Sebenarnya ada saja wanita jenis pendiam, selalunya orang seperti ini dianggap sebagai seorang yang sangat pintar kerana mereka suka menghabiskan masa pada perkara yang berfaedah sahaja.
Wanita seperti ini sering dianggap sombong dan membosankan bagi sesetengah lelaki. Walau bagaimanapun, personaliti individu pendiam ini sebenarnya ada banyak kelebihannya, antaranya adalah;
.
1. Dapat luangkan banyak masa dengan diri sendiri
Mereka selalunya lebih suka melakukan hal sendiri, dan tidak suka masuk campur dalam hal-hal yang tidak penting. Oleh sebab itu, mereka mempunyai banyak masa untuk diri sendiri. Bercampur dengan ramai orang kadang kala bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi jika aktiviti yang dilakukan itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan dan membuang masa.
2. Seorang pendengar yang bagus
Menurut pakar Psikoterapi, Tina B. Tessina, individu yang pendiam adalah seorang pendengar yang bagus kerana mereka mengetahui bagaimana nak mendengar masalah orang. Jika mereka ada pasangan, sudah pasti pasangan mereka rasa begitu selesa meluahkan masalah. Sebenarnya besar peranan wanita dalam setiap perhubungan itu.
.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
3. Senang menerima pendapat orang lain
Mereka juga lebih cenderung menerima pendapat orang lain kerana mereka akan mendengar terlebih dahulu, hadam, berfikir dan baru membuat keputusan. Keputusan yang mereka lakukan biasanya lebih baik dan bernas dari mereka yang banyak bercakap.
.
4. Dikelilingi dengan sahabat bukan kawan
Kebiasaanya mereka yang pendiam susah mendapat ramai teman, mereka lebih suka bergaul dengan sahabat terdekat. Kebanyakkan daripada sahabat mereka ialah sahabat yang berkualiti sahaja.
Banyak kelebihan yang ada pada mereka yang seorang pendiam ini, mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh memudaratkan mereka. Sekian petikan dari Donna.com.my
Bagaimanakah kedudukan saf yang betul apabila seorang isteri solat berdua bersama dengan suaminya?
Jawapan :
Isu ini disebutkan oleh para fuqaha apabila mereka membincangkan berkenaan susunan saf di dalam solat yang melibatkan orang lelaki, perempuan, khunsa, serta kanak-kanak. Di antara dalil yang menjadi madar (ruang lingkup) perbahasan berkaitan isu ini adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A yang menyatakan :
Maksudnya : Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah S.A.W memakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda : Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua. Kemudian Rasulullah S.A.W berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.
Riwayat Al-Bukhari (380)
Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarkan seperti berikut:
Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan solat sunat secara berjamaah.
Galakan kepada penghuni rumah untuk mengambil berkat dengan kehadiran orang soleh dan ahli ilmu dengan menunaikan solat di dalam rumah mereka.
Baginda S.A.W mahu mengajarkan kepada mereka pergerakan-pergerakan solat.
Begitu juga diajarkan pergerakan solat kepada orang perempuan. Ini kerana, sangat sedikit dan terbatas pergerakan solat yang dapat mereka pelajari daripada Rasulullah ketika di masjid. Maka apabila baginda solat di rumah Mulaikah ini, beliau dapat melihat pergerakan solat, mempelajarinya, dan seterusnya mengajarkan kepada orang lain.
Hadis ini juga menunjukkan sahnya solat kanak-kanak yang mumayyiz.
Hadis di atas turut menjelaskan bahawa kanak-kanak juga turut mempunyai tempat di dalam saf.
Begitu juga orang perempuan berdiri di belakang orang lelaki semasa solat.
Demikianlah beberapa faedah daripada hadis yang diistinbatkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis di atas. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/293).
Justeru, dapatlah difahami bahawa jika seorang perempuan itu menjadi makmum kepada orang lelaki, sama ada lelaki tersebut adalah ayahnya, abang, adik, atau suaminya, maka kedudukan saf bagi wanita itu adalah di belakang imam. Ini juga bertepatan dengan nas yang turut diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A yang mengatakan :
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.
Riwayat Muslim (1056)
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi (3/132).
Di dalam kenyataannya yang lain Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Kesemuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisihinya adalah makruh namun tidak membatalkan solat.
Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340) menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum tersebut merupakan khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang dari mereka berdiri di belakangnya (imam) secara bersendirian.
Sekiranya seorang lelaki menjadi imam kepada seorang sahaja wanita, maka perempuan tersebut berdiri di belakangnya dan bukannya di sebelahnya. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W :
Maksudnya : Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik- baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan.
Riwayat Muslim (440)
Kesimpulan
Setelah kami mengemukakan beberapa pendapat para fuqaha berserta dengan nas-nas syarak di atas, maka kami menyatakan bahawa sekiranya seorang wanita solat bersama suaminya secara berjamaah, maka kedudukannya adalah di belakang suaminya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.
Kebanyakan pengantin lelaki tak tidur lena sebelum majlis nikah. Runsing, risau dan cuak fikirkan soalan yang tok kadi bakal tanya nanti.
.
Tarik nafas dengan tenang & lepaskn perlahan-lahan…
Jom tengok soalan2 basic ni untuk uolls standby before majlis..
.
Semoga dapat memudahkan urusan uolls nak akad nikah nanti..
.
Tapi tengok nasib la dear..ada yg tok kadi tak tnya langsung pun ada..just suruh mengucap je sebelum nikah..tapi ada jgk yg tok kadi yg suka tnya mcm2..kadang2 bukan tok kadi yg tnya taw tapi pak mertua pulak yg suka nak tanya..so just prepare ya abg2 semua..solan kacang je ni..practice make perfect BRO!
.
GOOD LUCK BRO..u can do it!
1.
2. Terjemahan yang tepat..
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.
3.
Ini maknanya :
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Hanya engkau (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesa
4.
5.
6.
7. Rukun nikah dlm gmbr ni trbalik n xikut turutan..sorry ya..saksi dlu, wali baru akad..
.
Ni yg btl ikut turutan:
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. 2 saksi
4. Wali
5. Ijab n Qabul
.
Thanks kepada yang menegur
.
Nk senang ingat (SISWA)..
S suami
I isteri
S saksi
W wali
A akad
Jika isteri tak boleh tegur suami, maka siapa lagi yang boleh? Orang tua kita? Adik beradik kita? Mereka tidak tinggal sekali dengan kita. Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun, mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk apa dan siapa diri kita yang sebenar pada mereka.
Tapi kita tunjuk pada isteri. Kita tinggal dengan isteri, kita tidur sekatil dan sebantal dengan isteri.
Jadi, Sekiranya Isteri Tegur Suami Itu Mencalarkan Ego Kita Sebagai Suami, Menjatuhkan Kedudukan Kita Sebagai Suami, Maka Siapa Lagi Yang Boleh Tegur Kita?
Sampai bila-bila kita takkan boleh memperbaiki diri, bermuhasabah diri andai kata tiada siapa pun yang boleh menegur diri kita sendiri.
Sentiasa merasakan diri tu betul dan sentiasa merasakan diri itu tidak salah maka, tunggulah saja teguran dari Allah SWT yang mana lebih dahsyat dan lebih besar kesannya daripada teguran dari orang-orang di sekeliling.
Ingatlah bebelan isteri atau peringatan isteri itu bukan ayat yang membosankan. Tapi itu tandanya dia sayang dan nak jaga suaminya dengan baik. Andai satu hari nanti, tiada lagi ingatan atau pesanan dari orang yang paling dekat, pasti ia akan dirindui.
Buat isteri, anda juga harus sentiasa tahu suami adalah insan yang sentiasa susah senang bersama. Hargailah dia sebaiknya. Jangan selalu samakan kehidupan kita dengan orang lain.
Layarilah rumah tangga ini dengan penuh nilai kasih sayang dan berdoalah agar dipermudahkan urusan untk terus mencapai kebahagiaan dan rumah tangga sentiasa dirahmati Allah.