Sejak kebelakangan ni memang banya drama Melayu yang boleh buat kita sakit dada dan geram menontonnya. Drama Melur Untuk Firdaus adalah salah satu contoh drama yang buat kita tak senang duduk, Lagi-lagi bila ‘ex’ nak tuntut kasih sayang.
Pengalaman biasanya menjadikan manusia lebih berhati-hati. Bagi anda yang pernah ditinggalkan, ingatlah kembali bagaimana anda bangkit untuk hadapi masa depan. Saat paling sakit ditinggalkan itu pasti meninggalkan kesan. Jadi, bila kekasih lama kembali, tentu anda tahu siapa yang lebih layak menerima cinta anda.
Bacalah dialog ni dan bawa diri anda bersama dalam cerita ini. Tentu anda lebih merasai dan dapat membuat penilaian yang lebih baik…
************************************************************************
“Perlu ke terima balik orang yang datang semula pada kita walhal satu tika dulu, dialah yang beriya meninggalkan”
“Kita punyalah pujuk merayu. Menangis. Membuat pelbagai alasan supaya dia tetap kekal di sini. Tapi dia pergi juga, seolah tiada apa. Tiba-tiba sekarang, patah balik seolah tiada apa-apa”
“Perlu ke aku..”
Saya memandang dia dengan pandangan kasihan.
“Kau ada pilihan lain tak?” saya mulakan pertanyaan.
“Maksud kau?”
“Ada orang lain tak selain orang yang patah balik dekat kau ni” jawab saya pantas.
“Ada” pendek jawapannya.
“Yang lain ini selalu di sini. Tidak pernah meninggalkan. Aku okay je dengan dia. Tapi dia bukanlah ada ciri-ciri orang yang aku mahu. Tapi aku tahu dia memang dah lama tunggu aku” sambung dia lagi.
“Kalau kau minta jawapan aku” saya terhenti sambil menghelakan nafas.
“Baik lagi kau ambil yang setia dengan kau selama ini”
“Dia ini tak pernah meninggalkan kau sewaktu kau lalu dia jalan yang berbonggol”
“Tidak pernah meninggalkan kau sewaktu hujan lebat membasahi diri kau”
“Tidak meninggalkan sewaktu orang lain cuba merampas perhatian dia daripada kau, dan tetap sahaja setia bersama dan menunggu kau setiap hari”
“Mungkin kau patut bersama dengan dia”
“Orang yang bila kau ceritakan pengalaman lepas, dan dia masih mahu mendengar dan menyimpannya sebagai rahsia terbesar”
“Orang yang bila mana tahu tentang kelemahan dan apa yang kau tidak suka, dia tetap seadanya menerima walaupun sangat sukar bagi orang lain”
“Kau patut bersama dengan dia walau macam mana sekali pun kau tunjukkan rasa cinta dan macam mana kau tunjukkan rasa risau tentang perasaan kau. Dia ikhlas dan menerima kau seadanya”
“Paling penting”
“Kelak bila dia berjaya, dia tak akan meninggalkan kau sewaktu dia mendapat kerja yang lebih baik. Mampu beli rumah dan kereta”
“Dan dia mempunyai ramai pilihan berbanding diri kau, tapi tetap sahaja dia memilih kau berbanding orang lain”
“Percayalah. Satu hari nanti kau akan mengalami keadaan. Dunia tidak berpihak kepada kau. Masa juga sama. Kau akan konfius, penat, letih dan tidak tahu mahu membuat apa. Kau akan persoalkan keupayaan diri kau”
“Dan waktu genting ini, kau perlukan seseorang yang masih setia memberi nasihat dan tunjuk ajar. Ingatkan kau tentang kekuatan kau. Apa yang kau mampu buat. Dan dia akan berjuang bersama-sama dengan kau”
Dia terdiam.
“Semua orang berharap untuk orang yang dia sayang kembali semula kepada dia kan”
“Tapi jujur dalam diri kita. Kita mahu orang itu sebenarnya tidak pernah meninggalkan”
“Orang yang pernah meninggalkan boleh jadi satu hari kelak dia tetap juga akan meninggalkan bila keadaan tidak berpihak lagi”
“Akan tetapi orang yang setia, dia akan tetap bersama walau bagaimana sekalipun keadaan kau”
“Kau lebih tahu kan”
Sumber : Syafiq Ridhwan
Kredit foto: Instagram Anna Jobling
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI