Berkahwin dengan suami orang bukan benda baharu. Cuma kebelakangan ini ramai sangat yang cuba ‘masuk jarum’ dengan suami orang tambah-tambah wanita muda. Bonda Rozita Ibrahim bagi pesanan padu dan memang makan dalam!
Berkesempatan untuk berada di Rumah Hutan Terapi Alam milik Bonda Rozita Ibrahim memang seronok. Suasana hutan yang damai membuatkan pesanan yang disampaikan Bonda lebih ‘feel’ untuk dihadam. Banyak ilmu yang Bonda kongsikan dan perbincangan tentang perkahwinan yang dijawab tulus dari hati seorang ibu.
Wanita muda kahwin suami orang. Apa kata Bonda?
“Saya selalu pesan kepada staf saya tentang hal ini. Ada dua perkara saya selalu kata, hari ini kita ambil suami orang, esok lusa, suami kita orang ambil. Dan pertanyaan saya, kenapa nak kahwin dengan suami orang, bekas orang?
Mereka ni pernah merasa dan buat tak elok dengan isterinya. Kalau memilih untuk hidup dengan kekayaan yang suami orang ni dah usahakan dengan isterinya, kita bukan dapat apa-apa.
Ads
Kerana nak merasa tumpang BMW, rumah banglonya, itu dia punya. Nanti kalau kena cerai, kita hanya bekas isteri. Orang yang berilmu pasti akan cari wanita yang berilmu untuk jadi teman hidupnya. Buat ‘geli-geli’ bolehlah!” tegas Bonda.
Soal jodoh memang itu ketentuan tetapi manusia juga boleh membuat pilihan.
Ads
“Kalau saya lelaki, saya akan pilih wanita yang ada harga diri dan bukan semata-mata nak tayang beg tangan mewah. Sebagai wanita, saya akan cari duit dan harta sendiri. Biar sama-sama kaya, baru menjadi!” katanya.
Ads
Seronok bercerita tentang kedua-dua orang menantunya. Menurut Bonda, isteri yang dipilih anak-anaknya adalah bermula dari menjadi kakitangan di bawah seliaannya. Walaupun pada mulanya mereka tidak pandai memasak dan mengemas rumah namun itu bukan ciri utama untuk menjadi isteri yang baik.
“Pada saya, menantu saya perlu pandai kerja dan cari duit. Bab masak dan sebagainya, itu boleh dipelajari kemudian. Yang paling saya tegaskan pada anak-anak lelaki saya hanya satu perkara…
Hormat mentua dengan baik. Kalau bukan kerana didikan mentua terhadap anak mereka, anak-anak lelaki saya tak dapat isteri yang baik, anak-anak yang comel seperti sekarang. Pada saya, bila kita sayang anak orang, menantu itu akan sayang pada kita, akan baik dengan kita.”
Seronok berjalan di Rumah Terapi Alam Bonda Rozita. Selain dikelilingi suasana hutan, di sini juga ditawarkan rawatan spa. Setiap bilik rawatan diberi sentuhan dekorasi menarik dan menenangkan. Bagi pasangan yang baharu berkahwin, lokasi ini terbaik untuk anda berbulan madu.
Ada air sungai yang jernih, chalet yang bersih dan selesa serta cafe yang menyajikan makanan enak. Tak perlu keluar pun dari kawasan ini kerana semuanya ada! Nak lebih ekstrim, pasangan pengantin boleh cuba ATV. Memang rasa taknak balik!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak pelik bila ada suri rumah burnout akibat membuat rutin yang sama dalam rumahtangga. Bukan kerana tidak pandai bergaul, tetapi lebih kepada tiada kawan untuk dibuat sembang.
Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga suri rumah apabila dia sampai mencari ‘kawan upahan’ selepas mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan rumah tangga.
Suri Rumah Burnout Akibat Uruskan Rumahtangga
Kawan upahan tersebut hanya perlu datang ke rumahnya, bersembang, dan membuat kerja harian bersama-sama.
“Ada tak sesiapa di kawasan Melaka, sudi berkawan dengan saya. Datang rumah saya sembang-sembang, masak dan buat kerja rumah sama-sama, bayar pun tak apa asalkan saya ada kawan.
“Saya jadi suri rumah sepenuh masa dah tiga tahun tanpa cuti. Maksud saya memang tak ada ‘healing’, keluar dengan kawan, lepak ke, tak ada tu semua.
“Memang tiga tahun berturut-turut saya hadap kerja rumah, anak-anak, dinding, kipas,” kongsinya.
Wanita itu juga seolah-olah cemburu melihat suami yang berkesempatan untuk keluar dan melakukan hobinya, tidak seperti dirinya itu.
“Saya rindu nak ada kawan-kawan macam zaman kolej, zaman belum kahwin. Saya tak ada kawan, yang ada semua berhubung menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram sahaja.
“Saya bosan. Seronok tengok suami boleh keluar, buat hobi dia. Saya tak dapat tu semua, sampai tahap saya dengar anak panggil pun saya rasa penat.
Bukan Tak Bersyukur Tapi Nak Ada Kawan
“Tolong jangan salah faham, saya bukan tak bersyukur ada anak, suami ada rumah, tersangatlah bersyukur cuma perlu rehat sebentar tapi tak boleh. Saya cuma nak ada kawan,” luahnya.
Jadi suami, sesekali bila ada peluang, bawalah isteri keluar kejap. Walau cuma duduk dalam kereta dan pusing-pusing taman, itu lebih dari cukup sebenarnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah kulit kering menjadikan kulit seseorang kelihatan kasar, mengelupas dan bersisik. Keadaan ini lebih teruk bagi individu yang tidur dalam bilik berhawa dingin selepas sepanjang hari bekerja di pejabat yang sejuk.
Kebiasaannya tanda-tanda kulit kering adalah terbentuk garis kedut halus, terutama di bahagian tulang pipi, sekitar mata dan dahi. Kulit akan terasa gatal sehingga menyebakan kulit jadi kemerah-merahan.
Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam.
Bagi bakal-bakal pengantin pula, jika masalah kulit kering tidak segera dirawat, solekan pada kulit wajah semasa hari persandingan nanti akan menyebabkan ia kelihatan bercapuk dan tidak sekata.
Jika anda sudah puas mencuba pelbagai jenis produk perawatan kulit wajah namun masalah kulit kering masih lagi belum dapat diselesaikan, boleh cuba produk seperti yang dikongsikan oleh wanita ini melalui group Beli/Sale Apa Dekat Watsons/Guardian/Drugstore Hari Ini.
Saya nak bagi review untuk newbie yang baru nak mencuba ya. Saya pengguna empat produk ini. Sesuai hanya untuk mereka yang memiliki kulit kering. Selalunya mereka yang memiliki kulit kering biasanya akan mengalami masalah jeragat dan tompok-tompok gelap atau bintik hitam pada kulit wajah.
1.CLEANSER SENKA
Jenis berbuih yang padat dan banyak. Melembapkan kulit. Ada double hyaluronic asid. Picit sikit dah cukup. Saya picit macam biji kacang kecil. Memang sesuailah kalau nak jimat banyak. Boleh beli harga RM16 di farmasi.
2. ESSENCE COSMODERM MERAH NO.2
Essence ini teksturnya seperti serum tapi kepekatannya agak cair sedikit tapi tidaklah terlalu cair seperti toner. Produk ini berfungsi tiga kali melembapkan kulit dan untuk lifting dan firm kulit wajah kita. Bagus sangat, saya suka pakai terus meresap ke dalam kulit. Dalam produk ini ada bahan retinol. Saya guna tidak rasa pedih. Rasa biasa sahaja. Ynag best, bau dia dan cepat meresap itu paling penting. Ada Halal dari-ada JAKIM juga.
3. SERUM DARK SPOT AXIS – Y
Kulit muka saya memang banyak dark spot. Serum ini pun best juga sebab cepat meresap ke dalam kulit. Saya beli dari Shoppe. Harga RM38. Risau juga tidak asli. Apabila dapat memanng asli dari Korea.
4. SUNSCREEN AQUA
Memang jatuh cinta dengan produk Aqua ini. Lama sudah saya mencari serum yang sesuai dengan kulit muka. Bagi muka saya cerah dan ton sekata. Memang tak tinggallah produk ni. Kadang-kadang malam pun rasa nak pakai je. Best tekstur dia meresap terus ke dalam kulit.
5. MOISTURIZER AIKEN
Saya pakai pada siang hari mengikut langkah 1, 2, 3 dan 4. Malam add on moisturizer Aiken bagi menggantikan Sunscreen Aqua.
PESONA PENGANTIN: Bagi bakal-bakal pengantin yang mengalami masalah kulit kering, bolehlah mencuba produk-produk yang digunakan oleh wanita ini. Mungkin ianya serasi dengan kulit anda.
Kalau rajin, anda boleh deko dapur jadi kemas dengan cara yang cukup jimat. Tak perlu pun kabinet bagai tetapi hanya menggunakan meja lipat, wanita ini dapat ubah suasana dapurnya jadi lebih tersusun.
Idea daripada Puan Ana Sakura ini akan membuatkan ruang dapur sentiasa kemas hanya dengan menggunakan meja lipat. Jom, tengok!
Deko Dapur Jadi Kemas, Tak Perlu Kabinet Tapi Guna Meja Lipat Je
Bukan sahaja jimat bajet terutama yang duduk rumah sewa, tetapi juga cantik dengan kombinasi aksesori yang sangat berbaloi.
DEKORASI DAPUR TANPA KABINET
Aksesori tambahan:
– Letak wallpaper yang kalis air seperti pvc wallpaper, material keras dan berkilat. Boleh cari di shoppe.
– Letak shelf tanpa L sesiku yang boleh dibeli di Ikea pada harga RM59
– Kombinasi warna mestilah tidak lebih dari 3 pilihan warna supaya warna diblend cantik dan tidak nampak serabut
– Gunakan bidai jenis zebra blind yang dibeli pada harga RM59
– Bahagian skirting juga memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas
– Pokok hiasan, bingkai gambar dan organizer box beli di kedai ECO
– Untuk labelling pula boleh tempah di shoppe atau beli sticker saja
Ini Idea Yang Digunakan
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4
Idea 5
Idea 6
Jadi kalau anda rasa dah bosan tengok suasana dapur dalam rumah, boleh lah ubah dan naikkan seri dengan idea deko ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!