Orang dah kahwin je akan rasa dan mengalami saat-saat ini. Saat tinggal Rm10 dalam dompet walhal lagi seminggu nak gaji. Cari lauk paling jimat sekali nak makan sebab takut duit tak cukup bila bayar. Inilah dia asam garam perkahwinan. Kerana kita bukan kahwin dengan anak kaya yang hidupnya tersedia semua benda.Tapi realiti ini menjadikan kita suami isteri lebih menghargai antara satu sama lain. Baca perkongsian lelaki bernama Amir Syahir ini.
Bila dah beberapa tahun berkahwin, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Kehidupan semakin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Kredit: Tangkap Pictures
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Kalau dulu gaji RM1600 hidup sorang cukup-cukup makan je. Ketika kahwin, gaji RM1600 cukup pula nak sara anak orang. Tup tup, bini bunting pelamin pula. Memang kahwin itu membawa bersamanya berkat.
Ads
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit.
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Ads
Jangan kau ingat bila dah kahwin, terus nak senang. Tu dalam drama petang-petang je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
sekadar gambar hiasan
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Ads
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membeli-belah atau shopping merupakan aktiviti kegemaran wanita sebelum mahupun selepas mendirikan rumah tangga. Bagi lelaki atau mereka yang bergelar suami, aktiviti shopping tentu sahaja membuatkan lelaki bosan kerana pasangan anda akan mengambil masa yang agak lama untuk membeli-belah.
Untuk kes ini, beberapa hal boleh dibuat agar anda kekal ceria dan lebih tenang. Jom kita lihat tip yang boleh diguna pakai ketika anda menemani pasangan sedang shopping!
1. SEDIAKAN KELENGKAPAN SECUKUPNYA
Pastikan bateri telefon mahupun power bank anda dicaj penuh sebelum keluar dari rumah. Jika anda suka membaca, bawalah bahan bacaan bersama seperti novel, buku, majalah atau suratkhabar. Anda pasti tidak akan berasa bosan jika dapat membuat perkara-perkara yang anda sukai sepanjang tempoh menunggu isteri sedang shopping.
2. BERI KOMEN YANG POSITIF
Semasa membeli-belah, pastinya isteri akan bertanyakan pendapat anda ketika isteri memilih barang. Jangan selalu memberikan jawapan yang selamat kerana perkara itu tidak akan memuaskan hati pasangan. Jika anda ingin pulang ke rumah dengan cepat, belajarlah untuk memberi komen yang pelbagai dan nampak bijak seperti, “Baju ni cantik tetapi potongannya tak sesuai dengan awak…” atau “Kasut ini terlalu tinggi, cari la yang tumitnya rendah sikit.”
3. BAWA KELENGKAPAN ANAK
Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa semua kelengkapan untuk menjaganya. Bagi mengelakkan anda merana, pastikan anda bawa kesemua keperluan si anak seperti susu, lampin pakai buang, makanan dan paling penting stroller. Tugas menjaga anak ketika isteri sibuk shopping akan diserahkan sepenuhnya kepada anda. Lebih baik anda bersiap sedia!
4. MAKAN & MINUM DAHULU
Sebelum memulakan aktiviti shopping, pastikan anda dan pasangan makan terlebih dahulu. Persiapkan diri anda dengan tenaga yang secukupnya. Aktiviti membeli-belah ini mungkin mengambil masa yang lama dan khuatir anda akan kelaparan kerana menemani isteri anda membeli-belah.
5. CUBA CARI KAWAN
Beri masa isteri anda shopping sepuas hati. Bagi mengelakkan anda bosan, carilah kawan yang senasib dengan anda. Sambil berehat-rehat di kerusi yang disediakan, ringankanlah mulut anda untuk bertegur sapa dengan rakan di sebelah. Selain mendapat kawan baharu, anda juga mendapat pahala kerana menjalinkan tali silaturahim.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!