Secara asasnya, untuk mengetahui sama ada seseorang itu mahram atau tidak bergantung kepada status sama ada mereka boleh berkahwin dengan kita atau tidak.

Jika seseorang itu diharamkan kita berkahwin dengannya, maka orang itu adalah mahram. Jika dia halal untuk kita berkahwin dengannya, maka orang itu bukan mahram.

Seseorang yang bergelar mahram, kita dibenarkan untuk bersalaman dengannya, manakala auratnya dengan kita sama dengan aurat ibu dan adik-beradik kandung. Aurat antara mahram jika dia seorang wanita ialah dari dada hingga lutut mengikut pandangan yang kuat.

 

Bila Selesai Bernikah, Perlu Tahu Siapa Mahram KIta

Ini bermakna, wanita berkenaan boleh menampakkan bahagian rambut, leher, tangan dan betis. Adapun kawasan anggota antara dada hingga lutut adalah haram dibuka.

Mahram bermaksud, orang yang diharamkan kita mengahwininya buat selamanya dan bukan bersifat sementara seperti ipar duai.

IKLAN

Mahram boleh terjadi menerusi pertalian nasab, perkahwinan atau penyusuan. Untuk lebih penjelasan, maka dua pembahagian di bawah perlu difahami.

Pertama, mahram disebabkan perkahwinan bagi seorang lelaki akan hanya membabitkan empat orang daripada sebelah mentua iaitu ibu dan nenek isteri (ibu mentua dan nenek mentua). Kedua, menantu (isteri kepada anak lelakinya atau isteri kepada cucu dan cicit.

Ketiga, anak dan cucu tiri (anak perempuan isteri, cucu perempuan isteri hingga ke bawah). Ibu dan nenek tiri (isteri bapa atau isteri datuk hingga ke atas).

Oleh itu, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, maka hanya ibu, nenek, anak perempuan isteri (anak tiri) dan cucu perempuan isteri (cucu tiri) sahaja yang menjadi muhrimnya daripada kalangan keluarga isterinya.

IKLAN

Bila Selesai Bernikah, Perlu Tahu Siapa Mahram KIta

Berhadapan lelaki, wanita asing

Adapun wanita lain seperti adik ipar, kakak ipar, ibu saudara isteri, anak saudara isteri dan sebagainya adalah bukan daripada golongan mahramnya. Sehubungan itu, antara mereka wajib menutup aurat sama seperti mereka berhadapan dengan lelaki atau wanita asing.

IKLAN

Bagi wanita pula, mahramnya dengan sebab perkahwinan juga membabitkan empat orang iaitu bapa dan datuk suaminya (iaitu bapa mentua dan datuk mentua). Menantu (iaitu suami kepada anak perempuannya dan suami kepada cucu atau cicit perempuannya).

Anak dan cucu tiri (iaitu anak lelaki dan cucu lelaki suaminya), bapa atau datuk tiri (iaitu suami kepada ibunya atau suami kepada neneknya).

Sehubungan itu, apabila seorang perempuan telah berkahwin, maka hanya bapa, datuk, anak lelaki dan cucu lelaki suaminya sahaja yang menjadi muhrim kepadanya daripada kalangan keluarga suami.

Ketika berhadapan dengan mereka, golongan wanita dibenarkan membuka tudung dan menampakkan anggota selain dari dada hingga lutut. Selain itu, wanita itu juga dibenarkan untuk bersalaman dengan semua empat lelaki terbabit.

Adapun golongan lelaki selain yang disebut seperti adik atau abang ipar, bapa saudara suami, anak saudara suami dan seumpamanya adalah bukan muhrim. Maka dia tidak boleh bersalaman serta mendedahkan aurat di hadapan mereka kecuali muka dan pergelangan tangan sahaja.

Penulis ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI