
Buatmu yang saat ini menahan sakit kerana ditinggalkan, percayalah suatu saat nanti kamu akan menjadi yang paling berharga untuk orang lain, untuk dia pastinya akan menghargai dan menghormati kamu lebih dari sebelumnya ini.
.
Bersabarlah Atas Kepayahan Yang Kamu Rasa, Kerana Semua Itu Hanya Sebentar Saja
Semua yang kamu rasakan hanya sebentar saja, namun kamu jangan putus berdoa dan yakin dengan janji dan takdir yang Allah tentukan.
Kamu Harus Percaya Allah Maha Adil, Dia Akan Menggantikanmu Dengan Yang Lebih Baik
Kamu boleh merasa kecewa, tapi keyakinanmu kepada Allah harus lebih besar dari kekecewaan yang kamu hadapi.
Kamu harus percaya bahwa Allah maha adil, Allah maha tahu segala isi hati, dan Allah maha tahu segala yang pantas untukmu, kerana selepas ini Dia akan memberimu pasangan yang lebih baik.
.
Kamu harus selalu percaya kepada Allah dalam rasa sakit dan sedih yang kamu rasakan, bahawa Allah akan mempertemukanmu dengan yang lebih jujur.
Yang mampu menerimamu apa adanya, yang tidak hanya mendampingimu disaat bahagia, tapi disaat kamu paling tidak berdaya pun dia ada bersamamu.
.
Kamu tidak boleh putus asa, walaupun kamu rasa sakit itu seakan membuatmu hilang arah. Tetapi bagaimanapun kamu harus percaya, bahawa Allah akan memberimu pasangan yang akan lebih menghargaimu.
Laporan oleh saintis Amerika Syarikat itu mendapati, kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri.Kajian itu juga mendapati, wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan, penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak pada bahagian yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.
.
“Gejala kemurungan seperti hilang mood, motivasi dan selera makan adalah perkara biasa yang dialami, berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.
“Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah ia menjelaskan mengenai aktiviti otak berkaitan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematianLaporan oleh saintis Amerika Syarikat itu mendapati, kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri.
Suami Paling Romantik Ialah Yang Ada Semua Ciri Macam Yang Dikongsi Ustaz Ebit Liew

Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran. Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang.Indahnya hidup berumah tangga andai saling kasih mengasihi dan menghargai pasangan anda.
Jom menghayati erti bahagia yang sebenar dari perkongsian oleh Ustaz Ebit Liew ini.
✔ Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita…….Rahmat ke atas mereka yang buat perkara yang halal..Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka…..
✔ Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya.. Melihat mereka dengan perasaan syukur pada ALLAH…
✔ Lihat bila mereka mula berkata-kata. Beri perhatian sepenuhnya.. Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya…Bila Syukur ALLAH akan tambahkan nikmat..
✔ Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap…Cuba memahami perasaan mereka…
✔Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka.. Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya.. Saya sangat sayang awak kerana ALLAH…
✔ Dukung sekali sekala seperti Rasulullah SAW dukung Aisyah…kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja…
✔ Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama. Rasulullah SAW pernah lakukan..
✔ Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar….
✔ Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain .. Minum di tempat yang sama…
✔ Selalu kata salah saya…..minta maaf dan memaafkan..Tidak hina kerana mengaku salah…
✔ Tahajud bersama-sama. Menangis kerana ALLAH bersama-sama… Belajar ilmu bersama-sama….Berdakwah bersama-sama…. Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW…
✔ Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan…Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak…
Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju…
✔ Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri…
✔ Seorang marah, seorang diam dan minta maaf…
✔ Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis…
✔ Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada ALLAH… Sebesar mana pun masalah kita.. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Cuma kita perlu kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang berkuasa..Selain daripadaNYA tidak boleh beri kebaikan…
✔ Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Rasulullah SAW…Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Rasulullah SAW…
✔ Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari ALLAH.. ALLAH janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..
Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai ALLAH selamanya.. Bawa seluruh keluarga kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam….Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini …Bahagia tanpa syarat…Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini…Kerana ini adalah bahagia yang sebenarnya.. ALLAH hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Rasulullah SAW…
Sumber : Penulisan Ustaz Ebit Liew
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Rezeki Suami Tersekat, Kurangkanlah Sikap Terlalu Berkira

Pernah tak anda tertanya – tanya kenapa kita selalu merasa duit sentiasa tak cukup, hidup dalam kesempitan. Walaupun gaji besar, tapi sentiasa tidak cukup. Tepuk dada tanya selera kadang – kadang tu sebenarnya kita terlupa dan Allah sempitkan rezeki kita sebab dia nak kita ingatkan dia. Ini ada sebuah kisah yang dikongsikan. Isi kisah ini cukup mendalam.
.
1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.
Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =) Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu. Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.” Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
.
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan. Allah menyatakan dalam firmanNya;
Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.”
[Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu? Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja. Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang. Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewa ruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.
Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
Jika Terbangun Tengah Malam, Ajaklah Suami Baca Doa Ini, InsyaAllah Termakbul

Pada malam hari ketika tengah tidur, kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam. Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita baca.
Malah Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah taala. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.’
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan shalat maka akan diterima shalatnya.”
HR. al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.”
(dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Keterangan:
Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Perbuatan yang disebutkan dalam hadits ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berdzikir (kepada Allah), sehingga dzikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima shalatnya.” (Kitab Fathul Baari 3/40).
Keutamaan mengucapkan dzikir ini juga berlaku bagi orang yang terjaga di malam hari kemudian dia mengucapkan dzikir ini (berulang-ulang) sampai dia tertidur.
Imam an-Nawawi berkata, “Orang yang terjaga di malam hari dan ingin tidur (lagi) setelahnya, dianjurkan baginya untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala sampai dia tertidur.
Dzikir-dzikir yang dibaca (pada waktu itu) banyak sekali yang disebutkan (dalam hadits-hadits Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam), di antaranya, Kemudian beliau Shallallahu’alaihi wasallam menyebutkan hadits di atas (kitab al-Adzkaar hal. 79 – cet. Darul Manar, Kairo, 1420 H).
Di antara para ulama ada yang menjelasakan bahwa peluang dikabulkannya doa dan diterimanya shalat pada saat setelah mengucapkan dzikir ini lebih besar dibandingkan waktu-waktu lainnya (lihat kitab Tuhfatul Ahwadzi (9/254).
Sumber : suaramedia