Ingin memberitahu luahan rasa hati pada pasangan ada caranya, mungkin ada segelintir isteri gemar tag suami di sosial media mengenai suatu perkara. Tetapi sikap itu kadang kala boleh mendatangkan persepsi orang lain terhadap anda dan pasangan. Mungkin ada baik dan buruknya, anda juga mungkin bergurau tetapi orang tidak mengerti.

Trend tag nama pasangan di ruangan komen post mediasosial sentiasa menjadi topik perbincangan hangat. Ada yang kata, tak elok tag suami di post berkaitan rumahtangga. Takut jadi fitnah.
Contohnya jika tajuk post ‘culas memberi nafkah isteri – rezeki sempit, hati tak tenang’, boleh jadi fitnah kepada suami tersebut. Sesiapa yang terbaca mungkin salah faham, ‘oh.. Suami dia ni pun useless, tak bagi nafkah kat isteri,”

Pendapat saya, fokus pada 2 kelompok.

Bila Nampak Posting Berkaitan, Cepat-cepat Tag Pasangan. Benda Macam Ni Takut Jatuh Fitnah Pula!
.

1) Yang membaca.

Seeloknya elakkanlah bersangka-sangka terhadap orang lain melainkan memang ditulis jelas sedemikian. Jika tidak ditulis jelas sesuatu statement, melainkan hanya sangkaan kita yang negatif, takut ia menjerumuskan kita kepada dosa berprasangka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Saya teringat pesanan Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin dalam ceramahnya di ikim. fm, buruk sangka adalah sifat mazmumah, siapa yang ada sifat buruk suka mencari-cari kesalahan dan aib orang, wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Bagaimana jika post-post sedemikian siap tag nama pasangan dan perlian itu seringkali naik ke wall kita? Stres nak bersangka baik kerana terlalu kerap sangat. Okay, ambil langkah mudah untuk menjaga hati, boleh tekan unfollow segala updates mereka. Itu bahkan lebih selamat untuk hati kita dari terus bersangka-sangka.

IKLAN

Bila Nampak Posting Berkaitan, Cepat-cepat Tag Pasangan. Benda Macam Ni Takut Jatuh Fitnah Pula!
.

2) Yang meng-‘ tag’.

Saya teringat hadis pertama dalam buku hadis dan hafazan anak saya yang berumur 5 tahun, iaitu NIAT.

“Innamal ‘amalu binniat.”
Sesungguhnya tiap amalan itu diniat dengan niat.

Pertamanya, apa niat kita tag nama pasangan, siap disertakan bebelan dan perlian secara public. Semua orang boleh nampak. Adakah kerana kita sakit hati dengan pasangan atau kerana ingin memerli orang lain yang mungkin berperlakuan sedemikian? Atau bukan keduanya melainkan hanya pendapat peribadi yang tidak berkait dengan sesiapapun? Ingat, kita memang tidak boleh kawal apa yang orang lain fikir dan sangka, tetapi kita boleh kawal tindakan kita sendiri. Ya memang betul, ada yang berkata, “wall fb aku, suka hati akulah,” namun, tak salah kita tutup segala pintu fitnah yang ada. Elakkan ruang untuk orang salah sangka. Ia tindakan yang baik.

Keep your private life, stays in private.Tak semua hal boleh diceritakan secara public di facebook. Jika mahu menegur pasangan apabila kita terbaca satu-satu artikel atau post, boleh juga copy link dan share di whatsapp. Atau share di private group kita suami isteri. Atau share di wall sendiri dengan privacy ‘only me’ supaya hanya kita dan pasangan sahaja nampak post tersebut.

IKLAN

Bila Nampak Posting Berkaitan, Cepat-cepat Tag Pasangan. Benda Macam Ni Takut Jatuh Fitnah Pula!
.

Simple.

Dulu-dulu, waktu awal-awal kahwin, saya pun pernah juga buat tag-tag nama suami ni. Nampak apa-apa, terus teringat suami. Eh.. Nak tag suamilah! Tag dekat post resipilah. Tag dekat post itinerary travel. Suami saya memang takkan respon langsung di post itu, melainkan kami berbincang apabila dia balik dari kerja. Jadi topik ‘pillow talk’ dan sebagainya.

Namun, rupanya ada yang memerhatikan kami.

IKLAN

“Kesian, suami dia tak pernah pun respon setiap kali kena tag,” ujar insan tersebut. Maaf, saya kurang senang orang bersangka-sangka sedemikian, sedangkan hubungan kami suami isteri memang baik-baik sahaja. Lalu, saya ambil keputusan untuk stop tag suami secara public dalam post apapun.

Saya ubah. Cara saya seperti yang ditulis di atas tadi. Copy link dan share direct ke whatsapp beliau. Wall suami pun saya pun jarang saya singgah dan komen. Melainkan jika ada kata-kata atau komen beliau yang saya ternampak kurang menyenangkan hati saya, saya akan direct beritahu suami untuk tindakan lanjut seperti edit atau delete. Begitu juga sebaliknya. Seperti yang saya kata, saya tak suka orang bersangka-sangka tentang rumahtangga kami.

Bila Nampak Posting Berkaitan, Cepat-cepat Tag Pasangan. Benda Macam Ni Takut Jatuh Fitnah Pula!
.

Saya menulis ini cuma pendapat peribadi. Jika saya sendiri, jujurnya saya tidak ambil ‘port’ langsung kalau sesiapa mahu tag suami dan penuhkan wall mereka dengan post-post sedemikian. Namun, saya tahu, ada orang yang ‘kisah’ dan ambil berat tentang orang lain.

Sebab itu saya menulis, dari 2 sudut, 1) orang yang membaca/terlihat serta 2) orang yang suka tag-tag pasangan secara public itu sendiri. Suka saya ingatkan, jagalah rumahtangga kita, sebolehnya tutuplah ruang untuk orang berprasangka, bergosip dan mengata hal kita kerana akhir zaman ini terlalu mudah untuk menjadi fitnah.Paling penting, jaga hati sendiri dari sibuk menilai rumahtangga orang lain. InsyaAllah kita boleh.

KREDIT : Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI