
Lelaki dan wanita tidak serupa dalam berinteraksi dan reaksi terhadap sesuatu sehinggakan mereka boleh dianggap berasal daripada dua planet yang berbeza. Dr John Gray dalam bukunya cuba mengetengahkan perbezaan antara lelaki dan wanita dari sudut cara berfikir dan bagaimana keduanya menyampaikan sesuatu dengan cara yang juga berbeza.
Menurutnya, umum berpendapat, jika pasangan menyayangi kita, dia akan bertindak dan bersikap sebagaimana kita menyayanginya. Pada hakikatnya, hanya dengan menerima dan menghormati perbezaan antara keduanya kasih sayang dapat disemai.
Mieja berkongsi di twitternya, boleh anggap suami tu macam kawan tapi tak adalah sampai cakap, ” Weh ambil tu kejap.”
Stabil Atau Biasa-Biasa Tahap Kewangan Anda Untuk Berkahwin Nanti?

Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak tahu cara mengukurnya yang sebenar.
Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.
Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan
Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya? Macam mana nak kira? Contohnya si A ada;
- Pinjaman Peribadi: RM330
- Ansuran kereta: RM560
- Gaji bersih: RM1850
Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:
RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%
Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi. Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi. Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya.
Gambar: AKPK
Sumber : Amir Syahir
Suami Kena Pandai Bab Memujuk. Taklah Isteri Tarik Muka!

Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, adalah menjadi satu kebiasaan ketidaksefahaman antara pasangan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah dalam mulut pun tergigit, inikan pula kita sebagai manusia biasa.Pasti kadang kala akan berlakunya pergaduhan kecil. Namun saya percaya, sedikit pergaduhan dan perselisihan pendapat akan mematangkan kita dalam menjalani perhubungan sekaligus mengeratkan lagi kasih sayang sesama suami dan isteri. Dalam pergaduhan tersebut, pasti akan berakhir dengan salah seorang merajuk, kerana terluka kononnya. Adakalanya sang suami merajuk, tetapi kebanyakannya pasti sang isteri yang merajuk. Lebih-lebih lagi isteri yang agak suka bermanja dengan suami.
Pernahkah anda mendengar pepatah, diam tidak bermakna kalah. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri. Adakalanya, salah seorang harus mengalah demi keharmonian rumah tangga. Bersikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja merosakkan perhubungan anda, ia juga pasti mengganggu emosi dan perasaan anda. Berusahalah untuk memujuk pasangan anda.Tidak semestinya apabila kita memujuk beliau, bermakna si dia selalu betul. Walaupun kita tampak merendahkan diri kita semasa memujuk pasangan ketika itu, jangan risau. Hakikatnya kita nampak mulia di mata Allah, inshaAllah.
.
LANGKAH 1. Tuning in atau mengenalpasti emosi pasangan anda
Terlebih dahulu, sebelum melakukan apa-apa tindakan, kenalpasti dahulu emosi pasangan anda ketika itu dengan ‘tune in’. Saya berikan analogi mudah. Ingat tak kita pada radio lama? Radio zaman atuk atau ayah kita? Radio lama terpaksa di ‘tune’ secara manual untuk membolehkan kita menjumpai frekuensi yang sesuai dengan siaran radio kegemaran kita. Puas kita memusingkan tombolnya agar frekuensi betul-betul bersesuaian dan membolehkan siaran yang dimahukan kedengaran jelas.
Begitulah juga dengan cara menangani pasangan kita. Kita cuba untuk ‘tune in’ dengan frekuensi pasangan kita.
Kenalpasti emosi pasangan anda dengan memandang tepat pada matanya dan bertanya padanya secara lembut, “Adakah awak kecewa? Marah? Sedih? Atau sekadar merajuk?”
LANGKAH 2. Berhubung dengan menerima dan mendengar
Cuba menyelami perasaan pasangan anda. Bertanya secara lembut apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu. Lebih elok sekiranya anda memeluk beliau dan mendengar apa sahaja luahan hatinya. Dalam pergaduhan, selalunya isteri kerap menangis. Sambil memeluknya, katakan padanya, “tidak mengapa untuk menangis, tidak mengapa untuk marah”. Cuba mendengar dengan tenang apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda, walaupun ada antaranya anda tidak bersetuju.
Simpan dahulu apa yang ingin anda katakan. Buang terus perasaan untuk menang. Dengar dan menerima apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
.
LANGKAH 3. Reflek
Tunjukkan empati anda. Pastikan si dia mengetahui yang anda sangat memahami perasaan beliau. Kemudian, minta maaf dengan pasangan anda. Sekiranya anda seorang isteri, cium tangan suami anda. Bagi suami pula, cium dahi isteri anda. Sebaik sahaja pasangan anda sudah bertenang, bolehlah anda menjelaskan sebab sebenar apa jua tindakan anda. Mengapa anda memilih warna hitam berbanding warna cream untuk sofa baru anda.
Mengapa anda terlupa memasukkan baju dalam bakul kain kotor pagi tadi. Mengapa anda terlupa membasuh pinggan pagi tadi. Mengapa anda pulang lewat dari tempat kerja hari ini. Apa sahaja. Terangkan dengan lembut dan tenang agar tidak mewujudkan pergaduhan baru pula. Sekiranya pasangan tidak menyukai dengan beberapa perangai anda, tekadkan keazaman untuk berubah. Sekali sekala, cuba berjenaka dengan si dia.
LANGKAH 4. Memujuk Pasangan
Kebanyakan dari kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya si dia cool down baru nak pujuk. Jika ditunggu, dikhuatiri pelbagai prasangka buruk bermain di dalam hatinya. Ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari perkara kecil, pasti akan bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia. Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.
Jadi, bagaimana untuk memujuk pasangan anda?
.
1) Puji si dia
Apabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan kita. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.
Elakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja. Atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak. Apa sahaja.
2) Beri hadiah
Hadiah adalah antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan anda terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya anda sangat menyayangi dia.
3) Mengajak melakukan apa yang dia suka
Suami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan pergaduhan. Berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang saya sukai.
Semestinya saya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa. Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui, dengan melakukan aktiviti yang saya sukai bersamanya, perasaan marah tersebut dapat berkurang sedikit demi sedikit.
4) Beri kejutan
Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabat beliau atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan anda.
5) Mengucap kata-kata indah
Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu diawal cuba memperisterikan isteri anda, sudah pasti tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk beliau.
6) Bergurau senda
Cuba buatkan pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan si dia ketawa. Buat lawak, geletek manja ataupun buat gaya yang kelakar.
7) Berdoa
Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumahtangga yang ribut. Namun, ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumahtangga. Lazimi menyebut zikir :
Ya Aziz..Ya Jabbar..Ya Mutakabbir..
Semoga bermanfaat. Wassalam
Nak ‘Pegang’ Suami Bukan Dengan Cara Kawal Aktivitinya Tapi Anda Join Sekali!

Jadi isteri yang baik bukannya susah tapi anda hanya perlu terapkan dalam diri bahawa suami adalah lelaki yang perlu anda hormati. Jangan anggap diri terlalu besar sehingga lupa di mata letaknya kedudukan seorang isteri.
Sebab itu, dalam mengharungi badai rumah tangga, kedua-dua pihak memainkan peranan. Bukan bergantung kepada suami sahaja. Namun, tidak salah jika sebagai isteri, anda juga meletakkan usaha untuk mengurangkan pertelingkahan dalam rumah tangga.
Kerana, salah satu ciri yang disukai oleh suami adalah wanita yang sentiasa menenangkan hatinya. Jadi, entri kali ini akan memberi tip mengenai bagaimana cara untuk menjadi isteri yang disenangi suami:
.
#1 – Mengambil Berat Mengenai Perkara Yang Kecil
Kadang-kadang, mengambil berat mengenai perkara yang kecil pun boleh dijadikan sebagai cara yang mudah untuk menambat hati suami. Bertanya kepadanya mengenai sarapan apa yang ingin dimakannya, warna tali leher apa yang ingin dipakainya dan pelbagai lagi.
Ia sedikit sebanyak boleh dijadikan perkara untuk bergurau jenaka sesama suami isteri. Dari sini juga, anda boleh mengetahui perkara yang disukai suami dan sama ada dia seorang yang suka dimanja atau berdikari.
#2 – Tukarkan Leteran Kepada Penyelesaian
Lumrah wanita suka bercakap sama ada ia adalah dalam bentuk leteran atau sebaliknya. Namun, tak ramai lelaki yang suka akan perkara itu. Terutamanya jika ia dilakukan secara kerap. Kadang-kadang perkara ini yang boleh menimbulkan pergaduhan.
Jadi, jika leteran itu adalah disebabkan oleh perkara kecil seperti kenapa tidak memasukkan baju yang telah dipakai ke dalam bakul atau mengapa ubat gigi tidak dipicit dari bawah; apa kata tukarkan ia kepada penyelesaian. Contohnya, meletakkan bakul baju di tempat yang suami anda biasa lemparkan baju.
Cari cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah itu jika perkara itu tetap berlaku walau setelah menasihatinya berkali-kali.
#3 – Jangan Memperkecil Minat Suami
Jika suami suka bertanya pendapat mengenai sesuatu atau meminta bantuan kita mengenai minatnya, jangan dipandang ringan akan perkara tersebut.Mereka juga sama seperti wanita.
Yang sentiasa memerlukan sokongan dan pendapat daripada orang lain. Dan semangatnya boleh luntur jika orang terdekatnya memberi komen atau kata-kata yang boleh meruntuhkan semangat.
#4 – Memahami Situasi
Seorang isteri yang baik ialah yang sentiasa memahami situasi dan mood suami. Apabila suami pulang dari kerja dengan penat, janganlah dimulakan perkara yang tidak disukainya. Contohnya mencari gaduh atau berleter kepadanya.
Jika suami memerlukan masa untuk bersendiri atau tidak menjawab persoalan anda, berikan dia ruang untuk berfikir. Seperti wanita yang memerlukan ruang untuk bersendiri atau difahami, begitu juga dengan suami.
.
#5 – Sentiasa Berhias Untuk Suami
Berhias di rumah tidak semestinya memakai make-up secara penuh atau berkebaya sepanjang masa, namun memadai dengan sentiasa kemas dan menjaga pemakaian. Sekurang-kurangnya biarlah sedap mata kita memandang. Jika kita rajin untuk berhias di luar rumah, rajin-rajinkanlah diri juga untuk berhias di dalam rumah. Berhias itu bukan untuk orang lain, tetapi suami anda juga.
Kesimpulan
Banyak lagi perbuatan yang boleh diambil perhatian dan dititikberatkan dalam rumah tangga. Semua itu adalah bergantung kepada kreativiti dan personaliti masing-masing. Yang paling penting ialah rumah tangga itu perlu dilalui dengan toleransi, barulah akan wujud harmoni.
Dan wanita yang menggembirakan suami adalah termasuk dalam ciri-ciri wanita solehah yang sentiasa didambakan syurga dan merupakan harta yang tidak ternilai buat suami.