
Setiap rumah tangga ada pasang dan surutnya. Tidak selamanya kita akan berasa bahagia. Adakalanya, pasti akan ada badai yang datang melanda rumah tangga anda.
Bila anda sedang susah hati, pasti anda mahu meluahkan isi hati kepada orang terdekat untuk mengurangkan beban yang ada di dalam diri anda.
Namun, bolehkah permasalahan rumah tangga diceritakan kepada orang lain? Contohnya menceritakan kepada rakan baik dengan tujuan untuk meminta pandangannya.

Tidak seharusnya setiap permasalahan dalam rumah tangga diceritakan kepada orang lain termasuklah kepada keluarga sendiri atau mertua atau kepada rakan baik sekalipun. Hal ini ditakuti akan membuka aib sendiri yang sepatutnya ditutup.
TETAPI ADA KETIKANYA, IA BOLEH DICERITAKAN DENGAN TUJUAN TERTENTU IAITU SEKIRANYA:
i. Menjaga keaiban kedua-dua pihak (suami atau isteri) dengan tidak menceritakan secara terperinci serta berlebihan hal rumah tangga.
ii. Diceritakan hanya kepada orang yang boleh dipercayai dan amanah supaya keaiban dan permasalahan kita tidak dicanangkannya kepada orang lain.
iii. Seboleh-bolehnya diselesaikan sendiri bersama-sama tanpa melibatkan orang luar termasuklah ahli keluarga walaupun mereka dekat dengan kita.
Apakah Kaitannya Rezeki Yang Murah Dengan Isteri Yang Bahagia? Ini Jawapan Deep

Benarkah anggapan bahawa dengan membuat isteri bahagia, boleh menyebabkan rezeki suami melimpah ruah?
Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar. Contohnya ketika suami hilang mata pencarian, isteri yang bahagia perasaannya akan tetap bersama dan menyokong suami agar terus bangkit dari kejatuhannya.
Akhir sekali, isteri-isteri yang bahagia pastinya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bahagia dan insan berguna. Rezeki akan datang dari setiap anak yang lahir. Bukan sahaja berupa wang dan kekayaan, malahan anak-anak yang soleh dan solehah jua merupakan rezeki yang tidak ternilai.
Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami dan anggota keluarga yang lain agar memiliki energi untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.
Cara Bahagiakan Isteri
- Berbual boleh hilangkan tekanan
Sekali sekala ambil hati isteri dengan meluangkan masa untuk bercerita atau bergurau-senda. Setiap gurauan mampu mengubat lelah di hatinya sekaligus mengeratkan kembali ikatan perkahwinan anda. Isteri yang bergelar suri rumah tangga tentulah penat menyiapkan tugas harian dirumah dan sama juga dengan isteri yang bekerja. Dia bekerja untuk meringankan beban suami, jadi hargailah pengorbanan si dia.
2. Manfaatkan masa dalam kenderaan
Ketika anda berduaan dalam kereta, perbualan berbentuk jenaka boleh dicetuskan bagi membangkitkan bahagia. Kebanyakkan suami gagal memanfaatkan masa tersebut malah selesa mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidakkan ia merugikan?
3. Belajar untuk jadi lebih prihatin
Sentiasa prihatin kepada kemahuan dan keperluan isteri serta anak-anak. Dalam masa yang sama, latihlah diri untuk menjadi seorang suami dan bapa yang peka dengan emosi dan situasi mereka.
4. Boleh cemburu tapi berpada
Jangan tak percaya bahawa kebanyakkan isteri senang apabila suaminya bersikap cemburu. Secara tak langsung mereka rasa diri cukup dihargai. Tetapi usah keterlaluan kerana mungkin dari cemburu yang memupuk kasih sayang boleh mencetuskan masalah dikemudian hari.
5. Selesaikan masalah secara berhemah
Marah adalah mainan syaitan, jadi ada yang kurang berfikiran waras semasa tengah marah. Tips berguna yang boleh anda cuba, jangan hamburkan kata-kata kesat semasa tengah marah dan cuba kawal emosi. Masa yang paling baik untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah adalah sekurang-kurangkan 24 jam selepas rasa marah itu membuak-buak. Masa itu anda boleh berfikiran waras dan bertindak rasional.
6. Jadilah suami yang pemaaf
Antara cara yang paling mudah untuk mengikat kebahagiaan rumah tangga adalah setiap malam sebelum tidur, maafkanlah kesalahan yang dilakukan isteri. Tak guna berdendam atau makan hati kerana ia boleh merosakkan diri serta hubungan suami isteri.
7. Berubah ke arah yang lebih positif
Manusia berubah setiap masa. Jadi bukanlah alasan sekiranya anda mengatakan sangat susah untuk berubah. Sekiranya anda berubaha terlebih dahulu, nescaya isteri akan terdorong untuk melakukan perkara yang lebih positif makan tidak mustahil anak-anak juga akan mengikut jejak langkah kedua ibu bapa mereka.
Hidup Lebih Bahagia Bila Tidur Berbantalkan Lengan Suami

