Boleh Buat Akad Nikah Di Masjid, Tapi Kenalah Jaga Adab Dan Aurat

Share

Tapi tahukah anda adab-adab yang perlu dipatuhi agar majlis anda tidak mencemarkan kesucian masjid?

Berikut kami senaraikan beberapa perkara yang patut anda pertimbangkan sebelum anda merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan anda di masjid.

 

1. Pakaian Yang Menutup Aurat

Pastikan pengantin lelaki dan perempuan memakai pakaian yang menutup aurat. Tidak terlalu ketat, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk badan.

2. Asingkan Tetamu Lelaki Dan Perempuan

Sewaktu tetamu anda telah mula memasuki ruang masjid dan sedang menantikan sessi pernikahan berlangsung, pastikan tetamu lelaki dan wanita diasingkan kedudukannya.

3. Silent Atau Off Telefon Bimbit

Masjid adalah tempat ibadat awam. Sila matikan atau silentkan telefon bimbit agar tidak menganggu pengguna lain untuk melakukan ibadah. Jika perlu menggunakan telefon, sila keluar sebentar.

4. Elak Bersessi Fotografi Di Dalam Masjid

Sekiranya anda ingin melakukan sessi fotografi, seeloknya anda lakukan di luar dewan solat. Sessi fotografi yang dimaksudkan di sini adalah, yang perlukan anda ‘posing’ dan berpegangan antara pasangan anda. Walaupun hubungan suami isteri telah termeterai tetapi adegan ini agak janggal dilakukan di rumah ibadah seperti masjid.

5. Elak Gantung Banner Perkahwinan Anda Di Masjid

Masjid adalah tempat awam dan ianya adalah kegunaan umum. Jadi elakkan mengantung banner atau bunting gambar anda bersama pasangan anda di masjid.

6. Lakukan Sesi Sarung Cincin Di Rumah

Selepas akad nikah, kebiasaannya akan diadakan sessi menyarung cincin. Elakkan sessi ini di masjid kerana dalam Islam ianya bukanlah rukun wajib. Ianya disarankan untuk dilakukan di rumah.

7. Digalakkan Bersolat Sunat Selepas Nikah

Pasangan digalakkan untuk menunaikan solat sunat selepas selesai acara akad nikah. Bagi wanita, jangan lupa untuk membawa telekung atau gunakan telekong yang disediakan di masjid sekiranya anda ingin berjemaah bersama suami.

Diharap dengan perkongsian ini, ianya dapat memberikan panduan agar anda lebih bersedia dan tidak mencemarkan kesucian masjid terutama di hari bahagia anda.

IKLAN