Bila ada bintik putih bawah mata rasa macam nak picit je! Haa itu bukannya jerawat ye seperti yang ada sangkakan tapi ia adalah biji kolesterol atau lebih dikenali sebagai milia seeds . Walaupun dah guna pelbagai produk, masih tidak hilang? Haa jangan risau buat para wanita di luar sana kerana Donna akan kongsikan pada anda cara mudah untuk hilangkannya.
Sebelum tu, anda perlu tahu bahawa biji kolesterol adalah lebihan lemak yang muncul pada kulit dan ramai yang menganggap bahawa biji kolesterol hanya dialami oleh golongan berusia tetapi kanak-kanak juga boleh mengalaminya dan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki.
Ads
Cara Mengukur Kadar Kolestrol :
Ads
Normal – jika kolestrol kurang atau sama dengan 200 mg/dL
Sederhana tinggi – kolestrol 200 mg/dL hingga 239 mg/dL
Berbahaya – kolestrol 240 mg/dL
Ads
Tip Atasi Biji Kolesterol
Kurangkan pengambilan daging, majerin dan dessert yang terlalu manis kerana ia dalam kumpulan makanan yang mempunyai kolestrol tidak baik iaitu LDL. Cukup sekadar dalam kuantiti yang kecil untuk anda makan makanan bergoreng serta berlemak tinggi.
Tingkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan kerana ia mengandungi fiber yang tinggi. Amalkan minum jus buah tanpa campuran gula agar membantu menstabilkan semula bacaan kolesterol pada badan anda.
Trick Omega 3. Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, telur mampu membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.
Lebihkan bawang putih dalam masakan anda kerana ia bertindak sebagai anti radang dan antibiotik semula jadi.
Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah kolesterol yang tinggi kerana ia mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan tentu saja ingin menjalin hubungan cinta yang penuh dengan kebahagiaan, harmoni dan juga sejahtera buat selamanya. Namun alam percintaan tidak seindah yang disangka. Kadangkala ia dilanda ombak dan badai demi menguji keutuhan sesebuah hubungan itu.
Dalam hubungan cinta, sikap saling hormat-menghormati perlu ada bagi membentuk hubungan yang lebih erat. Jangan biarkan sengketa dalam perhubungan membuatkan hubungan yang dibina musnah begitu saja.
Oleh itu, jom kita lihat 7 tip berguna dan berkesan bagi membuatkan hubungan cinta kekal harmoni dan sejahtera!
1. TERIMA PERBEZAAN PASANGAN
Kadangaka, kita merasa sukar untuk menerima semua kekurangan dan perbezaan yang dimiliki oleh pasangan. Namun, cubalah anda belajar untuk menerima perbezaan tersebut dan jadikan ia sebagai satu kelebihan. Jika anda memandang satu kekurangan atau perbezaan itu sebagai satu kelebihan, pasti anda akan menerima pasangan anda seadaanya.
2. SENTIASA BERKOMUNIKASI
Komunikasi amat penting dalam sesebuah hubungan. Sekiranya ada perselisihan faham, bawalah berbincang dan selesaikannya dengan baik. Jangan sesekali biarkan perasaan yang terpendam di dalam hati terbuku dan dibelenggu kerana ia boleh merosakkan hubungan cinta anda. Oleh sebab itulah komunikasi amat penting dalam membentuk hubungan yang harmoni dan sejahtera.
3. JANGAN SUKA SALAHKAN PASANGAN
Jika terdapat salah faham antara anda dan pasangan, jangan cepat melatah dengan menyalahkan pasangan anda. Biasanya, tindakan menyalahkan pasangan dilandasi dengan rasa emosi tanpa berfikir panjang. Jika anda dan si dia sedang bertengkar, cubalah selesaikan masalah anda secara baik tanpa melibatkan emosi yang melampau.
4. DIAM KETIKA BEREMOSI
Pertengakaran seringkali melibatkan emosi yang tidak stabil. Mulalah kata-kata kasar terpacul dari bibir. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda harus sedar bahawa emosi tidak boleh menyelesaikan masalah. Sebaiknya, kawal amarah dan emosi anda dengan mengingati momen-momen ketika anda sedang hangat bercinta. Contohnya saat pertama si dia mengatakan kata-kata “aku cinta padamu”.
5. SALING MENJAGA PERASAAN
Hindari setiap perkataan yang boleh menyinggung perasaan pasangan anda, terutama ucapan-ucapan sensitif. Untuk mengetahui perkara-perkara yang dapat menyinggung perasaan kekasih atau pasangan, anda boleh belajar dari sikap pasangan ketika anda sedang berbicara.
Masalah ini lama kelamaan akan membuatkan anda faham dengan sendirinya tentang apa saja perkara yang disukai pasangan dan sebaliknya. Dengan cara begitu, pasangan akan merasa diperhatikan dan hubungan senantiasa akan tercipta dengan romantis dan harmoni.
6. SERING IMBAU KENANGAN INDAH BERSAMA
Mengenang kembali kenangan indah yang pernah anda lalui bersama adalah sebuah trik jitu untuk membuat hubungan tetap harmoni dan sejahtera. Dengan mengenang atau mengingat segala bentuk kejadian indah masa lalu maka secara tidak langsung perasaan cinta akan kembali mekar. Perkara ini boleh menambah rasa cinta anda terhadap pasangan.
7. JANGAN PAMERKAN MASALAH ANDA KEPADA KHALAYAK
Jangan sesekali mempamerkan atau mendedahkan masalah anda kepada umum kerana ini boleh menjejaskan lagi hubungan cinta anda dan pasangan. Sekiranya ada masalah, cuba selesaikan perkara tersebut tanpa melibatkan orang lain. Media sosial seperti facebook, twitter dan instagram pada masa ini sering menjadi platform pasangan bagi meluahkan perasaan yang terpendam dalam hati dan sanubari. Perkara ini akan memburukkan lagi keadaan dan membuka peluang kepda orang lain untuk mengambil kesempatan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini,kita dianjurkan untuk menambah pahala dengan amalan-amalan yang mulia. Antaranya menunaikan solat tarawih , membaca Al Quran dan bersedekah. Buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan juga mereka yang sudah lama berkahwin inilah caranya anda dan pasangan menjadi lebih rapat dan berkasih sayang. Manfaatkan tip ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
1. Solat Tarawih bersama
Tarawih solat yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Ajaklah isteri atau suami untuk bertarawih di masjid bersama. Perjalanan ke masjid pastinya buat hubungan tambah erat selain memberikan situasi berbeza. Pasti indah rumahtangga yang dibina bila sama-sama mengerjakan amalan ini secara bersama..
2. Bersedekah
Tangan yang memberi pastinya lebih baik daripada yang menerima. Jadikan tangan sebagai tangan yang memberi. Ajak suami atau isteri bersedekah setiap hari di mana sahaja sepanjang bulan puasa ini. Jadikan ini teladan pada bulan-bulan seterusnya. Secara mudahnya bertukar juadah dengan jiran pun dikira sedekah. Isteri masak, suami hulurkan juadah dengan jiran sebelah… sedekah juga tu.
3. Solat Tahajud
Mengejar malam lailatulqadar pastinya lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta. Ajak lembut pasangan untuk sama-sama bangun dan bersolat penuh khusyuk keduanya menghadap Ilahi. Ganjarannya bukan sedikit, kenikmatan pasti dirasai bersama. Tentunya romantik kalau dapat tahajjud bersama kan… tak tergambar dek kata-kata. Tambah romantik kalau dapat teruskan amalan tahajjud ni sampai bila-bila.
4. Kucup dahi
“Rasulullah SAW sentiasa mencium dahi isterinya dalam bulan Ramadhan. Ketika itu Baginda sedang berpuasa”. Hadis ini jelas membuktikan, Nabi SAW tetap memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Tabiat ini wajar dicontohi oleh semua suami kerana ciuman itu tanda sayang sejati. Rebutlah ganjaran pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berubah. Jika ciuman sudah dianggap janggal, mulakannya semula.
Puasa tak menghalang untuk jadi suami isteri yang romantik… peluk dan ciumlah dengan kasih sayang…. ia tak membatalkan puasa bahkan bertambah pahala di bulan puasa.
5. Tadarus Bersama
Bacaan al-Quran secara tadarus suami dan isteri sememangnya digalakkan, malah besar manfaatnya. Ajak suami mengambil sebahagian juz al-Quran dan selebihnya diberikan kepada isteri. Berusahalah untuk khatam al-Quran bersama-sama sambil merasa nikmatnya.
6. Ajakan dan didik Isteri menutup aurat
Jika isteri auratnya tidak sempurna, ajaklah dia menutup auratnya di bulan yang mulia ini dengan lembut. Mana tahu apabila habis Ramadan hatinya terbuka untuk berhijab penuh. Jadi, doakan dan belikan tudung… nasihat baik-baik… kongsikan kebaikan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Isteri yang sayang suami pasti akan patuh.
7. Pilih memasak dari membeli
Jika juadah bazar Ramadan selalunya menjadi pilihan berbuka, apa kata ubah kebiasaan ini dengan menyediakan makanan sendiri untuk suami dan anak-anak. HR at-Tirmizi menyebut, “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa. Ubah kelainan dan rasai nikmatnya kala makanan habis licin dijamah. Memang nikmat bila masakan kita habis dimakan. Satu kepuasan bila masak sendiri.
Sumber: http://www.mariafirdz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira jam 1 petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu sidang media khas di Bangunan Perdana Putra berkaitan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara Malaysia.
Demi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak Covid-19, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi akaun 2 dengan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 billion.
Tambah Perdana Menteri, dengan inisiatif itu, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang poket untuk membeli barang-barang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.
“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.
Semoga inisiatif yang diberi oleh kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!