
Bercinta atau mempunyai awek cun ini besar risikonya.Biarpun cantik di pandang mata, namun mereka juga memiliki pelbagai kelebihan dan kekurangannya. Jika anda bercadang untuk memiliki kekasih yang tergolong dalam senarai awek cun, bersiap sedia dengan risiko yang menanti anda, antaranya:
Anda Akan Rasa Rendah Diri
Saat sedang bahagia, mungkin anda akan terlupa betapa jauh berbezanya anda dengan si dia.Apatah lagi, jika anda memiliki wajah yang kurang kacak.Anda pasti akan dibanding-bandingkan dengan lelaki lain yang dianggap lebih sesuai untuk menjadi kekasih pasangan anda. Selain itu, jika si dia bukan setakat awek cun, tetapi juga kedudukannya lebih tinggi, sudah pasti ramai yang berpendapat bahawa anda hanya ingin mengikis duitnya sahaja, sedangkan semua itu tidak benar.
Anda Akan Jadi Paranoid dan Posesif
Walaupun anda berasa gembira kerana dapat awek cun, namun perasaan was-was jika suatu hari nanti si dia akan tertarik kepada lelaki lain. Sememangnya mempunyai awek cun boleh membuatkan anda dihantui rasa takut. Macam-macam yang akan bermain di fikiran anda, takut si dia dirampas oleh lelaki lain, takut si dia curang dan sebagainya. Ketakutan tersebut boleh membuatkan anda menjadi lebih posesif serta menimbulkan pergaduhan yang tidak boleh dihindari.
Mudah Cemburu
Apa yang hendak dihairan kan, sudah lumrah kehidupan awek cun sememangnya ramai yang menggoda.Ianya sudah menjadi risiko buat anda yang menjadi pasangannya. Situasi inilah yang boleh membakar api cemburu anda yang mana akhirnya anda boleh bergaduh dengan mana-mana lelaki yang cuba menggoda pasangan anda.
‘Poket Nipis’!
Biasanya awek cun ini memang dilahirkan dengan modal yang besar. Ini adalah kerana kebanyakan awek cun gemar melakukan penjagaan diri di salon-salon kecantikan. Sebagai kekasih yang ‘gentleman’ sudah pasti anda perlu menanggung semua itu.
Mudah Dimanipulasi
Disebabkan dah dapat awek cun,secara automatik anda akan berusaha untuk memenangi hatinya. Anda tidak sanggup si dia berpaling kepada lelaki lain. Biasanya inilah perkara yang sering menjadi kelemahan lelaki kerana wanita akna menjadi lebih dominan dalam kehidupan cintanya. Jadi, tidak mustahil anda akan menuruti apa sahaja kemahuan ataupun permintaan daripada awek cun anda itu.
Terpaksa Menelan Ego Wanita
Disebabkan terlalu bangga dengan kecantikan yang dimiliki, ramai awek cun yang mempunyai sikap ego yang sangat tinggi. Sebagai awek cun yang sering menjadi buruan atau kegilaan ramai lelaki, si dia mula berfikiran bahawa anda sudah cukup bertuah kerana berjaya memilikinya dan akan membuatkan anda tunduk pada egonya.
Fahamilah Suami, Isteri Membebel Sebab Dia Nak Anda Dengar Benda-Benda Remeh Dalam Hidup Dia!

Dalam rumah tangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumah tangga. Walaupun mereka lebih dianggap “Menteri Kewangan” tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai “hakim” kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Jadi faham-fahamlah jika mereka membebel, pasti ada sesuatu yang melanggar peraturan mereka.
Wanita bernama Siti Aishah (Kak Bidan Mengurut) atau mesra dipanggil Kak Ice ini berkongsi luahan hati kenapa wanita suka membebel. Walaupun perempuan ini renyah tapi percayalah, dia nak suami yang tidur sebantal dengan dia dengar benda-benda remeh dalam hidup dia.
Orang perempuan kalau tak meluahkan, jadi makan dalam.
Tak susah mana. Tebarkan telinga masa isteri nak berkongsi.
Kadang-kadang benda tu remeh.
Sebab perempuan memang renyah.
Dia takkan merungut pasal ekonomi dunia, enjin kereta atau harga rumah naik.
Dia merungut pasal
Anak dok berak-berak…
Sinki tersumbat…
Jiran bising…
Kuih beli pagi tadi dah basi…
Kawan baik masam muka…
Benda remeh.
Tetapi…
Benda remeh ni perlu diluahkan.
Orang perempuan kalau tak meluahkan, jadi makan dalam.
Tau-tau je anak terhumban dalam baldi.
Suami kena baling selipar.
Mak mentua kena halau.
Paling sadis…
Dia bawak kereta suami… sagat tepi tiang Econsave!
So sebelum malapetaka menimpa….
Lapang-lapangkanlah telinga.
Bukan boleh cair pun taik telinga.
Tadah je.
Dengar apa mereka nak cerita.
Sebab perempuan memang renyah.
Kalau kamu rasa rimas kahwin dengan isteri yang renyah….
Lain kali jangan kahwin dengan pompuan.
Kahwin dengan jantina sendiri.
Dia hanya mahu didengari.
Lagi satu.
Haaa… ni penting.
Dah reti tadah telinga…
Mulut tu kunci.
Jangan sibuk-sibuk nak bagi ulasan ke, teguran ke, nasihat ke, solusi ke.
Kadang-kadang orang pompuan ni tak nak solusi.
Sebab dia tahu penyelesainnya.
Malah dia tahu dialah punca kepada masalah dalam hidup dia.
Dia nak didengari.
Dia nak suami yang tidur sebantal dengan dia dengar benda-benda remeh dalam hidup dia.
Melainkan dia minta pendapat.
Dia sendiri minta solusi.
Haa… barulah buat pembentangan cara-cara mengatasi masalah si isteri
Kenapa?
Jangan tanya Kak Ice.
Kak Ice yang pompuan ni pun tak faham peel kawan sejantina Kak ice sendiri.
So bawak-bawaklah mendengar.
Kadang-kadang dengan amalan mendengar ni.
Mampu memanjangkan tempoh perkahwinan.
Dia hanya mahu didengari.
Dan bila kamu mampu jadi pendengar setia.
Percayalah…
Seluruh jiwa raga dia mampu menjadi milik kamu seorang..
Sebelum Kahwin Bakal Isteri Dah Ada Rumah Sendiri. Ustazah Pesan, Bakal Suami Tetap Kena BAYAR SEWA!

Ada isteri ‘cuci kaki’ selepas kahwin. Semuanya disediakan suami. Namun ada juga para suami yang beruntung kerana isteri sudahpun mempunyai ‘hartanya’ sendiri. Sudah menjadi kewajipan untuk suami menyediakan kediaman buat isteri dan keluarga. Bila rumah pun isteri dah beli, seolah-olah suami langkah kanan.
Perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah sedikit sebanyak membuka minda para isteri tentang nafkah. Niat untuk meringankan beban suami dah baik tetapi sebenarnya isteri ‘melemahkan’ peranan suami sebagai seorang suami!

Daripada persoalan yang diajukan kepada Ustazah Zahidah, ini jawapan dan penjelasannya,
Mengapa perlu sewakan rumah sendiri kepada bakal suami?
Pertama, Untuk menutup pintu-pintu pertikaian yang pasti akan berbangkit bila cuaca rumahtangga diuji mendung. Antaranya,
– Soal kegagalan suami menafkahi tempat tinggal buat isteri.
– Isteri akan terdorong untuk merasakan pengorbanan dia selama ini sia-sia dan mula mengungkit bantuannya yang menyediakan rumah buat suami.
– Suami akan merasa selesa kerana perbelanjaan paling utama dan mahal (rumah) adalah terletak di bahu isteri. Sedangkan belanja dapur dan utiliti adalah lebih kecil berbanding perbelanjaan tempat tinggal.
– Ketaatan isteri akan sukar dimiliki di saat isteri yang terlebih memberi dalam soal nafkah. Jangan dicabar soal ini.
Mula-mula ikhlas, tapi kalau isteri terlebih berhempas pulas sebab dari awal menanggung beban ini, buat segala macam dropship dan jadi ejen cookies, tupperware bagai demi melunaskan bayaran – dan suami merasa bahagiannya telah ‘setel’ – maka di sini akan retak bergoyahnya sebuah rumahtangga.
“Pesan saya sekali lagi, jangan dicabar soal ini. Isteri yang terlebih memberi dalam rumahtangga akan sukar memberi ketaatan pada suami yang tetap ceria selamba berada di takuk lama, dibantu dan disuap segalanya. Ini bakal menjadi permulaan kepada kisah-kisah ngerinya dalam rumahtangga. Tutup ruang ini serapatnya. Buat perjanjian bertulis dan persefahaman yang benar-benar jelas dalam hal ini. Isteri mesti membantu, tapi biar kena caranya.”
Kedua, mengapa perlu sewakan rumah kepada suami jika anda miliki rumah sendiri seperti dalam kisah ini;
- Untuk menjemput berkah dalam rumahtangga
– Ya. Di saat seorang suami – dalam gaji kecilnya masih tetap saja berusaha menafkahi isteri yang lebih tinggi gajinya, ini adalah satu bentuk KEMULIAAN yang besar buat suami kerana menjunjung perintah ALLAH melebihi logik akal atau nafsu yang terdorong untuk memberontak.
Wibawa atau haibah seorang lelaki sebegini di mata seorang isteri – adalah tinggi dan jauh dihormati – berbeza dengan wibawa seorang suami yang langsung tidak mencuba bahkan terus meminta bantuan dari isteri semata-mata.
– Allah berjanji, bahawa “rahmatNYA adalah begitu dekat dengan orang yang berbuat baik” (dalam konteks ini; si suami melaksanakan kewajipan dengan baik).
Maka, tindakan isteri memberi ruang suami menafkahi tempat tinggalnya membantu suami menjadi golongan MUHSININ yang akan mendekatkan seluruh keluarga kepada rahmat ALLAH inshaALLAH. Ianya tidak kejam, ianya adalah membantu suami berperanan mengikut acuan yang ALLAH ciptakan.
NYATAKAN secara jelas berapa jumlah yang sepatutnya ditanggung suami dalam bentuk sewaan. Dan bahagian lain yang ditanggung isteri itu, biarlah menjadi rahsia isteri sendiri dalam baktinya terhadap suami pula. Tapi secara hukumnya, suami TELAH TERSELAMAT. Isteri juga telah melakukan sesuatu perbuatan mulia dengan jalan yang juga selamat.
– Di saat rahmat ALLAH memasuki rumahtangga kita, ALLAH akan aturkan perjalanan rumahtangga kita dalam sakinah dan mawaddah. Isteri akan mudah mentaati suami, melayaninya dan menjadi isteri penyejuk mata, bukan jadian singa atau naga.
– Lama kelamaan, gaji suami yang lebih kecil – akan menjadi lebih besar dari sang isteri. Atau, jika tak besar pada angka di kertas, akan menjadi berkah dan cukup buat seisi keluarga. Soal rahmat ALLAH, bukan hal yang boleh dibicarakan dari sudut akal dan logik semata. Asas kepada menjemput rahmat ALLAH dalam rumahtangga, adalah taat perintahnya. Suami, taati kewajipan menafkahi. Isteri, taati suami yang telah berusaha menafkahi.
Jangan menanggung suami di rumah sendiri. Tetapi buatlah cara ini. Suami tidak terbeban. Isteri juga tidak boleh menuntut nafkah tertunggak atau membangkitkan bantuan ini sebagai pertikaian di kemudian hari.
Kerana ruang-ruang pertikaian dan keculasan tanggungjawab telah tertutup rapat dan masing-masing suami isteri memainkan peranan.
Isteri, telah memudahkan urusan suami. Membantunya dengan memberi sewa yang murah sesuai dengan kemampuan suami.
Suami, telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Tetap menafkahi walau isteri bergaji lebih tinggi.
Tentang berapa sewaan yang sepatutnya diletakkan, terpulang pada kita hendak menentukan setelah berbincang dengan pasangan. Hanya kita tahu berapa gaji suami, berapa perbelanjaan diperlukan dan sebagainya. Berbincanglah.
Yang penting, jangan sesekali ambil beban nafkah dari bahu suami secara mutlak. TETAPI RINGANKANLAH DENGAN JALAN YANG BIJAK DAN MENUTUP KEMUNKINAN-KEMUNGKINAN buruk di masa akan datang. Win win situation supaya suami tetap menjadi suami, kita sang isteri tetap menjadi seorang isteri. Lakukan secara REAL BISNES. Bukan perjanjian asal boleh.
Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita.
Suami Kena Faham Kerja Suri Rumah Adalah Kerja Yang Sangat Memenatkan

Perkerjaan sebagai suri rumah tidak asing lagi dalam kalangan wanita. Menjadi suri rumah ini sebenarnya banyak cabaranya. Bukan hanya tahu goyang kaki saja. Anda tidak akan faham kerja mereka selagi anda tidak berada di tempat mereka. Ikuti perkongsian dari facebook Syahirah Omar ini.
Aku terpanggil untuk menulis depresi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah “mengangkang” saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.
Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.
Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita fokus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.
Kenapa dengan emosi suri rumah?
#1 DILABEL SEBAGAI ” GOYANG KAKI”
” kerja apa?” Soal makcik senah jiran depan rumah.
“Oh, saya suri rumah Cik Senah,”
” Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ,” Cik Senah mula cari gaduh.
Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat “loser”.
Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.
Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini
” Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! ”
#2 PENAT MENTAL FIZIKAL
” Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” Timah mula mengadu.
” Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!” Seman naik berang sambil scroll facebook.
Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,
” Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak,” – Seman, suami dan ayah mithali.
Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami seperti raja pula.
Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas ” Sabarlah,mama. Papa jauh ni,”
Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?
Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah 😞
Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.
Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.
Percayalah!
#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN
Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.
Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?
Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.
Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.
Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.
Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.
Sayang,
Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.
Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau “recharge” semula diri.
#4 DIBEZAKAN MERTUA
Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.
Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.
Astaghfirullahal’azim.
Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.
Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak.
Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.
Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.
#5 MAHUKAN PENGHARGAAN
” Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,”
” Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,”
Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di youtube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?
Bawalah isteri dan anak-anak ke Masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di Masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.
Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?
Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.
#6 SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.
Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.
Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.
Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.
Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia
” Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,”
“Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha…ada ke patut?” Timah mula bercerita.
Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.
Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.
Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.
Allah Allah Allah.
Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.
Suami, isteri, datang dari “planet” yang berbeza.
Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza.
Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.
Semua yang diatur pasti ada hikmahnya.
Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.
Kredit : Syahirah Omar