kasar ustaz. Dia dah lama tak bersama saya. Dia selalu marah saya juga. Dia balik kerja hadap anak jer. Dia tak pandang saya pun. Saya pegang sikit kadang dia marah. Dia dah kasar tak mesra lah ustaz.

Saya tiba-tiba mula kenal seorang wanita ini. Dia lain ustaz. Lembut sangat. Dia buat saya rasa mulia hebat. Mak saya dulu elok layan ayah saya. Nak rumahtangga begitu. Kenapa mak dulu kuat-kuat. Saya dah sangat sayang dia. Isteri saya,saya sayang juga.

Bila Isteri Sibuk Dengan Anak, Suami Janganlah Ambil Peluang Main Cinta Dengan Perempuan Lain

Abang sayang mana lebih lagi. Entahlah ustaz.

IKLAN

Saya pegang tangan dia. Saya cakap begini abang saya takde banyak masa nak terangkan. Begini, saya hari-hari jumpa orang masalah begini. Saya kena cakap memang abang salah. Abang lalai. Penat dia lahirkan anak abang. Kita dapat nikmat. Isteri macam nak mati mengandung sakit. Nanti bersalin. Dia balik kerja tengok anak lagi. Cuba tengok ayah abang sampai sekarang setia jaga isteri baik-baik. Ada dekat rumah sentiasa tolong mak abang. Betul tak saya cakap?

Yer ustaz. Sebab tu dia dapat isteri begitu. Abang tolong pun tidak. Asal cari nafkah lelaki. Isteri dah tolong kita banyak hal. Wajib atas lelaki. Dari dulu begitu. Jadi jika mereka dah tolong. Kita kena saling faham bantu membantu dalam keluarga. Dah lah abang. Istighfar taubat. Abang mimpi ni. Cepat sedar abang sebelum semuanya musnah. Kita paku dekat dinding. Kita boleh cabut paku. Tapi dekat dinding tinggal lubang kesan. Begitulah isteri kita lukakan hati dan kepercayaan. Kena tawan semula. Memang luka dah ada. Fikir banyak abang. Isteri abang dah korban semua untuk keluarga.

IKLAN

Meh sini abang. Dia peluk saya menangis. Saya doakan abang tadi. Ya Allah ampunkanlah dosa saya. Doakan saya ustaz. Saya sayang isteri saya. Saya berdosa ustaz

Syukur Allah sedarkan abang. Begitulah bila kita lalai. Terlupa semuanya. Ujian sebab Allah sayang.

Sumber : facebook Ebit Lew

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI