Selepas berkahwin, pasangan suami isteri amatlah digalakkan tinggal di rumah sendiri agar dapat membina rumah tangga yang bahagia berdasarkan persefahaman mereka sendiri tanpa campurtangan dari pihak lain.
Namun ada yang tinggal bersama ibu bapa selepas berkahwin. Adakah itu salah? Tidak sama sekali. Apa yang penting, suami isteri dan mentua haruslah bertoleransi terutamanya menantu yang baru saja menjadi sebahagian keluarga pasangannya.
Tidak dinafikan ada juga yang terkandas dek perselisihan faham dengan mentua. Pasangan pula tersepit di tengah-tengah, tidak tahu hendak memenangkan sesiapa. Akhirnya bila tewas, anak tiada pilihan kecuali menceraikan isterinya. Inilah yang tidak diinginkan.
Siapa yang bersalah dalam hal ini? Manfaatkanlah perkongsian di bawah.
HARI itu, ada klien kes cerai. Menantu perempuan bergaduh dengan mak mentua, si suami tak tahan lalu menceraikan isterinya. Nak ceraikan mak memang tak bolehlah kan? Tak pasal-pasal nanti dapat status anak derhaka pula. Tapi nak buang satu, maka isteri yang dibuang.
Mereka sudah berkahwin selama 12 tahun, ada tiga anak. Sejak berkahwin, mereka memang tinggal bersama ibu bapa kepada si suami kerana dia merupakan anak tunggal.
Masa nak balik, si suami sempat berkata, “Kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mentua tetapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua benda nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.
Terfikir juga, memang betul apa yang dia katakan. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mentuanya kalau tinggal bersama. Tetapi kita selalu dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mentuanya mahupun ipar duai jika tinggal bersama.
Di manakah silapnya? Menantu kah? Mentua kah? Suami kah? Isteri kah? Lelaki kah? Atau perempuan kah?
Tetapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mentua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sangat? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai melipat kain? Tak pandai menjaga anak? Tak pandai menjaga isteri? Tak pandai mengemas rumah? Tak pandai itu, tak pandai ini? Tak ada satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ini. Cukuplah andai dia boleh bekerja dan menyara hidup anak isteri.
Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul, sentiasa nak menantu itu ikut cara keluarga suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yang tidak sama. Hendak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dalam keluarganya?
Suami pula bila isteri mengadu, dimarahnya isteri dan dikatanya isteri yang tidak mahu bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur? Mulalah mengungkit.
“Dulu masa belum kahwin, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pula?!
Haa, siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak berkahwin dia juga berjanji tidak akan mengabaikan isteri walaupun tinggal bersama ibu bapanya.
Bila isteri berselisihan faham dengan mak, suami keluar rumah pergi melepak dengan kawan. Malas nak masuk campur dengan harapan kedua-dua pihak akan okey. Selepas itu kata serba salah, dua-dua pun sayang. Tak tahu nak pertahankan siapa. Huh!
Sebab itu digalakkan pasang yang sudah berkahwin tinggallah secara berasingan dari keluarganya. Bukan nak buang keluarga tetapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dengan kicap saja. Tak apa, asalkan hati tidak susah.
Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat. Ziarahlah ibu bapa selalu. Mula-mula akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak dan ayah selepas berkahwin. Lama kelamaan kelaka akan okey, bergantung pada layanan kita pada mak dan ayah. Itu lebih baik dari mula-mula manis, tetapi lama-lama menjadi pahit.
Cuba selidik semula kenapa Hawa dicipta? Adalah untuk menemani sang Adam. Bukannya menemani orang lain, bukannya menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh dengan kasih sayang.
Kenapa lelaki boleh berkahwin empat tetapi perempuan tidak boleh? Kerana mereka dicipta sebagai pemimpin yang mampu melindungi. Mereka sepatutnya berlaku adil. Tetapi perempuan tidak mampu melakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tidak sama.
Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini, tiada perkara yang tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan menjadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?
DIY guna bahan-bahan yang tersedia di dapaur pun boleh rawat kulit muka.
Hasilnya, jerawat jadi cepat kecut, kulit cerah berseri-seri. Siapa suka buat rawatan traditional di rumah? Hujung minggu memang saya suka buat petua tradisional. Sental satu badan.
Saya suka guna kunyi. Kunyit ini bagus dia sebab anti-radang, anti-septik, anti-bakteria dan anti-penuaan. Jadi buat masker muka memang best. Kalau nampak jerawat macam mahu naik, terus tempek kunyit sebab ciri-ciri anti bakteria yang kuat, parut jerawat pun boleh jadi cepat pudar.
Ramai suruh saya berkongsi tips ini sekali lagi. Nah saya kongsikan lagi sekali. Mahu buat juga, boleh baca kapsyen pada setiap gambar. Tag dan kongsilah pada rakan-rakan anda supaya mereka pun dapat mencuba tips ini.
IKLAN
1. Kisarkan beras yang sudah direndam semalaman, setengah cawan
2. Tidak perlu menambah air sebab beras itu sudah basah kan? Takut cair sangat pula.
3. Gunakan beras pulut lagi bagus. Lagi halus kulit seperti pulut.
IKLAN
4. Kisarkan kunyit hidup, 2 – 3cm. Kunyit hidup lebih hebat daripada kunyit serbuk.
5. Campurkan kunyit hidup dan beras yang sudah dikisar halus tadi.
IKLAN
6. Setelah siap, bolehlah tempek pada muka.
7. Mahu lagi best? Tambahlah yogurt, madu, ataupun limau nipis. Pilih salah satu.
8. Tempek pada muka, lepas 30 minit terus basuh.
Amalkan selalu kakak-kakak semua. Buatlah tips ini selalu. Raya sudah dekat.
Gambar perkahwinan boleh dikatakan perkara yang penting bagi pasangan raja sehari kerana ia menjadi item yang boleh disimpan sepanjang hayat kerana ia merakamkan momen-momen indah ketika bergelar raja sehari. Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan raja sehari untuk mengadakan pre-wedding photography atau post-wedding photography bagi merakamkan momen-momen bergelar pasangan suami isteri.
Mungkin masih ada yang tertanya-tanya di mana lokasi yang cantik dan rare yang sesuai untuk menjalankan penggambaran luar. Ini 5 lokasi yang boleh korang cadangkan pada photographer untuk penggambaran pre-wedding atau post-wedding pasangan raja sehari.
1. Changkat Bukit Bintang
Lokasi: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.
2. Astaka Morocco, Putrajaya
Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Waktu: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang. Tutup setiap Selasa.
3. Batu Caves Gombak, KL
Lokasi: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu: 6.00 pagi hingga 9.00 malam
4. Jambatan Angkat, Terengganu
Lokasi: Jambatan Angkat, Kuala Terengganu
Waktu: Dibuka setiap hari
5. Tukang Besi, Jonker Street, Melaka
Colorful Street
Lokasi: Jalan Tukang Besi, 75200, Melaka
Waktu: Dibuka setiap hari
6.Taman Eco Rimba KL
Alamat: Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
7. Tokong Thean Hou
Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
8. Dataran Merdeka
Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
9. Museum Negara & Galeri Seni
Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tuntutan hidup masa kini menjadi penyebab utama mengapa ramai individu memilih untuk menghabiskan masa dengan mengumpul kekayaan material walaupun jauh di sudut hati sangat terseksa. Amat menyedihkan apabila manusia semakin hilang pedoman dengan menghambakan diri kepada harta benda hanya disebabkan takut tidak dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin atau setara orang lain terutama apabila memikirkan masa depan anak-anak.
“Seawal jam 7 pagi keluar bekerja dan pulang ke rumah lewat malam, ia bukan saja terjadi kepada golongan lelaki malah lebih menyedihkan juga dilalui oleh ramai wanita bekerja menyebabkan anak-anak terpaksa membesar sendiri tanpa masa dan perhatian penuh ibu bapa.
Ramai yang mengakui, semuanya dilakukan disebabkan terpaksa hingga emosi diri menjadi tidak stabil. Jika diikutkan hati mahu saja dilepaskan semuanya namun atas faktor mahu mengejar kemewahan dunia, masih ramai yang sanggup meneruskannya. Hakikatnya semua ini tidak menjamin kebahagiaan diri, mungkin anda tidak mengalami masalah daripada segi wang ringgit namun hakikatnya jiwa dan diri anda kosong tanpa perasaan bahagia.
Tambahnya, tidak salah untuk berusaha mengumpul kekayaan namun semua itu perlulah berpada dan tidak keterlaluan, paling utama perlu ada masa untuk diri sendiri merasai nikmat sebenar kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan, keseronokan dan ketenangan. Semuanya bergantung kepada pilihan sendiri, mungkin masih ramai yang tidak sedar betapa pentingnya berasa bahagia dan tenang. Ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit namun nilainya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sejumlah wang yang banyak. Disebabkan itu, ramai individu yang saya temui berterus terang mengakui jiwa mereka terasa kosong sedangkan mempunyai kemewahan tidak ternilai.
Muhasabah diri, hargai diri dan insan terdekat terutama ahli keluarga, isteri dan anak-anak kerana ia adalah cara terbaik untuk kita mula belajar erti bahagia. Walaupun tampak mudah, hakikatnya untuk mendapatkan kebahagiaan diimpikan itu sangat susah dan perlukan satu pengorbanan.Terdapat banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi emosi diri dalam usaha mengecapi kebahagiaan hidup bukan saja di dunia malah di akhirat kelak. Antara panduan untuk diri berasa tenang dan bahagia.
.
Belajar untuk bersyukur
Perlahankan rentak kita, lihat sekeliling dan beri perhatian pada perkara kecil dalam hidup kita. Lihat kecantikan bunga dan rumput yang melata di tepi jalan, keindahan matahari terbit dan terbenam serta senyuman orang tersayang.
Ada orang tidak dapat melihat semua ini. Bersyukurlah kerana kita ada mata yang boleh melihat, ada keluarga untuk berasa disayangi dan dipanjangkan hayat bagi menikmati lagi ciptaan Allah. Apabila kita bersyukur, secara automatik, hati akan tenang dan bahagia.
Pilih kawan yang baik
Menurut penyelidik Universiti Harvard, faktor luaran yang paling penting dan boleh mempengaruhi kebahagiaan dan kegembiraan seseorang ialah hubungan sesama manusia. Jika mahu bahagia, pilih kawan yang optimis, menghargai dan menerima kita seadanya serta boleh membuatkan hidup kita lebih kaya daripada pelbagai sudut seperti pengetahuan, pengalaman, gembira dan bermakna.
Pupuk rasa simpati dan prihatin
Belajar untuk menyelami dan memahami masalah orang lain. Cuba fikirkan apa tindakan yang akan kita ambil jika berada di tempatnya. Ini dapat mengelakkan konflik. Meskipun kadangkala kita mungkin akan rasa tidak puas hati, fikirkan kesannya jika kita tetap berkeras.
Apabila cuba berdiri di tempat orang lain, kita akan lebih simpati, prihatin dan dapat memberikan cadangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.
Terus belajar
Proses pembelajaran akan membuatkan kita sentiasa ‘muda’ dan ia dapat menghidupkan impian. Belajar akan membuatkan otak kita sibuk dengan perkara baru dan menyempitkan ruang untuk pemikiran negatif. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kita berasa lebih bertenaga, puas dan gembira.
Jadilah penyelesai masalah
Orang yang bahagia adalah orang yang menyelesaikan masalah. Apabila berdepan cabaran hidup, mereka akan berfikir cara menghadapi dan menyelesaikannya. Mereka tidak membiarkan masalah membelenggu hidup. Dengan menjadi penyelesai masalah, kita secara tidak langsung akan membina keyakinan diri dan kebolehan untuk mencapai impian.
Lakukan perkara yang kita suka
Menghabiskan sebahagian besar masa di tempat kerja boleh membuatkan sesiapa saja berasa tertekan. Jadi cari peluang untuk melakukan perkara yang kita suka kerana ia akan memberi impak besar dalam hidup. Jika tiada hobi tertentu, cari kegembiraan yang bermakna di tempat kerja contohnya banyak membantu orang atau menyertai aktiviti di pejabat.
Hayati hidup sekarang
Jika kita rasa tertekan dengan rutin harian yang terlalu mengejar kebendaan, cuba fikirkan apa yang membuatkan kita berasa demikian dan ia mungkin disebabkan banyak perkara. Hargailah diri dan masa yang anda ada dengan membahagiakan insan tersayang.
Selalu ketawa
Ketawa ialah penawar bagi kemarahan dan kemurungan. Kajian menunjukkan dengan menggerakkan bibir untuk mengukir senyuman boleh meningkatkan rasa gembira. Justeru, jangan terlalu serius. Kalau diperhatikan, ada banyak perkara dalam hidup ini yang boleh membuatkan kita senyum, gembira dan ketawa.
Belajar untuk jadi pemaaf
Mungkin ramai tidak sedar perasaan dendam dan marah yang dipendam sebenarnya ialah hukuman pada diri sendiri. Ia boleh menyebabkan kita tertekan, hati dan fikiran tidak tenang serta menjejaskan kesihatan.
Apabila kita memaafkan, kita sebenarnya mengundang pelbagai kebaikan datang dalam hidup. Paling penting memaafkan diri sendiri dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Hanya dengan cara ini kita akan belajar menjadi individu yang lebih baik dan kuat.
Selalu berterima kasih
Amalkan untuk mengucapkan ‘terima kasih’ sebagai tanda syukur khususnya pada sang pencipta. Jangan berkira untuk berterima kasih pada orang sekeliling kita yang membuatkan hidup kita lebih mudah, tidak kira sekecil mana pun sumbangan mereka.
Tepati janji
Manusia dipegang pada janjinya. Menepati janji sama ada dengan orang atau diri sendiri adalah cara untuk kita mendisiplinkan diri. Kita akan rasa lebih bersemangat dan yakin apabila menepati janji. Memungkiri janji bukan saja akan menyusahkan orang, malah membuatkan orang hilang kepercayaan kepada kita.
Meditasi
Menurut penyelidik Universiti Harvard, orang yang melakukan lapan sesi meditasi secara puratanya 20 peratus lebih bahagia dan gembira. Sebagai umat Islam, meditasi terbaik adalah menunaikan solat dan beribadat. Sehari semalam, kita ada lima sesi ‘meditasi’ wajib. Jika dicampur dengan solat sunat, doa dan zikir harian, ada banyak sesi meditasi yang sepatutnya boleh membantu kita menjadi menjadi insan yang lebih tenang dan bahagia.
Jadi individu yang optimis
Orang optimis melihat gelas yang berisi separuh sebagai separuh penuh. Orang pesimis melihatnya sebagai separuh kosong. Orang optimis mencari manfaat dan hikmah daripada setiap masalah atau cabaran. Dengan cara ini kita tidak akan kecewa jika apa yang diusahakan tidak memenuhi sasaran kerana ia dianggap sebagai pengalaman dan tangga untuk meraih kejayaan. Orang optimis juga tidak cepat berputus asa.
Sayang tanpa syarat
Dalam dunia ini tiada orang yang sempurna. Terima diri anda seadanya. Begitu juga dengan orang lain baik pasangan, anak, ahli keluarga atau sahabat. Menyayangi tanpa syarat bermakna kita menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain. Ketahui setiap orang dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Jaga kesihatan
Kesihatan adalah asas kepada kegembiraan dan kebahagiaan. Sukar untuk mencari orang sakit yang gembira dan bahagia dengan penderitaan yang dihadapi. Biasanya kita akan banyak mengeluh dan bersedih apabila sakit. Jadi untuk sihat dan gembira, kita perlu bersenam, jaga makan dan rehat secukupnya. Pada masa sama, jangan abaikan kesihatan rohani. Ada orang kaya dan berjaya tetapi tidak bahagia kerana jiwanya kosong. Berikan rohani semua ‘khasiat’ yang diperlukan.
Beri tumpuan kepada apa yang dilakukan
Apabila kita melakukan sesuatu sepenuh jiwa, tanpa disedari sebenarnya kita membina satu fasa gembira. Dalam fasa ini, kita tidak kisah apa orang lain fikir mengenai diri kita. Malah kita juga tidak terkesan dengan perkara yang kurang penting di sekeliling kita termasuk kata-kata yang tidak membina!