Boleh Ke Pasangan Mengidap HIV Positif Teruskan Juga Pernikahan? Ini Jawapan Ustaz

Share

Saya ingin bertanya jika pasangan kita telah disahkan mengidap HIV positif, adakah Islam membenarkan perkahwinan ini jika kedua-duanya bersetuju?

Islam memuji umatnya yang memilih jalan kebaikan dengan mendirikan rumah tangga. Apatah lagi pernikahan itu akan menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan wanita yang pada asalnya tidak dibolehkan.

Islam juga menganjurkan kepada kita, sekiranya ingin memilih pasangan hidup, maka pilihlah dalam kalangan orang yang baik-baik. Keutamaan pula dalam sudut agama yang ada pada diri seseorang.

Adapun sekiranya pasangan kita mengidap HIV positif, maka hal ini tidak digalakkan walaupun kedua-dua pasangan bersetuju.

Ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk pula kepada anak yang bakal lahir dalam keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud:“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam lembah bahaya kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Al-Baqarah: 195.

Tetapi sekiranya ingin juga berkahwin maka perkahwinan itu tetap sah selagi mana memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Oleh: Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari.

IKLAN