Menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan menjalin kasih agar hidup menjadi lebih sempurna. Namun, adab-adab ketika bercinta perlu dijaga supaya tidak membawa perkara yang dilarang dalam islam. Sebab itulah ada sesetengah ulama mengatakan bahawa bercinta itu adalah haram.

Pentingnya adab dalam menjaga hubungan bercinta tidak boleh dipandang remeh. Setiap pasangan yang sedang hanagt bercinta mahupunyang sedang belajar untuk bercinta perlu tahu mengenai adab-adab bercinta dalam islam.

Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan adab-adab yang harus dipraktikkan dalam hubungan percintaan khusus buat mereka yang belum berkahwin agar hubungan yang dijalin terjaga dan dijauhi dari perbuatan yang dikeji oleh Allah.

 

MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI MASING-MASING

Jagalah diri dan maruah agar tidak memburukkan nama baik keluarga dan agama. Dalam kata erti lain, tidak membenarkan diri berduan-duaan dengan kekasih kerana wujudnya orang ketiga iaitu syaitan. Di samping itu, tidak perlu berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat pasangan. Sebaiknya, sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku anda.

 

MENJAGA BATAS PERGAULAN

IKLAN

Menjaga batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan anda seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Anda harus sedar dan berasa malu kerana masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

 

SENTIASA BERDOA

Berdoa dan menunaikan hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

IKLAN

 

RESTU KELUARGA

Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

 

IKLAN

MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH

Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.

 

Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaanya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.

 

Sekiranya anda bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan kea rah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI