Bila semua anak dah besar, akan sampai satu fasa suami isteri akan rindu masa untuk buat aktiviti berdua. Buat perkara yang disukai bersama dan waktu inilah paling mahal jika masih panjang umur.
Bila Semua Anak Dah Besar
Bak kata Puan Farizal Radzali, rindu yang sebenar-benarnya bagi sepasang suami isteri, bukanlah ketika mereka baru berkahwin. Bukanlah yang baru melalui alam rumah tangga sebulan, 2 bulan waima setahun sekali pun.
“Seharian tak jumpa, rasa setahun lamanya.” “Suami pergi toilet sekejap pun dah rasa rindu.” “Isteri hilang sekejap berdebar jantung, rupa pergi sidai kain.” “Susahnya hati bila suami sakit, rasa macam nak sama-sama sakit dengannya.”
Bukan juga berteraskan kekayaan, anak yang ramai, rumah yang besar, kebahagiaan tanpa sempadan. Semua itu bukan.
Ads
TAPI….
Rindu suami isteri yang benar-benar rindu adalah pada masa hanya tinggal mereka berdua.
Rindu Waktu Berdua
Mak ayah dah tak ada.
Anak-anak dah ada keluarga sendiri.
Tinggal berdua di rumah yang dulu penuh dengan gelak tangis anak-anak.
Tinggal berdua di rumah yang pernah menyaksikan susah senang meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak yang ada pelbagai ragam.
Pada masa itu, rindunya bukan lagi pada sesiapa, hanya pada pasangannya.
Sesekali kita balik kampung, balik rumah mak ayah, tengoklah mereka punya mengadu.
Ads
“Mak kamu tu, selalu lawan cakap ayah.”
“Ayah kamu tu dah tua-tua perangai macam budak-budak.”
“Mak kamu tu sekian sekian sekian.”
“Abah kamu tu bla bla bla…”
Macam-macam aduan masing-masing.
Kita pujuk, sabarlah mak, sabarlah ayah.
Tahu tak, itulah rindu mereka sebenarnya. Itulah luahan rindu mereka.
Rindu nak gaduh.
Rindu nak berceritakan mengenai pasangan mereka.
Gaduh bagai nak rak, pergi kedai, nampak biskut kacang,
“Ayah kamu suka makan biskut ni, beli lah sikit,” padahal tadi baru gaduh ni.
Ads
“Ini bungkus sikit kat mak kamu, dia belum makan tadi,” kata-kata ayah bila anak bawa lepak mamak makan roti canai sarapan pagi, sedangkan sebelum keluar tadi marahkan mak sebab mak bebel baju tak letak elok-elok.
30 tahun
40 tahun
Itulah rindu yang sebenarnya.
Susah dah nak bergambar berdua dalam gambar, kerana mereka telah bersatu tak terlerai di dalam hati masing sampai bila-bila.
Andai salah seorang pergi dulu, percayalah, hidup yang seorang lagi kosong sekosongnya. Walau anak-anak cucu cicit, datang berhimpun, tetap pasangannya yang ada dalam kepalanya.
Hingga dia pula mengikut jejak isteri/suaminya. Berharap agar mereka bertemu semula di alam yang satu lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala dilema juga kan, bila tiba part nak bayar-bayar ni. Agak-agak siapa yang kena bayar? Pengantin atau kita beli sendiri?
#1: Apabila baju terlampau mahal. Kalau baju bridesmaid itu terlampau mahal, mungkin lebih daripada RM300, pengantin perlu bayar untuk kos baju, atau mungkin bayar sebahagian daripada kos.
#2: Apabila baju ‘custom made’. Baju custom made lebih nampak cantik sebab nampak ‘terletak’ dan boleh mengikut design yang dimahukan. Tapi, kos fabrik dan upah jahit pun sudah mahal bukan? Jadi, pengantin bayar kos fabrik dan kos upah dibayar bridesmaids.
#3: Apabila syaratnya hanya pada tona warna. Jika anda mahu certain warna untuk bridesmaids anda tapi tidak kisah tentang design atau stail baju bridesmaids anda, selagi bukan custom made, bridesmaids yang perlu membayar untuk kos baju kerana mereka boleh memilih stail sendiri dan boleh memakainnya berulang kali.
#4: Apabila bridesmaids anda semua masih muda dan belum bekerja. Cuba cari pilihan yang mereka mampu. Jika tidak jumpa juga, anda sebagai pengantin perlu step up dan bayar untuk kos baju.
#5: Apabila destinasi majlis anda jauh dan perlukan belanja lain. Majlis perkahwinan bukan murah. Lebih-lebih lagi jika destinasi perkahwinan anda jauh. Jika pengantin tidak menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan, pengantin perlu bayar kos baju. Kos pengangkutan dan tempat tinggal sudah mahal, jadi macam win-win.
#6: Apabila bridesmaids boleh pakai apa-apa. Kalau macam ni, sama macam bridesmaids shopping biasa saja. Mereka boleh pilih ikut suka mereka. Jadi, bridesmaids bayar.
#7: Apabila majlis kecil-kecilan. Ada banyak sebab majlis dibuat secara kecil-kecilan. Antara sebab utamanya adalah untuk menjimatkan kos. Jadi, kalau dalam hal ini, lebih elok jika bridesmaids yang bayar kos baju.
#8: Apabila anda dulu pernah jadi bridesmaid kawan anda itu. Anda ikut caranya. Kalau dulu kawan anda bayar kos baju anda, anda bayar kos bajunya pula masa giliran anda jadi pengantin ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum nak merasa bahagia dalam perkahwinan, pasti akan lalui tiga peringkat ini. Ada manis pahit, itu pelengkap rasa dalam hubungan.
1. Peringkat pertama
Semuanya indah belaka; kata-kata manis, tiada pertelingkahan dan semuanya berjalan mulus. Pasangan masih segan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar – kelemahan, kekurangan, bad habits, dan sebagainya. Banyak yang disembunyikan untuk pikat hati pasangan supaya tetap kekal bersamanya.
2. Peringkat kedua
Apabila kita mulai mengenali true colour pasangan; kelemahannya, kekurangannya, pertelingkahan berterusan mulai terjadi (peringkat ini adalah yang paling sukar kerana keduanya atau salah-satunya degil tidak mahu menyelesaikan masalah yang ada dan oleh sebab itu keduanya mulai berputus asa – di peringkat ini pasangan mulai merasa bosan dengan pasangan, lebih tertumpu kepada kelemahan pasangan dan mencari kegembiraan di luar – tidak setia, berpisah). Peringkat ini boleh berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun; bergantung kepada secepat mana keduanya benar-benar serius melakukan perubahan.
3. Dan akhirnya
Peringkat ketiga adalah yang paling indah; apabila pasangan jatuh cinta kembali dan kita melihat kekurangan pasangan kita dengan kasih, kita sudah tahu dan mahir menyelesaikan masalah yang ada tanpa perlu menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan, willing untuk ketepikan ego masing-masing, bila kita mulai belajar untuk benar-benar mencintai dengan ketulusan & keikhlasan.
Di peringkat mana hubungan anda sekarang?
Ramai pasangan mulai berputus asa pada peringkat 2. Itu sebabnya bila pasangan memasuki peringkat 2, pasangan akan mulai tertarik kepada pasangan baru kerana merasakan pasangan baru membawanya semula masuk ke dalam peringkat 1 – tanpa menyedari bahawa lama-kelamaan hubungan baru itu juga akan masuk ke peringkat 2 (living in denial).
Percayalah, apabila anda sudah berjaya melepasi peringkat 2 dan masuk ke peringkat 3, anda dan pasangan seolah-olah masuk semula ke peringkat 1 tetapi bezanya; hubungan itu semakin matang dan lebih indah.
Apapun ranjau dalam rumah tangga – kuatkan hati dan teguhkan iman untuk lawan apapun cabaran atau godaan yang datang. Jika anda pernah jatuh, bangkit semula dan become stronger than before. Selagi kedua pasangan punya usaha, kesungguhan dan tindakan untuk mempertahankan perkahwinan, pasti akan berjaya masuk ke peringkat 3. Something very beautiful waiting for you at stage 3. Sesuatu yang amat indah menanti anda di sana.
Bagi kalian yang sudah berjaya masuk ke peringkat 3, tahniah! You’ve made it. Pastinya perjalanan itu bukan mudah. Be proud of yourself dan pastikan anda dan pasangan bersama selamanya hingga maut memisahkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah menetapkan tarikh untuk majlis pernikahan, bakal pengantin pastinya sibuk menyiapkan dulang hantaran untuk diberikan buat si dia. Ambil masa dengan pasangan untuk duduk berbincang keperluaan barang yang mahu dibeli. Sebaiknya beli barang yang dia akan pakai dan suka, maka tidak wujudnya pembaziran di kemudian hari. Banyakkan berbincang supaya dapat selesaikan perkara ini segera.
Feyy Redzuan dari @susunbyfeyyredzuan berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin dalam menampilkan barang hantaran yang diberikan kelihatan ‘wow’.
1- Susunan bunga, dulang dan posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
2- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
3-Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
7- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
9- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Kredit Foto: @luqmanhere
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!