Selepas mendirikan rumah tangga, suami dan isteri haruslah tidur bersama walaupun dalam keadaan marah. Kerana ianya tidak bagus jika anda tidur berasingan dan hanya boleh membuatkan hubungan anda bertambah buruk.
Tahukah anda, suami mempunyai hormon bau dari bahagian ketiak suami yang mampu memberikan ketenangan supaya isteri rasa aman dan tenang. Hampir sebanyak 65% bau badan suami bermula dari bahagian ketiak di mana kelenjar phero bertindak sangat aktif.

Pada semua isteri-isteri di luar sana, anda haruslah selalu berbantalkan lengan suami setiap malam dan letakkan hidung di celah ketiaknya. Semestinya anda akan dapat merasai perasaan yang sangat tenang dan damai.
Bau phero akan memberikan tindakbalas kepada kelenjar hormon dan hanya seorang wanita sahaja yang mengetahui seberapa menyenangkan perasan itu. Pada masa yang sama isteri akan mempunyai masa tidur yang sangat lena.
Berikut kebaikan yang anda boleh dapat sekiranya kerap berbantalkan lengan suami setiap malam.
7 cara suami menunjukan rasa sayang dan cinta kepada isteri
- Selalu memberi kata-kata pujian kepada isteri.
- Sentiasa memberi salam sebelum masuk ke rumah supaya syaitan yang mengekori tidak masuk ke dalam rumah kita.
- Seperti kata Nabi Muhammad: Wanita di ibaratkan seperti kayu yang bengkok dan rapuh, jika kita berlaku kasar kepadanya, maka ia akan rapuh dan pecah. Oleh itu didiklah isterimu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
- Jika ingin menegur, sebaiknya tegurlah di tempat yang tenang.
- Jangan sesekali menegur isteri di khalayak ramai, itu kerana ia mampu membuat isteri anda jatuh dalam rasa kemarahan.
- Sentiasa melayan isteri dengan lemah lembut. Itu akan membuat isteri akan semakin menyayangi dan mencintai suaminya.
- Sentiasa mendidik isteri dengan cara memeluk dan menyentuhnya. Itu akan membuat hati lebih tenang.
Jadilah Suami Yang Gentleman, Nak Keluar Beritahulah Isteri

Sebaik saja mengikat diri dengan perkahwinan, golongan lelaki bergelar suami perlulah beringat bahawa ada wanita yang bernama isteri sedang menunggu kepulangan kita di rumah. Jadi, adalah tanggungjawab anda sebagai suami memaklumkan ke mana saja anda pergi agar si isteri tidak gelisah dan bimbang dengan keadaan suaminya.
Namun, berapa ramai yang mengamalkan konsep memaklumkan kepada isteri masing-masing? Mungkin boleh dibilang dengan jari.
Menurut Tuan Azlan Noor, isteri akan rasa dihormati apabila suami memaklumkan pergerakan mereka. Malah, amalan seperti itu akan menambahkan lagi tahap kepercayaan mereka terhadap suami, sekali gus mengurangkan rasa kebimbangan dalam diri mereka. Hey, manfaatkan perkongsian yang bagus ini ya!
PAGI-pagi lagi kawan tiba-tiba muncul sambil tangan di kepala. “Pokle. aku kantoi dengan bini semalam. Kantoi kita gi makan kat Paramount Coffee House tu. Adui!”
Dengar macam itu, saya gelakkan saja sambil sound direct lagi pada dia. “Haa, itulah kau. Padan muka. Aku dah cakap banyak kali, kalau nak pergi mana-mana bagitau bini. Jangan sorok.” Petang itu, memang kami dah rancang nak keluar makan selepas waktu kerja.
“Jom kita makan kat Paramount Coffee House,” kawan bagi cadangan. Bincang punya bincang, setuju nak try kafe itu. Kafe itu memang tip top. Ada feel macam hipster campur restoran mewah. Makanan okey, rasa ada, portion pun boleh tahan, harga je so-so. Nasib baik dah gaji, boleh tutup sebelah mata.

Kawan saya kata dia memang ada plan nak bawa keluarga datang makan sini. Tetapi belum ada kesempatan lagi. “Aku tak cakap kat bini aku kita makan sini. Aku cakap nak keluar dengan Pokle je. Takut dia fikir apa pulak,” dia buat pendedahan. “Apa susah sangat nak info. Cakap je lah. Itu pun susah ke? Bukan orang lain.”
Dalam banyak-banyak yang kami pesan itu, ada satu dia nak order ‘take away’. nak bagi isteri Ambil hatilah konon. Set churros menjadi pilihan, “Favourite bini aku.” katanya.
Selesai makan, bayar dan kami gerak balik. Dia dengan churros untuk isteri kesayangannya. Masa di rumah, dialah jadi benda lawak itu. Isteri dia buka kotak churros, nampak ada satu kertas berlipat. Dibuka lipatan satu persatu.
Member saya itu terus menoleh, rasa lain macam. Ibarat seketul peluh keluar di dahi. Rupanya resit selepas bayaran tadi dia lipat dan letak di dalam kotak itu. Dia terus mengelabah fikir ayat cover apa nak cakap
“Biasa je makanan kat sini. Harga pun mahal,” punyalah dia nak sorok. Last-last kantoi. Hahaha! Saya berani sound sebab dulu saya pun macam itu juga. Bila ada kerja di office kena stayback, saya tak info surihati. Bila keluar minum dengan kawan selepas kerja pun, saya diam juga. Kita rasa macam kalau tak info isteri pun tak apa. Sampailah satu masa surihati bersuara.
Bila fikir-fikir, betul juga cakap surihati saya. Isterilah yang patut kena tahu apa yang suami nak buat. Ke mana kita nak pergi, lagipun tak salah kalau kita cerita benda yang betul. Teringat masa surihati keguguran dulu. Nasib baik masa itu di office. Buatnya saya merendek di tempat lain, mengagaulah dia seorang diri. Allah, minta jauhlah.
Sebenarnya, bila suami info isteri:
1. RASA BIMBANG MEREKA BERKURANGAN
Kalau jadi apa-apa, mereka tahu mana nak cari. Kalau tak info, selagi suami tak jejak rumah, selagi itulah isteri ini risau. Hati tak tenang dan jiwanya gelisah.
2. ISTERI RASA DIHORMATI
Isteri kita ini ibarat rakan kongsi dalam bisnes (rumah tangga). Bila kita kasi info, ibarat kita bagi penghormatan. Mereka itu bukan tunggul kayu di rumah.
3. BENTUK KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN
Komunikasi ini mesti dua hala. Tak boleh dia saja kena beritahu. Suami pun sama. Bila begitu, mereka tahu kita berlaku jujur dan kepercayaan akan bertambah. Maka terbitlah rasa kasih, sayang dan cinta.
4. SUAMI YANG JUJUR ADALAH GENTLEMAN
Isteri mana yang tak mengimpikan suami yang gentleman. Biar tak handsome, asal tahu cara dan layanan terbaik untuk pasangan. Tak semestinya kena belai setiap masa. Bagi sms sepatah pun dah kira gentle la tu.
5. LATIH DIRI BUANG SIFAT EGO
Lelaki dan ego berpisah tiada. Takut dikatakan suami pengecut setiap aktiviti nak kena beritahu isteri. Dengar sini wahai suami sekalian. Anda tidak akan dilabelkan sebagai pengecut jika tidak info isteri tetapi anda pengecut jika sudah menyusahkan pasangan, tidak jujur, tidak hormat isteri dan ego melampau.
Tidak perlu berahsia dengan isteri. Benda baik dan betul, jangan disorok. Bila kantoi, jenuh nak cover. Itu pun kalau isteri ‘termakan’ dengan cover korang itu. Hahaha!
Jadilah suami yang gentleman. Kita hormat dia, dia hormat kita semula. Basic rule saja, sebagai manusia. Kalau rasa diri itu manusialah. Lainlah kalau rasa diri itu kayu.
Sumber: Azlan Noor