Kalau suami ajak isteri keluar makan, bermakna dia ada banyak duit masa itu. Dia nak belanja isterinya dan mungkin ingin menyatakan yang dia “Cinta” pada isterinya malam itu.

Bila Suami Ajak Isteri Makan Luar, Apa Maksudnya Tu?

Nasihat Kepada Isteri

#1 Jangan banyak dalih dan soal seperti. “Nasi dan lauk banyak lagi tu. Siapa nak makan?” Nanti apa yang anda cakapkan itu difahami oleh suami sebagai anda tidak mahu keluar.

Walaupun “bahasa terbalik” anda bermaksud anda pun suka nak makan keluar.

#2 Terus jawab, ” Ye ke!!!!! best, sayang abang.. jom”. Pasti suami anda rasa bahagia malam itu. Kerana telah membahagiakan isterinya.

IKLAN

#3 Ikut ajalah ke mana restoran yang dia ingin bawa. Sebab malam itu dia yang nak belanja, jadi dia adalah hos. Walaupun tempat yang dia bawa itu anda tidak suka.

#4 Jika dia yang minta anda tentukan restorannya, Jangan kata “Ikut abang le”. Dia akan pening kepala. Dalam mindanya dia ingin isterinya bahagia. Terus terang kepadanya secara jelas restoran yang anda suka malam itu.

Bila Suami Ajak Isteri Makan Luar, Apa Maksudnya Tu?

IKLAN

Nasihat Kepada Suami

Kalau isteri ajak suami keluar maka, bermakna dia bosan makan di rumah.

#1 Terus bawa di keluar tanpa berikan apa-apa komen ke mana sahaja dia suka. Kerana jiwa dan emosinya pada masa itu sangat “down”, dia perlukan suasana lain untuk tambah baiki hormon oxytocinnya yang telah susut.

#2 Jika anda tiada wang masa itu, beritahu dia semasa dalam perjalanan. In sya Allah, semasa membayar nanti, dia akan keluarkan wang daripada beg tangannya dan menghulurkan kepada anda di bawah meja.

IKLAN

#3 Jika boleh sepanjang makan malam bersamanya, elakkan bercakap perkara yang boleh menimbulkan krisis. Ini akan merosakkan proses pembikinan hormon oxytocin dalam jiwanya.

#4 Ucapkan terima kasih dan I Love U kepadanya sebelum anda berdua melabuhkan tirai malam itu.

 

SUMBER : Pak Utih

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI