Jangan kahwin dengannya jika kita tidak mampu tinggal didalam rumahnya. Jangan kahwin degannya jika kita tidak boleh terima keluarganya. Jangan kahwin degannya jika kita ingin menghalang dia untuk berbakti kepada orang tuanya.

Jika kita memilih untuk meneruskan jugak hubungan itu, kelak kita hanya akan menerimanya seorang diri sahaja, bukan tempat tinggalnya, bukan keluarganya, bukan orang tuanya, kita tidak selesa dirumah mertua, kita tidak balik ke rumah mertua, kita tidak suka kepada orang tuanya, kita tak nak orang tuanya datang ke rumah kita dan kita tak nak dia berbakti kepada mereka.

Buat Lelaki, Jangan Kahwin Dengannya Jika Kita Tidak Boleh Terima Keluarganya

Sikap dan perbuatan kita tu sebenarnya akan membuatkan hati seorang isteri berbelah bahagi. Samada mengikut kata-kata dan kemahuan suaminya sekaligus mengecilkan hati kedua orang tuanya, atau memilih orang tuanya berbanding suami.

Jika ingin menerima seorang wanita itu sebagai isteri yang akan tinggal bersama dengan kita seumur hidup kita, maka terimalah dirinya, tempat tinggalnya, keluarganya, orang tuanya, SEADANYA mereka.

IKLAN

(Begitulah juga sebaliknya sebelum menerima mana2 lelaki sebagai suami)

 

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

Kredit : Firdaus shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI