
Apabila cinta sesama makhluk terputus di tengah jalan. Apa yang kita harus renungkan ? Pernah atau tidak kita berhadapan dengan situasi demikian atau melihat sahabat terdekat kita yang mengalami situasi yang sama ? Kadang kala ada antara kita yang sudah bertunang dan hampir ke jinjang pelamin, tetapi tetap putus akibat tidak serasi atau berbagai faktor yang lain. Jadi ini mungkin beberapa hikmah yang perlu kita renungkan apabila kita putus cinta.
1.Lebih dekat dengan Allah.
Mungkin ada perkara yang membuat kita jauh daripada Allah apabila bersama si dia. Jadi Allah sayang kepada kita dan tunjukkan bahawa si dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita. Kembalilah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon petunjuk supaya kita bertemu dengan calon yang benar-benar baik agama dan akhlaknya.
2.Mempunyai lebih masa berharga.
Sedar atau tidak ketika kita mabuk dengan dunia cinta, kita sebenarnya banyak menghabiskan masa untuk si dia. Dating, mesej, whatsapp dan segalanya adalah untuk si dia. Jadi selepas si dia sudah tiada dalam hidup kita, kita boleh gunakan masa-masa tersebut untuk kerja dan perbuatan yang lebih berfaedah.
3.Masa untuk bahagiakan ibu bapa.
Kadang kala apabila tengah mabuk bercinta, kita mengabaikan ibu bapa kita. Kita asyik berkepit dengan si dia termasuk dalam telefon atau bermesej. Masa untuk ibu dan bapa kita abaikan. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk kita bahagiakan mereka kerana ibu bapa mungkin sudah tua dan mereka ingin bersama dengan anak-anak sebelum mereka tiada di dunia ini.
4.Menyelamatkan diri daripada pasangan yang tidak baik.
Setiap yang berlaku sudah tertulis dan ditentukan oleh Allah. Benar, kita berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan perkara yang telah ditakdirkan untuk kita. Mungkin di sana ada seseorang yang lebih baik yang disediakan oleh Allah untuk kita. Siapa tahu kan ?
5.Bebas daripada membazir wang.
Apabila kita bercinta banyak duit yang dihabiskan untuk pasangan kita sama ada lelaki atau perempuan. Shopping bersama, lunch dan dinner bersama dan macam-macam lagi yang kita beli untuk pasangan kita. Jadi dengan putus cinta, kita tak perlu bazirkan lagi wang kepada si dia. Simpan wang anda untuk perbelanjaan masa hadapan. Siap boleh bagi ibu bapa lagi!
Putus cinta bukanlah bermaksud segala-galanya sudah berakhir seperti lagu kumpulan atmosfera, ‘berakhirlah sudah’. Kita sukakan sesuatu, padahal ia bukanlah baik untuk kita dan kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita. Banyak perkara yang diluar pengetahuan kita sebagai manusia. Jadi, yakin kepada Allah. Allah mungkin merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda.
Allah Sempitkan Rezeki Orang Malas. Kurangkan Tidur, Makan, Sosial Media Jika Mahu Bahagia

Setiap dari kita yang berkahwin pastinya mahukan keluarga yang bahagia, tapi tidak semua mampu mempertahankan rasa itu. Mengapa itu semua terjadi, anda suami isteri harus tahu saling menghargai dan bertolak ansur bila sudah berumah tangga. Ini antara perkara yang boleh menjanjikan kebahagian buat anda pasangan suami isteri.
.
1.SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2.Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 .Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 .Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5.Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
6.Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7.Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8.Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9.Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10.Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11.Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal.
Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12.Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13.Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14.Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15.Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
16.Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17.Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18.Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19.Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20.Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21.Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
22.Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23.Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24.Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25.Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26.Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 .Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 .Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan-kawan, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29.Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30.Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31.Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32.Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Nak Kahwin Biarlah Ada Kewangan Yang Bagus. Tahun Pertama Kahwin Mesti Ada Ujian Duit

Pernikahan sememangnya detik terindah penyatuan cinta antara lelaki dan perempuan. Namun, pernikahan bukan sahaja menyatukan dua insan tetapi lebih kepada membuka lembaran baru kehidupan dan tanggung jawab.
Pernikahan adalah amanah. Ianya mengajar suami dan isteri tentang tanggung jawab hidup berumah tangga dan mendidik bukan sahaja dari segi fizikal dan emosi namun lebih kepada membina hubungan baik ke jalan Allah SWT.
Bagi pasangan yang baru berkahwin, sudah tentu telah banyak mengeluarkan belanja untuk melangsungkan majlis. Sudah tentu, anda akan mula mengorak langkah kembali untuk stabilkan ekonomi diri dan keluarga yang dibina.
Kami cadangkan anda ikut tips paling tepat urus kewangan.
1) Merangka bajet keluarga
Dulu setiap hari makan megi tak jadi masalah. Dulu tak fikir nak belanja barang dapur, tak fikir nak bayar komitmen rumah. Kerana anda dahulunya hanya hidup dengan bajet untuk diri sendiri sahaja.
Namun, kini apabila sudah berdua segala perbelanjaan jadi ‘Double’. Perlu asingkan belanja dapur, sewa rumah, bile air dan elektrik dan macam -macam lagi.
2) Rekod segala perbelanjaan
Penting untuk rekod segala wang keluar masuk supaya anda tahu perjalanan kewangan suami isteri.
3) Membuat tabung keperluan
Bila dah kahwin, eloklah merancang semua kos keperluan dan perlu dibincang bersama-sama. Boleh ikut idea ini (susunan tidak mengikut keutamaan):
Belanja barang dapur
Belanja makan
Belanja utiliti (bil air & elektrik)
Hiburan
Ansuran rumah
Ansuran kereta
Perlindungan takaful
Tabung simpanan
Tabung pelaburan
Tabung pendidikan anak-anak
Tabung kecemasan
Tabungan bercuti
Tabung pencen
4) Menabung & melabur
Buat tabungan dan dalam masa sama buatlah pelaburan berisiko rendah seperti melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASB), pelaburan emas atau sebagainya untuk pulangan tahunan.
5) Pelindungan takaful
Lindungi keluarga dengan pelan takaful. Banyak produk takaful yang bagus dan sesuai dengan bajet bulanan anda. Ianya sebagai persediaan sekiranya anda atau isteri sakit dan anda boleh gunakan takaful tersebut sebagai persediaan hospitalisasi.
6) Jauhi hutang
“Ya Allah, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku.”
Apabila memulakan kehidupan baru, banyak nak pakai duit. Nak beli katil, tilam, almari, sofa, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Skim ansuran mudah dekat kedai tu memang mengiurkan, tetapi lebih baik kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.
Salah Satu Tip Rezeki Tak Putus Ialah Jangan Berhenti Bahagiakan Pasangan

Tak Rugi Bahagiakan Isteri, Ni Salah Satu Tip Menjemput Rezeki.. Dulu awal kahwin, pegang tangan isteri, lepas dah ada anak, kadang-kadang terlupa nak capai tangan isteri time jalan. Sibuk dukung anak dan tolak stroler je. Isteri pun usya je dari jauh.
Pernah Tanya Isteri
Ada pernah sekali saya tanya dia, “Awak kenapa?” dia jawab “tak ada apa”. Pada awal saya tak faham pun, tpi bila berulang kali dia seakan senyap je bila melintas atau berjalan bersama, saya cuba capai tangan dia sambil tolak stroler anak sebelah tangan, Terpancar gembira pada riak wajah dia sambil tersenyum. “Owhh.. barulah abang faham.”
Isteri Tidak Minta Lebih
Sebenarnya, yang namanya isteri ni dia taknak lebih pun, dia tak kisah pun kalau kita tak berharta sangat ke, kita tak ada rupa sangat ke, yang dia mahukan adalah kegembiraan dan kasih sayang dari kita sebagai suami ni. Macam mana kita sweet dengan dia waktu kita baru kawin dulu, macamtu jugaklah dia nak kita kekalkan kesweetan tu sampai ke hari tua.
Tak Rugi Bahagiakan Isteri
Tak rugi bahagiakan isteri, sebab orang yang beri kasih sayang yang sepenuhnya dan sentiasa membuatkan isteri rasa gembira ni pun adalah salah satu tips menjemput rezki dari Allah, InnsyaAllah. Sebab tulah kalau kita lihat, keluarga yang bahagia ni Allah perbanyakkn rezki buat mereka. Rezki Allah tu datang dari berbagai-bagai bentuk, kalau tak dengan harta, mungkin dari segi kesihatan, dan mungkin juga diberikan anak-anak yang soleh yang berjaya dunia akhirat.
Kalau Ada Niat Nak Dirikan Masjid, Allah Pasti Bantu Cukupkan Rezeki
Setiap pasangan yang bercinta pastinya ada keinginan untuk mengakhiri hubungan dan mendirikan masjid. Namun hakikatnya bukan mudah untuk berkahwin. Jangan nak kata majlis besar-besaran, nak buat majlis yang ringkas pun memerlukan belanja. Lantas ada pasangan yang rasa takut untuk berkahwin sehingga terpaksa menangguhkan perkahwinan atas alasan kewangan belum cukup stabil.
Perkahwinan Bukan Beban
Jangan sesekali menganggap yang perkahwinan satu beban. Mungkin anda rasa tak cukup duit namun percayalah rezeki boleh datang dalam pelbagai sumber apabila anda berniat baik untuk mendirikan masjid. Perkongsian Syarifuddin Samsudin membuktikan bahawa jika niat kita baik untuk mendirikan masjid, pastikan Allah akan datang membantu untuk mencukupkan rezeki.
Lepas Tunang, Bukan Ada Duit Pun
Sebelum aku bertunang, aku ada melamar sorang perempuan ni, aku lamar dia dari fb je, aku tau dia ni seorang penulis, so banyak lah akal dia nak uji aku dengan soalan2 yang aku tak aspect, tapi ada satu soalan yang membuat aku tersentap, dia tanya, dah ade kemampuan ke nak terima tangungjawab sebagai seorang suami? time tu aku cuma mampu jawab.
Belum Mampu
“Saya bukan kerja bagus, belum ada kemampuan dari segi kewangan, bagi saya, kalau cik terima saya, saya hanya ada duit 2K untuk jalankan majlis pertunangan kita” waktu tu mengigil tangan aku nak menaip. Kemudian perempuan ni kata dengan aku, dia suruh aku datang ke rumah dia. Tanpa segan silunya, aku beritau pada ayah aku yang aku nak berkahwin, dn sekarang nak ajak ayah pergi melamar perempuan ni. Ayah aku ada tanya pada aku, cukup ke duit tu nak berkahwin? Aku jawab satu je.. “Tak lagi ayah”, tpi dalam hati aku, aku yakin, akan ade rezki bagi orang yang nk mendirikan masjid ni.
Berjumpa Keluarga
Tak lama tu, aku setkan masa untuk berjumpa dengan pihak keluarga perempuan. Bila sampai je masa hari aku nk bertunang tu (14/5/2016), aku risau sangat2 kalau pihak perempuan minta hantaran yang tak dapat aku tunaikan. Setelah bincang punya bincang, pihak perempuan letakkan hantaran RM10k. Aku terima ja time tu, sedangkan pada ketika tu, duit dalam akaun bank aku tingal rm50 je lepas gedebak gedebuk preparation rombongan meminang. Nak kene cukupkan sebanyak RM10k dalam tempoh setahun? Nak jadikan cerita, setelah 5 bulan aku bertunang, aku kerja bagai nak mati, tusyen sana sini, pergi ceramah sana sini, alhamdulillah, aku dapatlah jugk kumpul duit sebanyak RM4K, tapi dalam hati aku still risau, cuma aku tetap yakin yang Allah tu pasti akan bantu aku.
Allah Tidak Pernah Biarkan Kita Susah
Ok, untuk yang ni, aku nk korang semua ambil pengajaran. Kalau korang nak tau, Tanpa aku berbincang dengan pihak perempuan, aku dh pernah ambil keputusan sendiri untuk buat loan peribadi, untuk cukupkan duit hantaran aku, aku pernah pergi tanya dengan pihak RHB bank, untuk aku buat loan sebnyak Rm10k. Tapi loan aku gagal, sbb aku ade sangkut dekat PTPTN, tungakkan aku sebanyak rm3k lebih. So, aku ambil jalan buat satu kerja gila. Dengan duit yang aku dah kumpul sebanyak rm4k tu, aku pergi bayar tunggakan PTPTN aku, siap extra lagi
Dalam Tangan ZERO
Jadi, dalam tangan aku sekarang ZERO!. Hahaha.. then aku pergi buat loan balik. Tunggu dalam 2 minggu, aku dapat call dari pihak RHB, dia kata loan aku tetap tak lulus, kene tunggu lagi 6 bulan untuk bersihkn nama dari Bank Negara atas sebb pernah tertunggak bayaran PTPTN. Waktu tu, aku menangis teresak esak wehh.. hahaha.. Lagi 7 bulan je nak genap setahun aku akan berkahwin. Tapi kan, kalau korang nak tahu, Allah tu tak pernah biarkan kita susah, setiap orang tu, Allah dah siap aturkan rezki masing2. Tau tak kenapa aku cakap macam tu, meh baca lagi.
Berbincang Dengan Tunang
Untuk bulan seterusnya, aku terpaksa berbincang dgn tunang aku, alhamdulillah dia tak marah pun ape tindakkan aku, dia kata dengan aku, betul dah tu.. itu tanda Allah nak jaga aku dari terus berhutang kalau aku still teruskan niat untuk tunggu dan buat loan bank lagi. Aku ingat ayat dia “Berterima Kasihlah Pada Allah”, dan akhirnya dia setuju nak bantu aku untuk cukupkan duit hantaran, dari situ lah kami berhempas pulas cari rezki, jual tudung lah, pergi talk sana sini lah. Tapi yang paling best, kami pernah pergi interview untuk bergelar fasilitator elite, dan Alhamdulillah kami berdua diserap terus didalam satu program ni, yang dinamakan program VIP Camp. Kami beprogram disitu selama 10 hari, dan kami dibayar pada jumlah yang agak lumayan. Syukur atas rezki yang Allah kurniakan kepada kami pada masa tu.
Allah ingin Lihat Usaha Kita
Nak tahu tak, dalam tempoh 4 bulan ja Allah kurniakan rezki keatas kami, kami dapat kumpulkan wang hantaran sebanyak RM10k. Ya! Kali ni aku betul2 menangis, menangis kerana Allah terlalu baik pada aku. Betul orang kata, orang yang ade niat baik nak dirikan masjid ni, Allah akan bantu untuk cukupkan rezki dia walau apa cara sekalipun. Yang pastinya, kita jangan pernah berhenti berdoa dan terus berusaha. Allah tak kedekut Bro, Sis. Allah cuma nak lihat usaha dan niat kau je.
Sudah Berkahwin
Pada tarikh 19/3/2017 aku berkahwin dengan perempuan tu. Dalam tempoh lebih kurang 10 bulan je kami bertunang, lalu kami berkahwin. Tak sampai setahun pun.. hehehe.. In advance, kami rasa puas sebab RM10K tu rasa keberkatannya menjamu hidagan para tetamu majlis. Cukup sederhana majlis kami.
Sumber: Syarifuddin Samsudin