Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya pernah berbohong dan dibohongi. Tetapi paling sakit hati sekiranya pasangan anda kerap memberi alasan sehingga anda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Bagi mengetahui sama ada pasangan anda terutamanya lelaki sedang berbohong atau bercakap jujur ada cara untuk menentukannya. Sebenarnya air muka dan gerakan badan seorang lelaki itu boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.
Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Jadi wanita di luar sana usah risau, lelaki yang berbohong dapat dilihat daripada tanda-tanda berikut
MENYENTUH HIDUNG
Apabila seorang itu berbohong tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah meneybabkan ia membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi apabila si dia bercakap engan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan.
MENUTUP MULUT.
Terdapat sesetengah orang menutup mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi susah dididik untuk tidka berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
IKLAN
GAGAP.
Apabila seseorang yang bercakap lancar tib-tiba menjadi gagap sehingga setiap bait kata-kata yang keluar daripad amulutnya tersekat-sekat itu merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apap petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan lelaki tersebut bterbohong. Jadi jika ada bertanya pada teman lelaki atau suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya maka ada tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
PERGERAKKAN MATA.
Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekirnaya kelipan mata berkurangan daripada kadar biasa ini, ini mungkin tanda berbohong.
IKLAN
Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkelip dengan banyaknya ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
IKLAN
LENGAH MEMBERI JAWAPAN.
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama berdehem dan batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
RESAH.
Orang yang berdusta kerap gelisah dan menguba-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dlaam kedaaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Sebagai ibu bapa kita perlu laksanakan tiga perkara. Pertama, sentiasa menjadi contoh yang baik kepada anak-anak, agar terbentuk keperibadian mereka berdasarkan keperibadian positif ibu bapanya – ibarat kuih dengan acuan, bagaimana bentuk acuannya begitulah rupa kuihnya. Anak yang berumur 0 – 7 tahun, akan menyerap masuk dalam “minda sedar” (akal) mereka setiap apa yang didengar dan dipandang daripada ibu bapanya, baik yang positif atau negatif.
Contoh jika kita seorang ibu bapa yang garang, kemungkinan besar disebabkan kita mendapat didikan yang kasar dan keras daripada ibu bapa kita dahulu yang garang. Maka berlakulah kitaran ganas dalam sistem pendidikan keluarga kita, dan kita mesti hentikan segera kerana tabiat itu bukan contoh yang baik untuk diwarisi.
Fitrahnya setiap insan ada kehebatan/tenaga yang tersendiri. Keperibadian setiap individu itu bergantung pada akidah, sistem kepercayaan dan sistem nilai yang ibu bapa berikan kepada anak-anak. Jom audit diri, adakah nilai yang kita bina pada imej diri anak-anak itu berlandaskan kepentingan pembangunan fizikal semata-mata, atau turut disertakan dengan pembangunan jiwa/kerohanian? Adakah kita membina imej diri anak-anak untuk budaya hidup “memberi” yakni menjadi seorang yang kuat berusaha untuk mampu membantu orang lain, atau “mendapat” yakni berserah kepada untung nasib dan sentiasa mengharap pertolongan dan simpati daripada orang lain? Seterusnya adakah anak kita menjadi “kuda pacuan” yakni tolong buat sesuatu yang membuatkan ibu bapa bangga, atau tolong buat sesuatu yang memberatkan timbangan kita sebagai ibu bapa di padang mahsyar dengan pahala?
Kedua, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang tanpa syarat, yakni tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak apabila mereka dewasa nanti, serta tidak memberikan pelbagai alasan atas kegagalan kita mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Anak-anak yang berumur 14 – 21 tahun akan lebih mempercayai dan terpengaruh dengan kawan-kawan dan orang luar yang rapat dengan mereka. Maka mereka perlu didisiplinkan secara diplomasi dan psikologi. Persoalannya bolehkah mereka mendengar nasihat kita kalau mereka tidak sayang akan kita? Sebab seseorang itu hanya akan mendengar nasihat orang yang disayanginya.
Ketiga, ibu bapa perlu menggunakan setiap saat umur kita untuk menghargai orang yang kita sayang, hinggakan setiap kali anak-anak berinteraksi dengan kita, mereka berasakan mereka dihargai, difahami dan disayangi. Kita perlu didik dan dekati anak-anak pada umur remaja yang sudah mula terdedah dengan kehidupan sosial, sebagai kawan. Boleh tidak kita jadikan anak itu kawan kita, kalau kita tidak berjaya disiplinkan mereka? Ingatlah, anak remaja menjadi “nakal” sebab kurang kasih sayang, tidak dapat didisiplinkan dan ibu bapa gagal dekati mereka seperti kawan. Lebih bermasalah lagi apabila ketika bersama-sama kawan-kawannya, mereka mendapat penghargaan, disebut kebaikan kehebatan mereka, diambil tahu dan diberikan perhatian tentang diri mereka.
Ibu bapa yang sering memuji anak-anak, menyebutkan dan membelai serta memeluk anak-anak dengan rasa kasih sayang, juga memberikan sangkaan baik kepada anak-anak, sebenarnya telah membina keperibadian positif kepada mereka. Setiap pagi sebelum berpisah dengan anak-anak, tinggalkan kepada mereka pesanan-pesanan yang positif, yang kita hendak anak kita lakukan. Kata-kata positif yang menjadi perangsang kepada anak-anak seperti berikut, “Jadi anak yang baik hari ini – kesihatan baik, tenaga baik dan kuat, perangai yang baik, jumpa kawan-kawan cakap yang baik dan berbuat baik, jumpa guru tolong guru jadi orang yang menghormati dan mengenang jasa, suka belajar untuk bahagia dan membahagiakan guru dan ibu bapa”.
Tinggalkan pesanan
Pesanan kita itu jangan sampai anak berasa sebagai satu “bebelan”, tetapi biarkan anak berasa ia sebagai satu “harapan” ibu ayah kepada anak. Tip yang penting dalam mendidik anak-anak adalah, “pesan” kepada anak apa yang mereka patut buat, bukan “larang” anak apa yang mereka tidak patut buat. Misalnya, jangan main-main di sekolah”, “jangan degil”, “jangan buat perkara yang tidak senonoh” dan seumpamanya.
Seterusnya tinggalkan pesanan kepada anak-anak, balik nanti cerita kepada emak dan ayah apa yang telah berlaku di sekolah.
Kajian menunjukkan ini adalah cara psikologi hendak menyuruh anak kita rajin belajar apabila mereka berada di sekolah. Sebab anak-anak yang dititipkan dengan pesanan dan harapan yang baik-baik dan positif akan set, “goal” dalam “minda sedar” (roh dan jiwa) mereka. Anak-anak tidak bertindak dengan “minda sedar” (akalnya) sahaja, tetapi mereka melakukan kesemua pesanan positif ibu bapanya, dengan menggunakan minda dan emosi. Akal yang bergabung dengan roh dan jiwa (minda dan emosi) akan mendorong fikiran kita untuk bertindak merealisasikan sesuatu yang menjadi azam atau “goal” .
Apabila anak-anak balik dari sekolah, atau ibu bapa yang bekerja apabila balik dari kerja, sebaik-baik bertemu anak-anak, tanya mereka apa yang dia belajar hari dan berlaku di sekolah dan dengar dengan penuh minat, seperti yang kita janjikan. Sebab anak akan suka jika mereka “dirasakan penting”. Apabila ibu bapa suka serta ada masa untuk mendengar apa yang mahu dinyatakan dan bersedia mendengar maklumat baharu yang mahu dikongsikan mereka kepada orang yang penting dalam hidup mereka (ayah dan ibu), anak-anak berasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh sebab itu mereka akan sentiasa tanamkan azam atau “gold” mereka menjadi insan yang baik dan berguna.
Namun begitu, persoalannya bagaimana pula sistem pendidikan di sekolah? Adakah sistem pendidikan sekolah mengajar anak-anak untuk menjadi pandai atau menjadi baik? Konsep pemikiran “Reset Minda” yang berteraskan “minda sedar” dan “minda bawah sedar” mengklasifikasikan perbezaan kesan antara kedua-dua bentuk pendidikan ini. Iaitu, untuk menjadi pandai perlukan kekuatan akal (pandai di akal), tetapi untuk menjadi baik perlukan kekuatan hati (baik di hati). Hati adalah “raja” yang boleh mengusai emosi, minda dan fizikal. Sesungguhnya orang yang baik boleh menjadi pandai, tetapi orang yang pandai belum tentu menjadi baik. Pandai itu akal keduniaan tanpa keimanan. Oleh itu sebagai ibu bapa jom audit diri adakah kita telah memberikan didikan yang betul kepada anak-anak? Iaitu mendidik anak-anak baik atau pandai?
Pendidikan secara tidak langsung ini biasanya berada dalam tangan ibu bapa. Anak-anak yang kurang diberi perhatian, biasanya mereka akan membuat sesuatu perkara yang boleh membuatkan ibu bapa mereka, memberikan perhatian kepada mereka. Ibu bapa mesti mengajar anak-anak mereka untuk menyayangi diri mereka sendiri. Contohnya ajar anak memandang positif dirinya sendiri, “Saya baik, saya bijak, saya hamba
Allah yang baik” dan sebagainya yang boleh membuahkan hasil tindakan yang positif.
Selain itu juga, ibu bapa mesti mengajar anak-anak mereka tentang ketuhanan, akhlak dan nilai yang baik, sifat syukur dengan apa-apa yang dimiliki dan sebagainya, yang sekali gus membina jiwa dalaman anak-anak mereka. Didikan dalaman yang memfokuskan kepada keperibadian.
Segelintir wanita menganggap memiliki tubuh yang besar boleh menurunkan tahap keyakinan diri seseorang itu.
Perasaan malu dan tidak yakin untuk berpasangan akan menyebabkan kesulitan untuk berinteraksi sekaligus menyebabkan diri merasa tidak layak bercinta dan sebagainya.
Namun, masih ramai jejaki di luar sana lebih tertarik dengan wanita bertubuh plus size dan boleh menerima diri anda seadanya.
Jom ikuti tip untuk wanita plus size agar percaya diri dalam mencari kekasih.
Cintai Diri Sendiri
Anda seharusnya belajar untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Anggap kekurangan anda merupakan satu kelebihan buat diri anda tiada guna sekiranya anda terus menyalahkan diri dan berasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda.
Anda harus ingat, bahawasanya tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Yakinlah dengan diri anda dan percaya dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan.
Belajar Membuka Diri
Apa pun bentuk tubuh yang anda miliki, anda harus bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikurniakan dan memiliki anggota tubuh yang lengkap.
Belajar membuka diri sekiranya anda sudah bertemu dengan pasangan yang tepat. Si dia pasti menerima diri anda seadanya tanpa melihat bentuk fizikal anda.
Sentiasalah menjadi diri sendiri untuk mengekalkan hubungan yang lebih utuh. Sesungguhnya, hati yang anda miliki lebih bernilai dari bentuk tubuh semata-mata.
Berhenti Menghakimi Diri Sendiri
Jadilah seorang yang berfikiran terbuka. Jangan menghakimi diri sendiri atas dasar bentuk tubuh anda. Jangan hiraukan kata-kata orang sekeliling yang bercakap mengenai bentuk tubuh anda.
Buktikan pada mereka, wanita plus size juga memiliki kelebihan tersendiri dan mempunyai kesihatan yang baik. Tidak semestinya wanita yang langsing sihat tanpa ada masalah kesihatan. Selain itu, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh tuhan.
Tonjolkan Kelebihan Diri
Daripada anda meratapi diri sendiri yang mempunyai tubuh besar dan berasa malu untuk bergaul, lebih baik sekiranya anda belajar untuk menonjolkan kelebihan dan kemampuan yang anda miliki.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pandanglah dari sudut positif dan sentiasa menganggap diri anda juga berhak untuk bahagia. Bergaul dengan orang-orang yang sentiasa menyokong dan memberi “positive vibes” agar anda berasa lebih yakin dan bersemangat.
Kalau mahu lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama berhubung iaitu mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang, tetapi percayalah, ia akan membuat pasangan anda rasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya.
Saling mempercayai
Dalam setiap perhubungan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambahan lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji apabila berjauhan.
Jangan pernah wujud perasaan ragu, sebaliknya kekuatan cinta serta kepercayaan memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Sekiranya tiada kepercayaan, sesebuah perhubungan terbina mampu musnah.
Sentiasa berdoa
Sentiasa berdoa agar hubungan terjalin diredai dan kekal bahagia. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda, tapi dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.
Jujur dan setia
Kebanyakan perhubungan yang kecundang disebabkan oleh ketidakjujuran antara satu sama lain apabila berjauhan. Oleh itu, berjauhan bukan satu tiket untuk anda mengakui diri masih bujang.
Kebiasaannya, pasangan berjauhan mudah jatuh cinta terhadap orang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan menunjukkan sikap mengambil berat.
Selalu berkomunikasi
Komunikasi adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah perhubungan. Salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.
Kini sudah ada pelbagai medium komunikasi seperti WhatsApp, webcam dan panggilan video. Luangkan masa lima minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabar sebagai tanda ingatan.
Rancang temu janji
Sudah pasti apabila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain. Luangkan masa lapang untuk berjumpa. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu lagi kenangan terindah antara anda berdua.
Namun, sekiranya anda belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
Beri kejutan
Sesekali selitkan elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelak hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh penting seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan.
Meriah melihat majlis pernikahan pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Cintra Lestari menerusi hantaran video istimewa di laman Instagram miliknya. Malah cantik dan seiras air wajahnya dengan suaminya.