Sebenarnya ada satu rahsia yang boleh meningkatkan serta mengeratkan hubungan suami isteri dan sekaligus tahap kesihatan pasangan juga semakin baik dan positif. Nak tahu rahsianya? Mudah saja, lakukan aktiviri “Pillow Talk” setiap hari bersama pasangan anda sebelum tidur.

Apa Itu Pillow Talk?

Pillow Talk merupakan perbualan yang berlaku di kalangan pasangan sebelum mereka tidur. Mungkin dengan saling berpelukkan atau sebelum dan selepas aksi seksual yang inti, pasangan akan saling meluah dan berkongsi tentang perasaan masing-masing serta dengan perbualan seperti ini secara tidak langsung menguatkan hubungan suami isteri dengan lebih erat lagi.

Malah jika pasangan bijak menghasilkan suasana yang positif, secara tidak langsung hubungan anda menuju ke arah yang sihat dan positif! Ini adalah impian yang di idam-idamkan oleh semua pasangan.

Bukan itu saja, pillow talk ini telah di kaji di kalangan pasangan di Oregon dan mendapati hubungan mereka semakin erat dan sihat. Berdasarkan keputusan yang di temui itu ia telah di kongsi pada tahun 2017 di Personality and Social Psychology Annual Convention.

Semasa majlis tersebut, para pengkaji menyarankan agar pasangan yang telah berkahwin mula melakukan aktiviti pillow talk ini waktu malam. Dan ianya tidak perlu masa berjam-jam lamanya. Cukup dengan perbualan yang sederhana sebelum tidur dapat mengeratkan hubungan dan meningkat tahap kesihatan anda dan pasangan.

Berikut Contoh Perbualan Pillow Talk Untuk Anda Ada berlaku sesuatu yang bagus/baik pada awak hari ni? Anak-anak buat sesuatu yang melucukan baru-baru ni.

Menang di tempat kerja.

IKLAN

Teringat sesuatu kepada pasangan.

Sesuatu yang membuatkan anda berasa gembira.

Menonton video lucu dan sebagainya.

Macam mana awak jelaskan tentang diri saya (si pasangan) kepada individu yang tidak di kenali? Awak rasa, saya nampak lebih cantik dengan pakai baju yang mana satu? Yang mana satu perangai atau habit yang telah saya ubah dalam diri saya yang awak hargai? Yang mana satu hari yang paling bermakna dalam hidup awak? Dan bermacam-macam jenis perbualan yang boleh anda bualkan seperti aktiviti seharian, program atau perancangan akan datang, bercerita tentang hal-hal keintiman bersama pasangan, soal keluarga dan anak-anak dan sebagainya. Perbualan sebegini membawa banyak manfaat!

IKLAN


Berikut Manfaat Pillow Talk

Akhiri Hari Anda Dengan Perbualan Positif Pastinya menjalani kehidupan seharian amat memenatkan serta pelbagai situasi serta emosi berjalan dalam masa yang sama. Oleh itu, penting jika anda berbualan mengenai topik-topik yang positif dan penutup perbualan juga di akhiri dengan mesej-mesej yang positif agar diri menjadi lapang dan ceria tanpa sebarang bebanan perasaan.

Saling Menghargai

Apabila anda mengetahui aktiviti pasangan seharian melalui pillow talk, secara tidak langsung minda dan hati anda akan berfikir dan menilai pengorbanan pasangan masing-masing dan justeru itu, mereka akan saling menghargai apa yang telah anda lakukan. Tambahan lagi, alam perkahwinan anda dan pasangan akan lebih harmoni dan lebih saling memahami di antara satu sama yang lain.

IKLAN

Mendapat Waktu Tidur Yang Paling Tenang!

Apabila anda berdua saling berbual-bual tentang topik-topik yang menarik di selangi dengan gelak tawa dan aksi yang intim, waktu tidur anda akan berasa lebih nyaman dan tenang! Ini kerana segala tekanan dan luahan telah di hamburkan kepada pasangan dan saling memujuk di antara satu sama yang lain membuatkan diri rasa di lindungi dan di perlukan. Dan kesan daripada aktiviti pillow talk ini, membuatkan diri lebih tenang dan waktu tidur akan menjadi lebih berharga tanpa sebarang rasa tertekan.

Mengurangkan Tekanan Dan Penyakit Lain

Pillow talk membantu mengurangkan tekanan dan pelbagai penyakit lain. Cuba fikir dengan tidur yang cukup dan positif pasti tahap kesihatan diri juga semakin meningkat bukan? Tetapi lain pula cerita apabila anda susah hati, waktu tidur tidak lena ia boleh menjejaskan tahap kesihatan diri. Oleh itu, berinteraksi bersama pasangan dengan aura yang positif, perbualan yang positif dan pastinya kesihatan anda juga semakin baik dan bagus.

Hubungan Semakin Erat Dan Intim

Dengan dunia berteknologi di alaf ini, pastinya ia akan menarik perhatian anda dengan penggunaan TV, sosial media, telefon bimbit dan pelbagai gajet yang canggih-canggih lagi. Tetapi apabila anda dan pasangan meluangkan masa dengan aktiviti pillow talk sebelum tidur dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada pasangan masing-masing. Dengan perbualan sesama pasangan yang tersayang secara tidak langsung membuatkan hubungan anda dan pasangan semakin intim baik dari segi fizikal mahupun rohani. Malah, perasaan saling mempercayai akan membawa perhubungan ke arah yang positif, semakin kukuh dan erat.

Oleh itu, jika anda inginkan hubungan bersama pasangan sentiasa dalam keadaan yang baik, positif, saling mencintai dan mempercayai aktiviti pillow talk ini merupakan salah satu cara yang bagus bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dan bahagian buat pasangan yang telah berkahwin.

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
KREDIT : WANISTA