Tidak kira bakal pengantin atau bukan, memang ramai wanita yang suka memakai inai. Dalam keadaan daun inai yang mungkin sukar untuk mendapatkannya, ini ada langkah-langkah membuat inai sendiri seperti yang dikongsikan wanita bernama Rosdiana Dian ini.

Caranya lebih mudah dan cepat kerana ia hanya menggunakan modal kurang daripada RM3 dengan tiga bahan sahaja. Malah hasilnya juga akan menjadikan inai anda lebih merah, cantik dan tahan lama.

Hi semua…Mak nak syer inai homemade yang mak buat siang tadi.

Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google…

Cuma.., resepi ni mak dapat dari kawan Mak.

IKLAN

Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget..

3 Bahan-bahan asas:

1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan byk2 takut panas… kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.. Hehehe..

Bukan kapor kasut tau tau tau.. ni haaaa.. kapor sireh atau dikenali sebagai kapor makan ❤️
Ini kapur sireh.. buleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapor kome.. mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja. Hehehee?
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee.. ?

2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi).
#Atau, sabun axion pun buleh. Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).

IKLAN
Besor tu ja sabun mandi mak pakei. Dalam ukuran 2cm persegi. Hihihi.. Mak pakei sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah mak pakei sabun gemok.. Hehehe.. axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakei gunting jerk ?
Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang mak dah siap parut tadi.. ???

3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun… oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik. ?

Cara-cara bancuhan

Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau… Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

Ni hasilnya… dapat setupperware kecik ?
Mak pakei putik kapas yang kecik tu haaa.. heheheee ?
Ni tangan kiri mak.. rasa kemas ja…
Dapat tangan kanan… fuhhhhh jenuh.. comot.. sebab mak bukan lefthanded. Hihihiii Tapi toksah bimbang. Bior comot terkena kulit pun, sebab yang kat kulit boleh hilang.. yang kat kuku ja kekal hingga kuku dipotong…

Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…

IKLAN

Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.

Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja?). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.. Hehehe…

Selamat mencuba.

Dah try nanti tunjuk Mak ehh.. ❤️???