pic-pinterest

Setiap pasangan dikurniakan teman hidup yang berbeza perangai dan sifat. Ada suami terlalu rajin melakukan kerja rumah sehinggakan isteri tidak dibenarkan bekerja.

Ada pula suami terlalu pemalas sehinggakan semua perkara diserahkan kepada isteri untuk melakukannya. Bagi kaum Hawa sudah pasti ia menguji kesabaran. Dalam hal ini untuk saling menyalahkan antara satu sama lain sebenarnya tidak akan membantu.

Bila Suami Pemalas Nauzubillah, Kesabaran Isteri Memang Teruji Hebat

Sebagai isteri apa yang boleh anda lakukan adalah mencari penyelesaian bagi mengatasinya iaitu dengan cara memberi motivasi kepada suami. Ini kerana mungkin cara dia dibesarkan sejak kecil berbeza menyebabkan dia langsung tidak tahu melakukan kerja rumah.

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya:

Bila Suami Pemalas Nauzubillah, Kesabaran Isteri Memang Teruji Hebat

1. Jangan marah

Walaupun anda kecewa dengan suami kerana tidak mahu membantu kerja di rumah, membentak atau marah bukan cara terbaik untuk mengatasinya. Apa yang boleh anda lakukan adalah minta secara perlahan-lahan dengan diplomasi.

2. Dengar alasannya

Suami yang malas tentu mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan kerja di rumah. Jangan berdebat dengan alasan yang diberikannya kerana itu hanya sia-sia. Sebaik-baiknya dengar dulu semua alasan yang diberikan suami.

3. Motivasi suami

IKLAN

Jika suami tidak suka melakukan tugas yang diminta, tawarkan kerja lain yang boleh dilakukan. Jika dia boleh melakukan sesuatu yang membuatkannya selesa lama-kelamaan dia pasti melakukannya dengan sendiri.

4. Jelaskan

Jika sifat malas membuatkan keadaan rumah kotor jelaskan kepadanya ia tidak baik untuk kesihatan. Jelaskan apa saja yang anda rasakan dan apa yang akan terjadi dalam rumah tangga disebabkan sifat malasnya itu. Semoga dengan cara ini suami faham dan mahu berubah.

5. Biar suami pilih apa yang ingin dilakukannya

Sifat lelaki biasanya tidak suka disuruh atau dipaksa. Jadi jika kemalasannya berkaitan dengan tugas dalam rumah, anda boleh memberinya peluang memilih tugas sendiri, supaya anda tidak kelihatan seperti bos.

IKLAN

Jelaskan padanya urusan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri saja. Semua orang yang tinggal di rumah anda mempunyai peranan yang sama untuk menjaga rumah supaya bersih dan selesa.

6. Buat jadual tugas

Apa yang boleh dilakukan adalah buat daftar tugas di rumah dan apa yang perlu suami lakukan. Tunjukkan pada suami dan bawa berbincang. Minta bantuan suami menyelesaikan beberapa pekerjaan berat yang memang hanya mampu dilakukan lelaki.

7. Jangan malu minta bantuan

Umumnya, wanita malu meminta bantuan suami, padahal ketika itu dia terlalu penat. Hapuskan perasaan ini supaya anda tidak terbeban dengan tugasan di rumah yang lama kelamaan boleh menyebabkan anda berasa tertekan. Oleh itu minta bantuan suami dengan cara paling lembut.

IKLAN

8. Ucapkan terima kasih

Kebiasaannya lelaki enggan melakukan kerja rumah kerana malu dan berasa harga dirinya berkurang dengan melakukan pekerjaan itu. Mereka tidak sedar semua isteri akan berasa bangga dan gembira apabila suami sudi meringankan tangan membantu mereka.

Justeru, anda perlu ucapkan ayat manis menyatakan betapa beruntungnya anda mempunyai suami yang rajin. Jangan lupa ucapkan terima kasih selepas suami selesai melakukan kerja rumah. Bahkan tidak salah mengucapkan terima kasih sebelum dan ketika dia melakukan satu-satu tugas yang diminta.

9. Fleksibel dan sabar

Jangan menilai pekerjaan suami. Terima seadanya dan jangan dikritik. Walaupun kurang sempurna tetap ucapkan terima kasih dengan senyuman manis.

10. Beri hadiah

Berikan hadiah sama ada berbentuk barangan atau makan malam bersama di luar. Ini bagi memastikan suami merasa dirinya dihargai.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI