Sebaik lafaz akad nikah berlangsung, tanggungjawab seorang lelaki bertambah pula sebagai suami. Menjadi ketua keluarga bukan mudah namun dengan adanya toleransi bersama isteri, tanggungjawab itu menjadi ringan dan mudah.

 

Hanya segelintir lelaki bergelar suami ini tidak tahu atau sengaja mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan kepada isteri dan anak-anak. Syahdu membaca penulisan Puan Insyirah Soleha tentang adanya suami ‘buta hati’ di alam realiti  di laman Facebooknya. Pedih membaca, apatah lagi sakit dilalui tuan empunya badan.

 

Seorang ibu yang sedang hamil, mungkin terlalu penat, minta dimasukkan ke dalam wad. Tapi, bila dimaklumkan pada pasangan, terus ditanya semula.

“Habis, siapa nak uruskan anak-anak?”

Sedih dengar soalan begitu dari suami. Mungkin, pada sesetengah orang ada anak kecil yang rapat bukan suatu masalah pun sebab semua teratur.

Anak ke sekolah, naik van atau bas.
Anak balik sekolah, naik van atau bas.
Anak kecik di tadika, taska atau pengasuh.

Tetapi, bila isteri surirumah yang dianggap ‘tak buat kerja apa pun’, rutinnya lebih padat dari awal pagi sehingga malam.

Dialah yang menghantar dan menjemput anak di sekolah.
Dialah juga yang kendong bayi sambil menguruskan kerja rumah.
Dialah juga yang siapkan keperluan anak-anak lain.

IKLAN

Bila tiada sokongan atau bantuan dari pasangan, mental dan fizikal macam bom jangka. Tunggu masa nak meletup. Tambah pula bila hamil, keadaan yang wahnan ala wahnin.

“Alah orang lain elok je.”
“Mak kita dulu-dulu okay je.”

Biasanya orang dulu-dulu, anak lepas bebas main di luar rumah, jadi dalam rumah tidaklah begitu huru hara. Tapi sekarang, ibu nak ke kedai beli barang pun berangkut semua anak. Ditinggalkan anak di rumah, nanti dikatakan cuai atau tak bertanggungjawab. Dibiarkan main luar rumah, bimbang orang culik.

“Puan, nanti selepas bersalin, puan tolong merancang keluarga ya.”

Berapa ramai yang terkesan dengan nasihat dari perawat kesihatan tapi ramai juga isteri mithali yang dilema.

“Tapi, suami saya tak bagi.”

Dalam masa yang sama, terkontang kanting isteri dengan pengurusan keluarga sehingga diri sendiri pun tak sempat diuruskan.

IKLAN

Tiba-tiba, suami yang tak nak isteri merancang ni mula jahat mulut.

“Gemuk, tak pandai jaga badan.”
“Mulut berbau.”
“Perut gelebeh.”

And list goes on.

Kecantikan memerlukan komitmen!

Pertama, jaga MATA.
Kedua, jaga MATA.
Ketiga, jaga MATA.
Keempat, bagilah masa pada isteri berdandan.
Kelima, kalau tak nak bagi masa, bagi duit. Hantar anak-anak ke pengasuh, isteri pergi salon rapikan diri, seminggu 2 kali pergi jogging atau gym.

Sekali, ada orang cakap.

IKLAN

“Perempuan kena ada duit sendiri, baru boleh beli apa yang dia nak.”

Tapi, ramai juga perempuan bekerjaya yang ada duit tapi tak memiliki duit. Setiap bulan bayar pinjaman yang dibuat suami. Jadi, sebenarnya bukan salah perempuan tak bekerja ke tak ada duit ke. Tapi, salah MATA yang suka tengok benda haram, mana ada nikmat pada perkara halal.

 

Tak ada kewajipan seorang perempuan untuk mencari nafkah. Kalau perempuan nak bekerja, biarlah untuk memenuhi keperluan ummah. Kalau seorang wanita memilih untuk bekerja, bukan kerana siapa-siapa. Terlalu kurang lelaki qawwam sehingga wanita dipaksa bekerja tetapi dalam masa sama, tidak diberatkan untuk lelaki bertanggungjawab pada wanita di bawah jagaan mereka.

.

Seorang ibu, bila dia cakap dia penat maksudnya dia memang sangat penat. Tak perlu diberitahu dirinya penat, dia dah lama tahu. Cukuplah memandang penuh kasih, dengan kata-kata… you doing a great job, mom! Ramai ibu lupa, mereka melakukan pekerjaan yang hebat. ⚘️

Ummu Amir.

 

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI