Tentu ramai wanita yang sakit hati dan membara menonton sebuah drama Melayu yang sedang ‘hangat’ ditayangkan. Kelembutan seorang isteri dibalas dengan kekasaran dan sikap panas baran suami.
Ramai isteri yang menderita macam ni cuma tidak diberitahu secara terbuka. Bimbang aib satu hal, bimbang dibelasah lebih teruk pun sama.
Dalamilah maksud perkahwinan, agar tidak terdorong untuk meruntuhkan kepercayaan isteri, kasih sayang dan kesetiaan seorang isteri.
ALAM PERKAHWINAN
“Apabila seorang isteri meninggal dunia, dan kematiannya itu mendapat keredhaan daripada suaminya, maka Allah سبحانه وتعالى akan tempatkan si isteri itu ke dalam Syurga.
Segala amal soleh yang dilakukan oleh suaminya, yang masih hidup itu, akan dibalas sama kepada isterinya. Hendaklah seorang isteri itu memiliki sifat-sifat yang baik layanannya kepada suaminya, tutur kata yang baik, dan tidak merungut ketika memperoleh nafkah daripada suaminya.”
“Sekiranya seorang isteri itu bersikap buruk kepada suaminya, maka akan datang murka Allah سبحانه وتعالى kepada si isteri.
Didalam riwayat mengatakan; Rasulullah ‎ﷺ pernah ditanya;
“Ya Rasulullah, mengapakah penghuni Neraka itu ramainya kaum wanita?” Maka dijawab oleh Rasulullah‎ﷺ; “Salah satu diantaranya adalah mereka itu ramai yang tidak menghargai akan suami mereka.”
“Makanya, jangan sampai salah seorang panas baran, dia juga panas baran. Maka bagaimana akan menjadi rumah tangga yang harmoni. Maka bertolak ansur lah, berkasih sayang lah, mawaddah dan letakkan fokus di alam rumah tangga ini; “Ya Allah, aku ingin keredhaan-Mu wahai Allah.”
“Ya Allah, sepanjang hidupku ya Allah bersama pasanganku ini Ya Allah, aku ingin sedaya upaya menunaikan hak nya, Wahai Allah, Aku menunaikan hak nya YaAllah sebab mahukan keredhaan-Mu Wahai Allah.” Jika pasanganku ini, belum menunaikan hak nya terhadap aku, makanya, aku akan menunaikan hak nya terlebih dahulu.”
“Ini yang di ajarkan dalam agama kita bagaimana dapat menunaikan hak orang lain. Tetapi sesuatu yang diajarkan oleh orang barat kepada kita ini untuk kita tuntut hak. Maka manusia akan hanya menuntut hak nya maka akan datang perselisihan dan perbalahan yang tidak akan kunjung tiba ke mana perdamaian dan juga kesatuannya. “
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari.
Sumber: Facebook Hubbun Nabiyy
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI