Adakah suami boleh menghalang isteri daripada menziarahi ibu bapanya?
Secara adab dan akhlaknya suami hendaklah membenarkan isteri menziarahi ibu bapanya kerana itu adalah tanda suami menghormati ibu bapa mertuanya, dan supaya hubungan ibu bapa dan menantu berada dalam keadaan harmoni dan baik.
Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu bapanya tanpa menjejaskan hak suami. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulama berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu.
Ads
Hukumnya harus, jika isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu bapanya sekalipun tidak ada izin suami namun eloklah ia meminta izin suaminya sebagai tanda hormat kepada suami.
Sebenarnya dalam kehidupan suami isteri, apa yang penting adalah persefahaman dan saling hormat menghormati dan faham akan situasi isteri dan suami supaya kehidupan berumah tangga aman dan harmoni.
Ads
Ads
Oleh: Ustaz Azhar Tuarno
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam majlis perkahwinan, individu yang tidak kurang penting ialah juru foto yang bertugas untuk merakam setiap momen terindah di majlis tersebut. Satu gambar memberi seribu makna buat mereka yang menghargai erti sekeping foto yang dihasilkan oleh juru foto. Ikuti pengalaman Noor Hafizzi Ne’mat dalam kerjayanya sebagai juru foto.
Sejak dari kecil Hafizzi akui sudah diajar bermain dengan kamera filem di mana ayah sering menggunakannya semasa dia bekerja. Pada tahun 2009 Hafizzi membeli sebuah kamera dslr tanpa ada apa-apa rancangan, hanya untuk memiliki kamera besar dan kebetulan sepupu, Khairuddin Zakaria mempelawa untuk belajar dan mengikutnya dalam bidang ini. Dalam masa yang sama dia menyarankan Hafizzi untuk terus aktif dan serius dalam bidang ini memandangkan pendapatannya lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji.
Masih ingat dengan pesan sepupu agar tidak putus asa dan lalai. Bermula detik itu, kerjaya sebagai juru foto dijadikan sebagai part time job iaitu di hujung minggu. Bukan mudah sebenar sebenarnya, hati perlulah cekal dan tabah. Sering menjadikan mereka yang senior untuk berkongsi ilmu fotografi. Apa pun perlu ada minat bukan sekadar ikut-ikut orang atau lebih tepat mengikut trend. Tahun 2015 bermula Hafizzi sebagai juru foto sepenuh masa. Dengan menggunakan syarikat berdaftar lifestyleweddings photography yang berdaftar pada 2015 [sebelum tu hafizzi ne’mat photography].
Kelainan fotografi yang dihasilkan
Menurut Hafizzi , kelainan bergantung pada mata klien yang melihat hasil kerjanya. “Bagi saya cara menghasilkan gambar untuk jadi trade mark sendiri,saya akan sentiasa merujuk juru foto luar negara sebagai rujukan ,ia lebih ke arah lifestyle yang berbeza. ‘epic’ adalah komen yang sering didengari dari klien.
Kemas dan simple menjadi signature hasil kerja Hafizzi. Selain itu dia juga mementingkan kekemasan dalam foto yang dihasilkan.“Untuk kekal momentum, juru foto kena ikut trend. Ini hanya pandangan,sebab lain orang lain caranya bukan maksud saya pandangan saya ni benar dan boleh diguna pakai,” ujarnya.
Ilham dan idea tercetus bergantung pada situasi perkahwinan itu, dengan kata lain perlu melihat suasana, pencahayaan dan kecekapan semasa bekerja dalam mencari sesuatu untuk dijadikan subjek dalam album.
Cabaran
Tidak dinafikan kerjaya sebagai juru foto agak mencabar namun perlu percaya, rezeki tidak salah alamat. Yang penting usaha,doa,tawakal. Baginya perlu usaha keras untuk kekal dalam bidang ini kerana terlalu ramai yang jadikan ia sebagai side income. Dalam apa jua perniagaan sekalipun akan ada pasang surut. Jadi kecekalan dan kesabaran perlu ada.
Hubungan dengan juru foto lain perlu dijaga kerana akan ada tempias job dari komuniti ini. Cara marketing terpulang pada syarikat ataupun juru foto itu sendiri iaitu jenis wedding yang bagaimana mereka inginkan. Dalam bekerja, perkara yang dipentingkan ialah menepati masa,waktu bekerja mahupun semasa penyerahan hasil kerja. Etika pakaian , penampilan, PR juga penting untuk uji tahap mana kita inginkan dalam pencapaian kita. “ Saya akan sentiasa melawak untuk dapatkan keselesaan pengantin ketika bekerjasama dengan mereka.” akui Hafizzi.
Mengenai perancangan akan datang dia mahu menambah krew agar boleh diagihkan di lokasi yang berlainan. Mahu Teringin juga rasa di hati suatu masa jika ilmu sudah mencukupi ingin berkongsi ilmu buat mereka yang berminat.
Tip untuk bakal pengantin
Pesan buat bakal pengantin , ikut bajet yang termampu namun jangan terlalu murah sehingga banyak kes terjadi juru foto lari, tidak datang atau hasil tidak menarik. Tetapkan bajet dan recee dahulu harga pasaran yang sesuai dan pastikan anda berminat dengan hasil kerjanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ada orang yang tidak pernah bertengkar sepanjang hidupnya. Demikian juga kehidupan berumah tangga, tidak ada pasangan suami isteri yang tidak pernah bertengkar sepanjang usia pekahwinan mereka. Perkahwinan yang tiada pertengkaran adalah perkahwinan tanpa emosi.
Pertengkaran mendatangkan kebaikan dan keburukan. Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk menghadapi pertengkaran dalam rumah tangga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hadiah perlu dibeli. Bajet pula tak cukup. Kalau beli jugak nanti pokai lah aku!” Keluah seorang jejaka yang bakal menyambut hari jadi kekasihnya pada pertengahan bulan ini.
Situasi di atas sering berlaku dalam kehidupan pasangan yang asyik bercinta. Membeli cenderamata atau hadiah buat yang tersayang antara pemberian bermakna pengikat kasih sayang. Jika ada bajetnya mungkin tidak menjadi hal namun berlaku sebaliknya perlu ada langkah awal yang harus diambil. Maksudnya sasaran kewangan yang digunakan itu biarlah berpada-pada. Ini untuk memastikan anda tidak pokai dan kekasih pula tidak lari!
Ingat akan tarikh-tarikh penting itu perlu! Terutama yang berkaitan hari jadi atau ulang tahun ikatan percintaan. Ini penting untuk anda membuat belanjawan lebih awal. 6 bulan merupakan tempoh terbaik anda mula menyimpan jika mahu memberikan hadiah istimewa kepada si dia. Setidak-tidaknya anda boleh mengetepikan dahulu kehendak diri dan memberi laluan untuk kekasih.
Sasarkan apa yang anda ingin beli untuk kekasih. Mungkin telefon bimbit, jam atau tas tangan. Buat rangkaan bajet yang bersesuaian dengan gaji anda. Lakukan tinjauan di beberapa butik atau kedai untuk ketahui harganya. Selepas itu anda sudah mula menyimpan.
Dalam tempoh menyimpan jangan sesekali anda mengeluarkan wang itu untuk kegunaan sendiri. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan terhadap keseluruhan perbelanjaan dalam bulan itu. Pastikan anda telah menetapkan peruntukan lain untuk membayar ansuran kereta atau sewa rumah. Disiplin amat penting dalam misi untuk kekasih ini.
Dalam tempoh menyimpan itu anda juga akan keluar dating. Ketika ini anda perlu bijak menghadkan kos keraian. Mungkin anda boleh mengurangkan menonton wayang atau makan di tempat kurang eksklusif sebagai opsyen. Perlu diingat anda ada satu misi yang lebih penting, jadi utamakan tujuan itu. Anda perlu sasar dan rancang lokasi yang lebih bermakna untuk menyambut hari kelahiran atau ulang tahun sang kekasih kelak.
Sebagai contoh 3 bulan sebelum hari jadi kekasih, ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah anda boleh lihat apa yang si dia berkenan di hati. Ketika anda sudah menetapkan telefon bimbit dengan harga tertentu sebagai pilihan, mungkin kekasih hati lebih terpikat akan tas tangan jenama terkenal. Dalam situasi ini anda tidak digalakkan untuk membeli keduanya tetapi lebih bijak pilih hanya satu. Lihat kembali bajet yang anda ada itu perlu ditambah atau masih lagi sesuai mengikut keadaan semasa.
Jangan sesekali meminjam dari mana-mana pihak jika anda tidak cukup dana membeli hadiah atau keluar untuk tujuan dating. Ini bukan sahaja menambahkan hutang dan sudah pasti anda juga akan dipandang sinis oleh rakan-rakan.
Adalah tidak digalakkan sama sekali jika anda mahu membeli suatu perkara yang bukan kepentingan utama menggunakan kad kredit. Melainkan jika anda mampu membayar semula sebanyak mana anda gunakan pada setiap hujung bulan, mungkin tidak menjadi masalah. Kad kredit boleh mengakibatkan anda muflis dengan penggunaan yang tidak terkawal. Sebaiknya kos yang berkaitan keraian ini dibuat secara tunai atau debit kad.
Menyimpan wang untuk hadiah kekasih bukan alasan untuk tidak membayar segala bil-bil elektrik, air, kereta dan telefon. Oleh sebab itu segala rangkaan perbelanjaan dan bajet telah dibuat dari awal lagi. Jangan menangguhkan segala bayaran kerana ini akan memberi kesan kewangan jangka masa panjang untuk anda.
Perlu diingatkan sekali lagi, segala yang anda sasarkan seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya merupakan simpanan jangka masa pendek anda untuk mencapai sesuatu tujuan. Jangan lupa membuat tabungan untuk jangka masa panjang seperti perkahwinan, membeli rumah dan lain-lain lagi.
Walau apa sekalipun tujuan anda adalah lebih penting untuk mengukur baju di badan sendiri. Lihat kedudukan kewangan anda sebelum putuskan untuk membeli sesuatu barangan. Kebiasannya material tidak boleh menjamin cinta yang akan kekal buat selamanya. Hati dan perasaan anda terhadap kekasih lebih penting dari sekadar sebuah hadiah hari lahir semata-mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...