Adat dalam rumahtangga, ada pasang surutnya. Ada pahit manisnya. Bila ada perselisihan faham atau bermasam muka tu, cepat-cepat selesaikan. Jangan sampai terbawa-bawa ke pejabat dan mengganggu kehidupan.

 

Berapa lama biasanya anda mengambil masa untuk berbaik semula dengan pasangan andai ada perselisihan faham? Sehari? Dua hari? Sedarkah anda perselisihan faham yang berlarutan sehingga berhari-hari lamanya bukan disebabkan rasa marah tetapi ia lebih kepada sikap ego kita sendiri.

 

Baca ni…

 

Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam..

Ads

Kalau lebih dari tu, itu EGO..

Bergaduh pagi, ptg baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari2.

Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.

Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia. Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..

Ads

Lelaki ada ego, perempuan ada ego..

Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.

Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.

Ads

Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.

Simple…

Jadi, sejauh mana kita nak teruskan bermasam muka? Sunyi rumah bila penghuninya tak bersuara. Hilang gelak tawa. Bagai tak bernyawa. Ambil masa muhasabah diri. Cukuplah hanya sehari. Paling bagus, berbaiklah secepat mungkin. Rugi ‘hilang’ masa macam tu je. Banyak benda boleh buat bersama!

 

Kredit : firdaus syakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI